ONEXOX
BannerFans.com

JOKOWI MALU, PEMBANTU RUMAH INDONESIA BERPERANGAI HAMPEH

on Friday, February 20, 2015



JAKARTA - Presiden Republik Indonesia, Jokowi, bercadang menghalang rakyatnya dari bekerja sebagai pembantu rumah di luar negara terutamanya Malaysia, lapor agensi berita a#ntarabangsa.

Jokowi dilaporkan berasa agak kurang selesa ketika berbincang mengenai isu pembantu rumah dengan pemimpin Malaysia semasa lawatan rasminya selama tiga hari ke Malaysia sebelum ke Brunei dan Filipina pada awal Februari yang lalu.

Jokowi menyifatkan, tugas pemba#ntu rumah yang melakukan kerja-kerja rumah dengan majikan luar negara telah menjejaskan imej Indonesia terutamanya jika rakyatnya terbabit dengan masalah disiplin.




“Dalam tempoh yang sesegera mungkin, kita akan hentikan penghantaran tenaga kerja Indonesia sebagai pembantu rumah secepat-cepatnya. Kita perlu ada keyakinan tinggi dan harga diri,” katanya semasa menyampaikan ucaptama di Musyawarah Nasional II Parti Hati Nurani Rakyatdi Solo.

Jokowi juga telah mengarahkan Ment#eri Tenaga Manusia Indonesia segera menyelesaikan isu berkenaan termasuk secara berperingkat membawa pulang kesemua warganya yang bekerja di negara asing tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Tambahnya, dia pernah mempunyai pengalaman yang pahit ketika melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Brunei dan Filipina semasa menjawat jawatan Datuk Bandar Solo pada tahun 2005.

Pengalaman pahit itu dirasainya ket#ika membuat kunjungan perdana ke Malaysia. Lebih menyakitkan hatinya apabila menerima laporan statistik yang menunjukkan kebanyakan warga Indonesia di Malaysia bekerja sebagai pembantu rumah.

"Daripada sejumlah 2.3 juta tenaga kerja Indonesia di seluruh dunia, 1.2 juta daripadanya adalah pekerja tanpa langsung ada dokumen yang sah, dan paling memalukan beliau, apabila diberitahu majoriti bertugas di Malaysia," katanya.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved