Selepas mendapat kritikan melua#s kerana rakaman video penyanyi Zamani Ibrahim dalam tahanan, dua anggota polis yang terlibat digantung tugas.
Ia disahkan engarah Kanan Jabatan Integr#iti Dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Zubaidah Md Ismail.
“Ketua polis negara sudah memberi lampu hijau ke#pada jabatan untuk melucutkan tugas ke atas mereka yang terlibat dalam perkara tersebut, sementara siasatan sedang berjalan.
“Kami bukan saja menyoal siasat mereka tapi juga mem#antau, bagaimana kecuaian dalam prosedur polis boleh timbul. Kami sedang siasat daripada setiap sudut,” kata Zubaidah menurut TheStar Online hari ini.
Butiran anggota polis tersebut tidak didedahkan tetapi tindakan tegas akan diambil jika terlibat melanggar Peraturan Penjawat Aw#am (khidmat dan tingkah laku) 1993, kata Zubaidah.
Katanya, tindakan kedua-dua anggota polis ter#sebut juga memalukan pasukan keselamatan negara, lapor TMI.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment