Seorang rakyat Sarawak memuat naik luahan kekecewaannya dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap man#gsa-mangsa banjir di Limbang. Bersertakan dengan gambar sebagai bukti, tidak dapat kami nak katakan benar ataupun tidak dakwaan individu terbabit.
Baca luahan hati mangsa banjir Sar#awak di bawah:
Ini adalah gambar-gambar barang beru#pa makanan yang telah diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada penduduk terjejas banjir di Kampung Lubok Lasas Limbang.
Bukan kita tak bersyukur, tapi kalau ini#lah makanan yang kita dapat, saya tak tahulah nak cakap macam mana. Korang sendiri boleh fikir.
Bantu rakyat semenanjung saja ya#ng manusia kah?? Apa kita rakyat Sarawak binatang??
Tolonglah, anggota kamu sendiri yang turun pergi tengok keadaan banjir di seluruh Sarawak. Adakah patut bantu#an yang kami bagi sekecil ini.
Kopi dan garam satu packet sebesar packet gula-gula RM1. Kalau ahli keluarga yang seorang dua bolehlah. Mac#am mana dengan ahli keluarga yang sampai 10 orang?? Adakah kamu rasa cukup dengan bantuan sekecil ini?
Rumah saya tak terkena banjir, tapi saya kasihan dengan keluarga saya yang terjejas banjir. Terpaksa tidur di luar ru#mah beralaskan tikar getah sehingga keadaan kembali pulih dan diganggu nyamuk sepanjang malam.
Sudah seminggu lamanya keluarga saya tidur di luar rumah. Adakah kamu tidak rasa simpati dengan a#pa yang telah terjadi? Fikir-fikirkanlah.. Sendiri mahu tahu..
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment