ONEXOX
BannerFans.com

Sayu hati ini : Bayi lemas terlepas dukungan ibu semasa redah banjir

on Friday, December 19, 2014



Kota Bharu : Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan menjadi mangsa korban pertama banjir yang melanda pantai timur.

Kanak-kanak perempuan itu terlepas daripada pelukan ibunya dan menyebabkan dia terjatuh dan dihanyutkan arus banjir yang deras ketika sedang di bawa untuk ke pusat pemindahan semalam.Sehingga berita ini ditulis, mayat Nor Adriana Adila Asrol Afendi masih belum ditemui.

Ketua Polis Kelantan, Timbalan Komisioner Datuk Mazlan Lazim berkata insiden tersebut berlaku pada pukul 3 pagi ketika ibu Nor Adriana Adila, 34, bersama-sama dengan tiga anaknya yang berusia tujuh, lapan dan 16 tahun sedang meredah air banjir yang naik hingga ke paras pinggang.

Mereka sedang bergerak ke pusat pemindahan berhampiran di Kampung Pertang, Kuala Krai.

“Wanita berkenaan mungkin jatuh tergelincir ketika cuba meredah air banjir, ia menyebabkan anaknya dihanyutkan arus deras,” kata Mazlan kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh di sini, Khamis.

Banjir tersebut turut meragut nyawa seorang lagi mangsa, apabila penduduk kampung menemui mayat seorang pekerja kedai, Baharom Mohammad,34, terapung di Kampung Lepa Limbat di sini.

Mangsa yang menghidap penyakit epilepsi ditemui Mohd Asraf Seria yang pada awalnya menyangkakan mayat berkenaan patung yang terapung.

Banjir gelombang kedua yang melanda Kelantan, Terengganu dan Pahang menyebabkan lebih 12, 000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan.

Air di kebanyakan sungai utama naik melebihi paras bahaya hingga melimpah ke jalan raya terutamanya di Kelantan, hingga menyebabkan beberapa jalan terpaksa ditutup kerana berbahaya kepada semua kenderaan.

Setakat lewat malam Khamis, lebih 6,700 orang telah dipindahkan di Kelantan, 4,600 orang di Terengganu dan 825 orang di Pahang.




Daerah Pasir Mas terjejas teruk dengan semua jalan menghala ke pusat pemindahan terputus hubungan kerana banjir teruk dan bekalan makanan serta bantuan keperluan kepada mangsa banjir terpaksa dihantar melalui udara ke pusat pemindahan yang terjejas.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata banjir yang melanda daerah Pasir Mas merupakan yang terburuk setakat ini.

Sementara itu, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Kelantan berkata  sehingga semalam laluan trafik di tujuh daerah di Kelantan terpaksa ditutup daripada semua jenis kenderaan.

Ia termasuk  Jalan Chiku-Aring di (12 sepanjang 12 kilometer di Gua Musang, Jalan Sungai Durian (4 kilometer, Jalan Bukit Sireh (2 kilometer) di Kuala Krai, Jalan Machang-Pangkal Meleret (8 kilometer), Jalan Kampung Pek-Paloh Rawa (7 kilometer) dan Jalan Kubor China-Temangan (6 kilometer).

Perkhidmatan keretapi antara banjir juga terjejas akibat banjir apabila ada antaranya terpaksa dibatalkan ekoran banjir yang semakin buruk di laluan pantai timur.

Landasan keretapi di kilometer 490 dan kilometer 493 antara Tanah Merah dan Pasir Mas di Kelantan ditenggelami air, menyebabkan perkhidmatan tren no.7 (ulang alik Gua Musang-Tumpat), no.71 (ulang alik Tumpat-Gua Musang) serta no.28 (Ekspres Wau Kuala Lumpur Sentral-Tumpat) terjejas.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved