ONEXOX
BannerFans.com

Gatal, miang, mengelitin dipeluk Jantan K-Pop, Nasihat pedas jaga aurat dari Felixia Yeap

on Monday, January 12, 2015



Nasihat dan teguran daripada Felixia Yeap atau nama Islamnya Raisyyah Rania mendapat perhatian di Facebook. Rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkannya berhubung aksi gatal gadis Melayu dipeluk bintang K-Pop.

Kata Felixia, ketika dia belum memeluk Islam dan masih berimej seksi lagi, dia tidak suka disentuh oleh lelaki.

“Saya memang tidak suka disentuh dan dipeluk biarpun hanya bergambar untuk kenangan. Kalau ada tangan yang sempat ‘menjalar’ di bahu, saya tepis dengan segera.




“Kadang-kala, saya menegur mereka dengan nada tegas supaya tidak menyentuh saya. Oleh itu, saya tidak faham mengapa ada adik yang bertudung terlalu teruja sampai memeluk artis K-Pop berkenaan,” katanya.

Ini yang lebih panas daripada Felixia,

“Kalau sudah beri, memang la artis K-Pop itu terima dengan hati dan tangan terbuka sahaja. Kan bagus jika mereka kata ‘tidak’ kepada bintang K-Pop berkenaan di atas pentas apabila dipeluk.

“Jika berbuat sebegitu, terus menjadi dakwah. Masha-Allah! Renung-renungkanlah. Orang bukan Islam pun ramai yang tidak membenarkan diri mereka disentuh lelaki,” ujarnya.

Lagi nasihat Falexia,

“Saya dahulu pun pernah melakukan banyak silap. Saya tidak alim. Lebih baik kita doakan mereka sedar dengan apa yang sudah mereka lakukan kerana Allah itu Maha Pengampun,” katanya.

Ia telah dikongsi melebihi 1,200 kali dan mendapat lebih 15,000 likes.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved