TINDAKAN pantas seorang nelayan berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun daripada terjunam ke dalam gaung sedalam 50 kaki.
Kejadian berlaku di bandar Bodrum, barat daya Turki apabila nelayan tersebut, Mehmet Soysal sedang bercakap di telefon bimbitnya sebelum terdengar jeritan.
Dia kemudiannya menoleh ke belakang dan mendapati sebuah kereta sorong bayi sedang meluncur laju menuruni bukit.
Mehmet menahan kereta sorong tersebut dan akibat berada dalam kelajuan tinggi, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Ali Ceyhan tercampak keluar, tetapi terselamat daripada terjatuh ke dalam gaung yang hanya beberapa meter dari situ.
Detik-detik cemas itu dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV).
Mehmet kemudiannya dilihat segera mengangkat kanak-kanak itu sebelum orang ramai yang cemas mula mengerumuninya.
Ceyhan tidak mengalami sebarang kecederaan dan perkara ini disahkan oleh jurucakap hospital yang merawatnya.
Ibu kanak-kanak itu, Cansu Sahin, 29, berkata, dia amat berterima kasih dengan Soysal kerana menyelamatkan anaknya.
“Ia berlaku hanya beberapa saat sahaja selepas saya melepaskan kereta sorong tersebut untuk menunjukan sesuatu kepada suami.
“Saya rasa ucapan terima kasih pun tidak cukup untuk Soysal. Dia adalah seorang wira,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment