ONEXOX
BannerFans.com

Permohonan Skim Trade In Lupus Kereta Lama Rebat RM5,000

on Monday, January 12, 2015

Permohonan skim trade in rebat tunai RM5,000 jika lupus kereta lama yang berusia lebih 10 tahun. Pihak kerajaan pada tahun 2015 kini tampil dengan pelaksanaan skim baharu dimana pengguna yang mempunyai kereta berusia lebih daripada 10 tahun boleh mendapatkan rebat sebanyak RM5,000 untuk membeli kereta keluaran terbaru buatan tempatan seperti Perodua dan Proton.



Permohonan Skim Trade In Kereta Lama Rebat Tunai RM5,000

Permohonan Skim Trade In Kereta Lama dijangka akan dibuka di seluruh Malaysia bermula pada bulan Mac 2015.





Syarat Skim Trade In Kereta Lama Rebat RM5,000


  • Skim terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia
  • Kereta mestilah berusia 10 tahun dan keatas tanpa mengira jenama kereta
  • Pemohon hanya boleh dapatkan rebat RM5,000 jika trade in kereta lama kepada kereta keluaran tempatan sahaja seperti Proton dan Perodua.
  • Kereta yang ingin di “Trade In” mestilah kereta baharu keluaran jenama tempatan sahaja dan bukan kereta terpakai
  • Kereta yang terjejas teruk akibat banjir juga layak untuk skim tersebut.


Kaedah Pelaksanaan Skim Trade In Lupus Kereta Lama

Kereta akan dilupuskan sepenuhnya manakala komponen kereta-kereta yang dilupuskan akan diperbaiki semula dan mana-mana komponen yang masih boleh digunakan akan diperbaharui untuk dijadikan alat ganti baharu dengan jaminan.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

CLARIFICATION STATEMENT ON OLD CAR TRADE-IN INCENTIVE MENTIONED IN SEVERAL ONLINE PORTALS/BLOGS

We have recently received reports from numerous online portals and blogs regarding a government approved car scrapping/trade-in schemes that offer a cash return for cars of more than 10 years of age. Such online portals/blogs even mention that the applications will be open to the public in March 2015.

At the Automotive Industry Review 2014 & Insights 2015, MAI CEO, Madani Sahari explained that the current Total Industry Volume (TIV) may increase if incentive programs, such as the Cash for Clunkers were implemented for the benefit of consumers.

MAI would like to clarify that the government has not approved such a program as yet, and a proposal is currently being discussed between all stakeholders involved, to ensure that, if such a program were to be implemented, it would be fair to all parties, which includes the consumer.

Although such a program would be a positive step forward for both the industry and consumers, it is important that an official announcement by the government be made before any implementation is carried out.

Until such an announcement is made, we also plead caution by the public against any party that claims to offer such trade in schemes, and consult MAI should there be any doubt.

PENJELASAN BAGI KENYATAAN MENGENAI “REBAT LUPUS KERETA LAMA” YANG DITERBITKAN DALAM BEBERAPA PORTAL ONLINE / BLOGS

Kami baru-baru ini telah menerima laporan daripada pihak-pihak tertentu tentang kewujudan laman-laman web dan blog mengenai REBAT LUPUS KERETA LAMA oleh kerajaan, dalam menawarkan pulangan tunai bagi kereta yang melebihi jangka hayat 10 tahun. Laman-laman web tersebut / blog menyatakan bahawa permohonan akan dibuka kepada orang ramai pada bulan Mac 2015.

Pada sidang media “Automotive Industry Review 2014 & Insights 2015”, Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Madani Sahari menjelaskan bahawa Jumlah dagangan Industri semasa (TIV) akan meningkat jika program insentif seperti REBAT LUPUS KERETA LAMA dilaksanakan untuk manfaat pengguna.

MAI ingin menjelaskan bahawa program tersebut belum lagi diluluskan sepenuhnya oleh kerajaan, dan perbincangan mengenai cadangan tersebut sedang dijalankan dengan melibatkan kesemua pihak berkepentingan, untuk memastikan agar program yang akan dilaksanakan dapat memberi manfaat kepada semua pihak, terutamanya pengguna.

Walaupun program ini merupakan satu langkah positif untuk kedua-dua industri dan pengguna, persediaan terperinci haruslah dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman rasmi oleh kerajaan dibuat bagi pelaksanaan menyeluruh.

Sehingga pengumuman rasmi dibuat, kami ingin mengingatkan agar pengguna berhati-hati terhadap mana-mana pihak yang mendakwa untuk menawarkan rebat seperti dalam skim yang dicadangkan, dan berunding dengan MAI sekiranya terdapat sebarang keraguan.


January 26, 2015 at 2:03 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved