ONEXOX
BannerFans.com

Negara Islam lain juga guna GST- Hasan Malek

on Monday, March 16, 2015



Tiada sebab untuk Pas mendakwa cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan pada 1 April ini adalah haram di sisi Islam kerana sebanyak 169 negara di dunia, termasuk negara Islam telah mengguna pakai sistem cuka#i itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, selain itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan juga telah membuat ketetapan hukum GST adalah harus.

“Maknanya GST ti#dak salah, hukumnya harus. Jadi tiada masalah,” katanya pada satu sidang media, semalam.

Menganggap dakwaan itu sebahagian daripada cabaran yang perlu ditempuhi kerajaan, Hasan turut mempersoalkan tindakan Pas yang tidak pernah membangkitkan isu itu semasa GST dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.

“(Dakwaan GST hara#m) ini timbul dekat-dekat (tarikh pelaksanaannya) sahaja.




“Waktu dalam Parlimen (semasa GST dibahaskan) saya hadir, tak pernah pun timbul isu ini,” katanya.

Menurutnya, GST a#kan tetap dilaksanakan kerana ia telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta telah diwartakan.

Beliau turut meminta rakyat meyakini bahawa keputusan kerajaan untuk melaksanakan GST adalah untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat.

“Kita lakukan ini u#ntuk negara kita. Apabila kutipan cukai banyak nanti, banyak lagi pembangunan fizikal kita dapat laksanakan terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 hingga 22 Oktober 2014 memutuskan GST adalah harus asalkan pelaksanaannya berpandukan beberapa syarat mengikut Islam.

Keputusan itu bag#aimanapun dipersoal Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyebut GST haram dikutip kerana tidak menepati tiga syarat untuk mengharuskan cukai dalam Islam.

Katanya, tiga syarat itu ialah kerajaan benar-benar terdesak memerlukan cukai untuk menampung keperluan negara; keperluan mendesak itu berlaku bukan kerana ketirisan dan pemborosan dalam perbelanjaan; serta ia hanya boleh dikenakan kepada golongan berkemampuan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved