Pastinya seluruh rakyat Malaysia berasa gembira, apabila buat pertama kalinya kerajaan mengumumkan penurunan harga Minyak menjelang tahun baru 2015..
PENGUMUMAN RASMI HARGA MINYAK BERMULA 1 JANUARI 2015
"Harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter.
Harga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97.
Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93"
Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Syukur Alhamdulillah... Malaysia masih aman..
Dengan penurunan harga minyak petrol dan diesel ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan keresahan rakyat.. dalam masa yang sama turut menjawab teka-teki penurunan harga minyak yang bermain-main di minda selama ini..
Statistik Perbezaan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Bagi tahun 2013 hingga 2015
Jika sebelum ini semasa harga minyak naik pada 2 Oktober 2014, saya ada menulis entri berkaitan dengan Jadual Kenaikan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Berdasarkan Harga Semasa Ron 95..
Jadi, pada kali ini, saya kongsikan pula Jadual Penurunan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Berdasarkan Harga Semasa Ron 95, untuk rujukan rakyat Malaysia.
Statistik Perbezaan Harga Setangki Penuh Minyak Kereta Bagi Tahun 2013 hingga 2015
Berdasarkan Statistik di atas, kita dapati harga minyak Ron 97 sekarang (RM2.11) hampir sama dengan harga minyak Ron 95 pada 3 September 2013..
So, kalau anda rasa budget membeli minyak kereta sepanjang tahun 2014 tidak membebankan keadaan ekonomi anda, mungkin anda mampu menggunakan minyak Ron 97...
Bagi yang kurang berkemampuan seperti saya, teruskan menggunakan minyak Ron 95.. Dapatlah juga menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM20, untuk pembelian setangki penuh minyak kereta..
Diharap info ringkas ini dapat memberi manfaat kepada kita semua..
Terima kasih kerana sudi membaca.. ;)
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment