ONEXOX
BannerFans.com

Wow!!! Cikgu Yasmin Tersenarai 50 Guru Terbaik Di Dunia (4 Gambar)

on Sunday, January 25, 2015



Tahniah diuc#apkan kepas seorang guru kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Petaling Jaya kerana namanya telah tersenarai sebagai 50 guru terbaik dunia.

BEliau ialah Puan Yasmin Noorul Amin berumur 38 tahun yang sebelum ini merupakan seorang jurutera, telah dicalonkan dan t#elah disenarai pendek untuk anugerah Hadiah Guru Global.



Anugerah Hadiah Guru Global ini menawarkan hadiah utama USD1 juta kepada penerimanya. Ia dianjurkan oleh Yayasan Varkey GEMS y#ang berpusat di Dubai, UAE. Yayasan ini satu-satunya di dunia yang memberikan pengiktirafan luar biasa kepada golongan pendidik seluruh dunia.

Kecemerlangan guru La Salle bernama Yasmin Noo#rul Amin ini memang terbukti kerana sebelum ini pernah menerima anugerah kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata pencalonan Yasmin Noorul Amin, 38, adalah saat yang membanggakan dan patut diconto#hi oleh guru-guru lain di negara ini.

"Tahniah kepada Cikgu Yasmin pada pencalonannya# sebagai guru yang terbaik. Pengiktirafan ini adalah sesuatu yang kita boleh banggakan. Kami ingin dia semua kejayaan itu," katanya.



Kenali Cikgu Yasmin Noorul Amin.

Puan Yasmin Noorul Amin yang merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta dan telah berkhidmat 2 tahun sebelum ini. Beliau kemudiannya telah berhenti kerana mahu memenuhi impian bapanya untuk melihat dirinya menjadi seorang pendidi#k. Kini dia telah berkhidmat sebagai guru selama 12 tahun.

Bagaimana pun tindakan drastik itu tidak sia-sia dimana beliau kini amat menyanyangi kerjaya sebagai seorang pendidik yang yang sentiasa men#abur bakti kepada anak-anak didiknya.





Selain Puan Yasmin ada seorang lagi guru yang berasal dari Malaysia terpilih dalam 50 guru terbaik dunia ini iaitu Cikgu Madenjit Singh tetapi beliau men#etap di Buriram, Thailand dan sekarang mengajar di Sekolah SOLS 24/7 yang cawangan Timur Leste.

Madenjit menubuhkan SOLS24/7, yang merupakan sebuah NGO yang menawarkan latihan dua tahun dan menaiki program komprehensif percuma menyedi#akan kemahiran hidup untuk belia yang kurang bernasib baik.



Kanak-kanak lelaki perlu membawa saudara perempuan mereka atau pelajar lain perempuan sebagai syarat kemasukan bagi memastikan keseimbangan jantina. Setiap pelajar memainkan peranan dalam membina dan mengekalkan sekolah, memasak, meng#ajar kelas dan menjalankan khidmat masyarakat. Program ini mengajar Bahasa Inggeris, kemahiran komputer, perakaunan dan kepimpinan di kalangan mata pelajaran lain

Dalam anugerah ini, seramai 50 guru disenarai pendek untuk dipilih sebagai guru terbaik dunia dana akan diadakan pada 15 Februari 2015 ini, seramai 10 cal#on terbaik akan diputuskan oleh Yayasan Varkey GEMS. Pengumuman 10 calon dan juga pemen#ang akan dibuat di Forum Pendidikan Dunia di Dubai pada 16 Mac 2015.

Anugerah setaraf  'Hadiah Nobel' ini beroperasi di bawah nau#ngan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum. Pemenang akan menjadi duta global Yayasan Varkey GEMS, menghadiri acara dan berucap di forum awam tentang memartabatkan profesyen perguruan.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved