ONEXOX
BannerFans.com

Harga Minyak Dunia Naik Susulan Raja Arab Saudi Mangkat?

on Friday, January 23, 2015



RIYADH – Kenaikan kecil harga minyak di pasaran antarabangsa ekoran kemangkatan secara mengejut Raja Arab Saudi, Abdullah Abdul Aziz awal pagi Jumaat diramal lebih bersifat sementara, lapor beberapa media di seluruh dunia.

Pelabur masih memantau perkembangan terbaharu sama ada Riyadh akan mengubah dasarnya yang kini mengekalkan paras pengeluaran minyak secara tinggi, di tengah-tengah trend kemerosotan harga dan lebihan bekalan di peringkat global.

Penanda aras harga minyak West Texas Intermediate b#agi kontrak penghantaran bulan Mac, meningkat sebanyak 3.1 peratus di pasaran New York setelah tersebar berita Mahkamah Diraja Arab Saudi mengumumkan kemangkatan Raja Abdullah.

Baginda berusia 90 tahun merupakan raja paling tua memerintah Arab Saudi yang mengambil alih takhta daripada almarhum Raja Fahd sejak 1 Ogos 2005 dan mentadbir hampir 10 tahun sebelum mangkat pada 23 Januari 2015 akibat penyakit pneumonia.




Pengasas Arab Saudi, Raja Abdul Aziz atau lebih dikenali Ibn Saud adalah paling lama berada di takhta dengan memerintah dari 1932 sehingga 1953; setelah menjadi emir Riyadh pada 1902 sebelum menguasai wilayah Nejd (1922) dan Hejaz (1925).

Penganalisis ekonomi menjangka pengganti alm#arhum Raja Abdullah, Putera Mahkota Salman Abdul Aziz, 79, buat permulaan akan meneruskan polisi sedia ada sekali gus harga minyak dunia terus kekal di bawah AS$50 (RM179.48) setong.

Sesi dagangan awal Jumaat kontrak hadapan New York naik 73 sen AS atau 1.58 peratus, kepada AS$47.04 (RM168.86) setong manakala Brent North Sea bagi bulan Mac melonjak AS$1.09 atau 2.25 peratus kepada AS$49.61 (RM178.08) setong.

Arab Saudi ialah pengeluar minyak terbesar di dunia dengan 8.8 juta tong sehari malah memiliki pengaruh kuat dalam kumpulan 12 negara anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC) yang diasaskan sejak 1960 di Baghdad, Iraq.

Sumber rapat kerajaan mengulangi kenyataa#n Riyadh tidak akan mengurangkan pengeluaran secara drastik dan ramai penganalisis percaya, Arab Saudi memang sengaja berbuat demikian walaupun menyusahkan banyak negara pengeluar minyak lain.

Harga minyak global mulai jatuh melepasi paras minimum AS$100 (RM358.97) setong sejak Julai 2014 sebelum mencecah had terendah AS$50 pada November tahun lalu dan ia dijangka kekal untuk beberapa bulan akan datang.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri






Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved