ONEXOX
BannerFans.com

Kisah Benar Kesulitan Makcik Berurusan Dengan Pegawai Bank

on Monday, February 16, 2015



Seorang mak cik telah pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM 500. Tetapi kemudiannya kerani di kaunter bank itu telah melontarkan kad dengan lagak yang kurang ajar kepada mak cik itu sambil berkata “kalau nak keluarkan duit kurang daripada RM500 sila keluarkan di ATM. Kami tiada masa untuk keluarkan wang yang sedikit…”

Kemudian, mak cik itu mengambil kad itu semula dan menyerahkannya kepada kerani tersebut dan berkata “Kalau macam tu keluarkan sahaja semua yang ada di dalam akaun ini…”

Kerani bank itu sangat terkejut apabila mendapati di dalam akaun mak cik itu terdapat sejumlah RM 20 JUTA…



Dengan lemah lembut & penuh santun, kerani bank menyatakan mereka tidak dapat menyediakan wang sebanyak itu. Jika mahu pengeluaran sebanyak itu, perlulah membuat temujanji.

Mak cik itu kemudiannya bertanya tentang jumlah yang boleh dikeluarkan secara serta merta pada hari tersebut. Lalu kerani bank menjawab dengan amat sopan. Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah RM 300, 000 sahaja…




Mak cik itu menjawab “kalau begitu saya mahu keluarkan RM300,000 SEKARANG!!!!”

Dengan susah payah kerani bank mengira dan menyerahkan kepada mak cik itu. Setelah mengambil duit itu, mak cik menyerahkan semula duit sebanyak RM299,500 kepada kerani tersebut dan berkata, “Saya hanya memerlukan RM500 sahaja. Sila simpan semula semua duit saya ke dalam akaun saya…

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri





Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

rocky the great brown unused dick says: ini cerita edit seorang nyonya tua yang nak keluarkan 200 yuan di China (tak salah aku menggu akhir januari 2015) tapi bila kene marah nyonya tu mintak kluarkan semua duit dia 200 juta Yuan.... aku tau laaa


February 16, 2015 at 6:29 PM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved