ONEXOX
BannerFans.com

Tony Pua Sifatkan Tindakan Polis Tahan Nurul Izzah Sebagai ‘Anak Haram?

on Monday, March 16, 2015



Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil ahli parlimen Petaling Jaya Utara – DAP, Tony Pua bagi membantu siasatan berhubung kenyataan yang disi#fatkan menghina institusi Diraja di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitter hari ini meminta PDRM memanggil Tony Pua bagi menjelaskan maksud kenyataan yang dilemparkan itu.

“@PDRMsia akan pang#gil YB Ini menjelaskan apa maksud beliau dgn ‘Royal my foot’. Adakah di tujukan kpd Raja2 Melayu” tulisnya melalui akaun twitter sebentar tadi.

Terdahulu Ketua Publisiti DAP itu dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan yang mempertikai tindakan polis berhubung penahanan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah.




“Bastard. Real Bastard. R#oyal My Foot” tulisnya memetik printscreen yang dimuatnaik oleh Khalid sebentar tadi.

Namun tinjauan SuaraTV gagal menjumpai status twitter yang dikaitkan dengan Tony Pua itu.

Sebaliknya Tony didapati me#ngeluarkan kenyataan seolah-olah menghina tindakan polis yang disifatkan sebagai ‘anak haram’.

“Bastards. “Nurul Izzah arrested under Sedition Act” tulisnya sebagai reaksi terhadap penahanan tersebut.



Sementara itu Tony Pua ketika di#hubungi menafikan perkara tersebut.

“Kenyataan tersebut 100 peratus bukan ditujukan kepada Raja-Raja Melayu. Jadi dia (Ketua Polis) tidak perlu risau” uajrnya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada SuaraTV sebentar tadi.

Terdahulu Nurul Izzah ditah#an di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi ketika hadir untuk memberi keterangan berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu sbelum ditahan.

Beliau ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana hadir.

“ASP Muniandy memaklumkan baha#wa saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman,” tulis Nurul Izzah di twitternya sebentar tadi.

Tangkapannya itu susulan laporan polis oleh bekas calon BN, Zulkifli Noordin terhadap Nurul Izzah pada 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputu#san kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah diwakili peguam Sivarasa Rasiah.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved