ONEXOX
BannerFans.com

Restoran terkenal di Oakland Commersial Seremban didapati cara potongan ayam meragukan

on Sunday, February 8, 2015



SEREMBAN - Sebuah restoran makanan Cina yang terkenal sering dikunjungi pelanggan Melayu di Oakland, di sini, diperiksa# pasukan penguatkuasa setelah status halal di premis tersebut, diragui.

Operasi bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KDNKK) bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) itu bermula pada jam 12.30 tengah hari, diketuai Ketua Unit Perihal Dagangan Negeri Sembilan, Mastura Arifin, bersama 16 pegawai termasuk kakitangan JHEAINS.

Menurut Mastura, sebanyak lima premis p#erniagaan diperiksa, dan hanya kedai makan itu saja dikesan melakukan kesalahan, manakala selebihnya hanya diberi nasihat.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di kedai makan itu mendapati, ia dimiliki seorang pengusaha bukan Islam, malah tukang masaknya juga terdiri daripada bukan Islam.

“Tiada sebarang logo atau sijil halal diperole#hi restoran tersebut sejak sijil halal yang diperolehi pada 2009 tamat tempoh.




“Lebih memeranjatkan lagi, ayam yang digunakan di kedai makan itu juga diragui kebersihannya.

“Melalui pemeriksaan yang dilakukan, ayam dig#unakan untuk memasak di kedai itu dipercayai diperolehi daripada pengedar bukan Islam, memandangkan tiada sebarang logo halal di plastik tersebut, selain cara potongan ayam itu juga diragui.

“Malah, kedai tersebut juga diragui statusnya, selain mempunyai persekitaran yang kotor,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tiada sebarang kes#alahan dikesan di kedai tersebut, cuma pihaknya berjaya membongkar bahawa kedai tersebut sebenarnya adalah milik pengusaha bukan Islam.

“Kita sekadar mahu menyedarkan masyarakat Islam, bahawa kedai ini bukan seperti yang mereka fikirkan, memandangkan kita dapati hampir semua pelanggan kedai makan ini terdiri daripada orang Islam.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan kepada masy#arakat Islam supaya sentiasa berhati-hati dan memilih kedai makanan yang telah ditetapkan oleh syarak,” katanya.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

azisamat said...

Namakanlah Rest tsbt. Klau nak menasihatkan umat Islam, jgn sembunyikan fakta. Say Fool Rest?


February 8, 2015 at 5:41 AM

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved