ONEXOX
BannerFans.com

Pecat Penjawat Awam Yang Sokong Pembangkang. Habis Lah!

on Sunday, December 14, 2014



Nazri Ismail, Perwakilan PERKASA Jakarta & Bogor, Indonesia, dengan lantangnya mencadangkan agar mana-mana penjawat awam yang menyokong pakatan pembangkang diberhentikan kerja serta merta.

Menurut Nazri, tempat itu harus digantikan dengan graduan universiti yang hanya menyokong kerajaan sahaja.

"Penjawat awam yang pro kepada pembangkang dan yang masih berkhidmat (harus) dikenal pasti & diberhentikan serta digantikan dengan graduan universiti yang pro kepada kerajaan.



“(Graduan) yang baik, boleh membantu membangunkan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara) 153, mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu,” katanya di Persidangan Agung tahunan ke-5 PERKASA di Kuala Lumpur pagi tadi.

Nazri yang berasal dari Terengganu juga berkata, pada masa kini, semakin ramai golongan profesional bangsa melayu muda melupakan jasa-jasa pejuang bangsa.

"Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis dan jatuhnya Tanah Melayu kerana adanya pembelot yang telah menjual maklumat kepada musuh,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved