ONEXOX
BannerFans.com

Video & Gambar: Kemalangan Ngeri Melibatkan Motosikal Berkuasa Tinggi.

on Monday, January 19, 2015



Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri di lebuhraya Karak di mana berlaku satu kemalangan ngeri melibatkan 6 buah motosikal berkuasa besar di mana 2 orang telah meninggal dengan salah seorang daripadanyan rentung.

Terbaru, berlaku satu kemalangan lagi melibatkan konvoi motosikal berkuasa besar, kali ini berlaku di Kilometer 7 Jalan Berjaya Hill berhampiran Bukit Tinggi di Bentong, semalam.

Kejadian yang berlaku pada puku 12 tengah hari itu telah mengorbankan seorang penunggang dan sorang lagi cedera parah.

Mangsa yang meninggal, Syaiful Buhairi Abdullah, 27, dipercayai kerana cedera parah dibahagian kepala dan remuk tulang rusuk menyebabkan pendarahan.





Menurut sumber dan rujukan dari rakaman yang kami terima semasa kejadian, Penunggang motorsikal jenis Kawasaki Z800 (M1) adalah penunggang yang bergerak secara berseorangan.M1 menunggang ke arah menuruni bukit dan melalui selekoh S dan lokasi kejadian bukan di kawasan 'blind spot'.

Kejadian dikatakan disebabkan oleh kecuaian M1 yang memotong sebuah kereta jenis Honda City dan telah memasuki lorong bertentangan dengan kelajuan yang tinggi (menuruni bukit).

Pada waktu yang sama terdapat sebuah grup motor (KTM) yang disertai Syaiful, (M2) sedang menaiki bukit dengan kelajuan yang sederhana.M2 adalah motor yang kedua dikalangan peserta group tersebut.




Sewaktu M1 memotong kereta dan masih berada di laluan bertentangan,ketika itulah datangnya grup KTM yang menaiki bukit dan telah berlaku perselisihan.Motor pertama dalam group tersebut berjaya mengelak tetapi motor kedua (M2) telah bertembung dengan motorsikal M1 dan terus terbakar.

M2 telah tercampak beberapa meter dan telah meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di bahagian dalaman dan patah tulang rusuk,tangan serta pinggul manakala M1 masih dalam keadaan kritikal di HUKM.

Beriktu adalah rakamanan kejadian sebenar kemalangan tersebut




Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved