DETROIT - Seorang pekerja kilang, James Robertson, berjalan kaki lebih dari 32 kilometer setiap hari untuk ke tempat kerjanya hampir 10 tahun yang lalu terkejut apabila dia dihadiahkan sebuah kereta jena#ma FORD model baru.
Robertson juga menerima sumbangan dari orang ramai lebih AS$310,000 (RM1.1 juta) setelah kisahnya menjadi viral di media sosial.
Difahamkan, Robertson terpaksa berjala#n kaki ke tempat kerja kerana tidak mampu membeli kereta baru selepas keretanya rosak semenjak 9 tahun yang lalu. Bertambah teruknya, laluan ke tempat kerjanya tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam.
"Semenjak kereta saya rosak, saya memang tidak mampu membeli yang baru. Oleh sebab itu, saya terpaksa berjalan kaki sejauh 32 kilometer setiap hari demi meraih pendapatan sebanyak AS$10.55 (RM37.70) untuk satu jam di sebuah kilang," katanya.
Meskipun wang sumbangan yang dikumpulka#n itu bertujuan untuk membolehkan Roberston membeli sebuah kereta baru, namun pengedar kereta mengambil keputusan untuk menghadiahkan sebuah kereta model terbaru, Ford Taurus bernilai AS$37,000 (RM132.357).
Bagaimanapun, wang sumbangan yang diberikan itu akan dijadikan dana bagi perubatan, penyelenggaraan kereta dan kos petrol Robertson.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment