Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR 25 Jan.– Kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu tidak perlu diturunkan mengiku@t pasaran harga minyak kerana kadarnya telah berada pada tahap berpatutan.
Presiden Persatuan Institusi Memandu, Mat Aris Bakar berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan kadar bayaran mendapatkan lesen memandu yang dijangka turun berikutan peraturan baharu yang menetapkan pemohon hanya perlu menduduki sa#tu ujian undang-undang dan bukannya dua seperti yang dilaksanakan sebelumnya.
“Kadar bayaran mendapatkan lesen memandu di negara ini sudah murah jika dibandingkan dengan negara jiran. Tur#un naik minyak sepatutnya tidak perlu dijadikan faktor utama untuk kurangkan harga mendapatkan lesen memandu,” katanya ketika dihubungi di Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneliti semula jumlah bayaran bagi ujian pelaksanaan semula sistem satu peperiksaan untuk calon ujian memandu yang dikuatkuasa #serta merta yang dijangka mampu mengurangkan kadar bayaran bagi mendapatkan lesen memandu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan sistem itu telah diumumkan Menteri Pengangkutan, Datu#k Seri Liow Tiong Lai, Jumaat lalu.
Mat Aris berkata, kos harga tanah untuk pembinaan institut, pengangkutan dan penggantian litar lama serta gaji pekerja y#ang tinggi perlu diambil kira jika hendak diturunkan harga mendapatkan lesen memandu.
“Kebanyakan institut memandu kini sudah dinaik taraf, ada bilik kuliah dan banyak bangunan telah diubah suai. Kendera#an-kenderaan serta motosikal yang digunakan sekarang pun sudah diganti kepada jenis lebih baharu dan canggih. Kereta Kancil yang sudah 10 tahun sudah diganti dengan kenderaan baharu.
“Gaji pekerja pun perlu diambil kira, gaji m#ereka harus dinaikkan sebanyak 10 peratus daripada gaji lama. Jika tak dinaikkan, siapa yang mahu bekerja di semua institut memandu tersebut. Perkara ini juga memerlukan kos tinggi dan ditanggung oleh pelajar sendiri. Jadi untuk turunkan lagi harga asal bagi mendapatkan lesen memandu adalah tidak masuk akal,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan meng#adakan mesyuarat secepat mungkin dengan JPJ dan Kementerian Pengangkutan bagi membincangkan semula hal ini,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment