Anda pernah dengar tentang restoran ma#kanan segera ‘Hooters’? Konsep dan pekerjanya yang menarik tumpuan pelanggan datang.
Kerana apa? Lihat sahaja gaya pemakaian uniform seksi di restoran mereka cukup membuatkan pelanggan datang makan di sana.
Terbaru, menurut Business Wire, Hooters Amerika LLC baka#l membuka cawangan di Malaysia tidak lama lagi, ianya sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan rangkaian antarabangsa di Asia Tenggara.
Hooters Amerika LLC berkata pelan enam tahun melibatkan membuka 30 cawangan di Asia Tenggara itu, selain dari Malaysia, termasuk negara seperti Kem#boja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Nama Hooters merujuk kepada dua perkara untuk syarikat: buah da#da wanita dan burung hantu.
Restoran yang didirikan pada tahun 1983 ini memang sudah terkenal sejak dulu lagi. selain menunya yang lazat, uniform para gadis-gadis Hooters yang berp#akaian seksi antara penyebab restoran ini terus menjadi pilihan.
Restoran ini menghidangkan hidangan klasik Amerika yang terdiri daripada burger, stik, sandwhic, makanan laut dan pelbagai pembuka selera, malah terke#nal dengan signature dish “Hooters buffalo-style chicken wings”.
Menurut laman web restoran, rantaian itu kini mempunyai 430 cawangan di 28 buah negara. Hampir semua restoran Hooters mempunyai lesen minuman beralkohol.
Walaubagaimanapun, bila dan di mana masih dalam perancang#an jadi kita nantikan sahaja.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment