ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU HATI SEORANG JANDA DIPANDANG SERONG MASYARAKAT MELAYU

on Friday, January 30, 2015



Assalammualaikum wbt..

Mengapa status sbg seorg j... selalu di pandang negatif oleh mas#yarakat kita. Terutama sekali org melayu. Lebih2 lagi kalau seorng j... berkahwin dgn seorg anak teruna.

sy menjadi seorng ibu tunggal ketika usia masih muda, selepas 2 tahun perkahwinan dgn suami, dia terilbat dgn kemalangan jln raya. Allah mengambil kembali pinjamanNya. Ketika itu sy masih belajar di ipta, dan mempunyai seorg putera yang masih kecil. baru belajar berjalan 2-3 tapak.

Sedih terlalu sedih ketika itu., dengan pengajian yg masih bersisa, dgn anak yg baru ingin mengenal dunia, suami tercinta pergi meninggalkn sy dgn tiba2. Sy cuba kuat atas nama utk melihat anak sy membesar dgn sempurna. Sy kembali ke ipta slps seminggu pemergiaan suami. sy meneruskan pengajian, kembali ke kelas seperti biasa. Semua org terkejut melihat betapa kuatnya sy. Boleh ketawa dan belajar spt biasa. Tapi hakikatnya saya menyembunyikan rasa di hati. Di bilik sy menangis seorg diri. Hanya Allah shj yg tahu betapa sunyi nya hidup ini apabila ketika kehilangan tempat berkongsi rasa, mengadu, bermanja dan segala2nya. Agak janggal bila selalu setiap pagi menerima sms dan call dr husband yang mengejutkan sy solat subuh dan ucapan selamat pagi., tetapi tiba2 lenyap da#n sepi.

8 minggu slps ketiadaan suami, sy merasakan ada semacam perubahan pd diri. ternyata sy mengandung anak ke2. ya Allah, apa yg perlu sy lakukan. gembira atau menangis? gembira kerana Allah memberi anugerah yg terindah saat sy kehilangan. Sedih kerana tidak sempat anak ini lahir ke dunia dia telah menjadi seorg yatim. Sy menangis sepi ketika memandu pulang ke ipta, mengenang segala yg berlaku.

ya memang benar, jika kita tidak diuji, kita tidak akan tahu di mana kemampuan kita utk menghadapi ujian ini. sy sentiasa bersangka baik dgn Nya. Menerima segala uji#an sebagai anugerah dr Allah.

Sy membawa kandungan ini sebaik2nya, dgn satu niat di hati, sy ingin membantu suami di'sana'. Darjat seorg lelaki yg telah berkahwin dan mempunyai anak adalah tinggi di sisi Allah. Andai sy tidak dapat berbakti pdnya kini, dgn cara ini sy akan dapat terus2an memberi manfaat pdnya dan membantu suami di sana.

Paling mendalam yg sy tidak pernah akan lupat smpai bila2, apabila saat sy melahirkan zuriat yg kedua ini, sy seorg diri tanpa suami di sisi. Allah! sy betul2 kuatkan diri. Sewaktu melahirkan anak 1, suami xputus2 memberikan smangat kpd sy. Pegangan tgn nya tidak pernah trlepas dr genggaman sy. Kali ini, sy perlu berjuang.. berjuang membawa zuriatnya ke dunia. Sy ingat lg apabila merayu meminta tgn seorg jururawat spy boleh sy pegang ketika menahan sakit ingin bersalin. Airmata ini tidak putus2 mengalir dan adakalanya sy memanggil nama suami sy. Hebat Allah menguji sy ketika# itu. Tapi sat perkara yg sy tidak lupa, Allah sentiasa ada bersama. Allah! Allah! Allah! Alhmdulillah, putera ke 2 sy selamat dilahiirkan ketika itu umat Islam berada di dlm bulan Ramadhan.

Alhamdulillah, sy kini mempunyai 2 org putera yg sentiasa akan menyayangi sy seadanya. Allah mengambil seorg lelaki yg sy sayang, tetapi menganugerahkan 2 org lelaki yang akan sentiasa menyayangi sy hingga ke akhir hayat.




Sy kembali meneruskan pengajian sy di tahun akhir, dan bertekad memulakan hidup baru. Sy cuba melupakan segala kisah lalu dan melangkah memulakan hidup yg baru dlm kamus hidup sy. Tipulah kalau sy katakan utk melupakan terus, memori tetap memori, yg hidup perlu melangkah meneruskan kehidupan ini. Ketika ini sy cuba memberi ruang kpd insan2 yg cuba mendekati sy. Namun byk perkara yg mengecewakan terjadi. Kalau di universiti, kebanyakkan tidak menyangka yg sy telah berkahwin dan mempunyai 2 org anak. Mungkin faktor pergaulan sy dgn kalangan pelajar universiti yg muda dan belum berkahwin. Ada yg cuba menddekati tetapi apabila mengetahui sy seorg j.... dan mempunyai anak, pelbagai alasan mereka berikan utk mengelakkan hubungan itu semakin jauh. Sedang sebelum itu mereka sendiri yg cuba mendekati sy. Alasan yg mereka berikan, emak telah punyai calon utk mereka, dah bertunang dan mempunyai buah hati, tidak pasti dgn perasaan dan kadang2 mereka hanya jadikan sy sbg tempat share or meluahkan rasa jika ada masalah atau bergaduh dgn girlfrend masing2. Saya #sedar siapa diri sy. Tidak selayaknya sy menjadi pemilik tulang rusuk mereka. Kerna saya mungkin di anggap sbg second class dlm kelangan wanita yg masih anak dara, atau yg belum berumah tangga. Tetapi perasaan utk dikasihi dan disygi oleh seorg lelaki itu adalah sifat semulajadi bg seorg wanita.

Adakah selayaknya sy diperlakukan begitu? Yg selalu nk mengambil berat pd sy ialah suami org. Kenapa ya, suami org suka sgt kalau wanita yg berstatus spt sy. Sy seboleh2nya tidak mahu mengambil hak org. Pesan ibu sy slalu sy semat di hati, jika kita mengambil hak org lain dan membina kebahagiaan di atas airmata org lain, hidup kita mungkin tidak akan bahagia. Terus ternag, sy sgt takut. Semoga Allah memberi kekuatan kpd sy utk itu.

Pandangan masyarakat sgt sinis kpd status spt sy. Umpama ke mana2 shj sy pergi, org memandang serong. dan lebih teruk lagi, adakalanya hingga takut seperti sy ingin mengambil suami mereka. Ya Allah, sedih sy rasa. Tidak layak kah sy utk seorg lelaki yg belum berkahwin? Apa yg sy rasa sekarang sgt2 la down. Moga apa yg sy kongsikan skrg dapat membuka ruang minda utk org2 yg suka memandang sinis pd wanita yg berstatus j..... Bukan semua yg tidak baik#,. setiap manusia tidak sempurna. Begitu juga dgn lelaki yg selalu mengambil kesempatan ke atas wanita berstatus j.... cukup2 la apa yg wanita ini rasa,. jgn di tambah penderitaan jiwanya. Ingat apa yg kita buat, Allah akan balasnya mungkin bukan sekarang ttp kpd anak2 or adik2 perempuan kita, cucu2 or keturunan kita. Fikir2 kan lah...

wslm.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved