ONEXOX
BannerFans.com

Dua stesen minyak disyaki tipu

on Monday, March 2, 2015



KOTA BHARU - Dua stesen minyak, termasuk di kawasan Pengkalan Chepa dan Machang disiasat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (KPDNKK) kerana menutup aw#al operasi mereka dan tidak menyediakan stok bekalan minyak mencukupi, dalam operasi khas malam kelmarin.

Pengarah KPDNKK negeri, Datuk Ab Ghani Harun berkata, tindakan berkenaan dilakukan hasil pemantauan seramai 85 pegawai dan kakitangannya di 167 stesen minyak seluruh negeri ini, yang bermula kira-kira jam 6.30 petang semalam.

“Tindakan diambil hasil maklumat orang aw#am terhadap penipuan yang dilakukan, di samping pemantauan yang dijalankan pihaknya setelah mengesan sebuah stesen minyak menutup operasi awal sedangkan sebelum ini beroperasi selama 24 jam.

“Manakala sebuah lagi stesen minyak di Machang dipercayai tidak mempunyai bekalan minyak mencukupi dan tindakan mereka seolah-olah ingin menyembunyikan stok bekalan minyak,” katanya kepada media semalam selepas menyertai ops khas KPDNKK di sebuah stesen minyak di Pengkalan Chepa, di sini, malam kelmarin.




Tindakan kedua-dua pihak stesen minyak itu dip#ercayai dilakukan ekoran bagi mendapat keuntungan dan dipercayai berniat untuk menipu apabila kerajaan mengumunkan kenaikan harga 25 sen seliter bagi Ron 95, Ron 97 dan diesel awal pagi semalam.

Ab Ghani berkata, dua kes terbabit merupakan yang pertama untuk tahun ini dan pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci serta menjalankan pemantauan.

Hasil pemantauan dilakukan tersebut, pihaknya tela#h membuat pemeriksaan dan terdapat sebanyak 19,000 liter petrol jenis RON95 masih berada dalam tangki minyak di salah stesen minyak di Pengkalan Chepa dan niat mereka seolah-olah ingin menipu pengguna.

Menurut Ab Ghani, tindakan sita dikenakan ke atas pemilik stesen kerana telah melanggar arahan Kementerian mengikut Peraturan 12A Peraturan Kawalan Perdagangan 1974 yang dikatakan menipu pengguna.

Jika sabit kesalahan pengusaha stesen minyak bole#h didenda sehingga RM100,000 atau tiga tahun penjara.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved