ONEXOX
BannerFans.com

Dah salam, punca Sultan Johor tak nak salam dengan Mat Maslan terjawap

on Thursday, April 9, 2015

Dah salam, punca Sultan Johor tak nak salam dengan Mat Maslan?

Kasihan melihat gelagat Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam video yang sedang viral ketika ini. Macam Mr Bean pun ada. Video yang Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar enggan bersalam dengannya.




Jelas video tersebut Mat gagal bersalaman dengan Sultan Johor.

Melalui laporan Astro Awani Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Lokman Noor Adam menyalahkan pembangkang dengan mengatakan propaganda pembangkang untuk menjatuhkan pemimpin BN.

Katanya, video yang tersebar itu sebenarnya telah disunting dan babak Ahmad bersalam dengan Sultan Ibrahim sengaja dipotong untuk dibuat bahan jenaka oleh pembangkang.

Lokman menunjukkan gambar di bawah sebagai bukti yang Ahmad Maslan berjaya bersalaman dengan Sultan Johor.



Lokman yang ingin mengembirakan Mat dah tak menjadi kerana gambar yang ditunjukkan adalah gambar yang bukannya dalam situasi video tersebut walaupun pada majlis yang sama.

Lihat rentetan gambar di bawah yang dikongsi di akaun Twitter Mat sendiri. Masa yang berlainan walaupun majlis yang sama.



Mungkin gambar tersebut ketika ketibaan Sultan Johor dan Mat dah bersalaman dengan Sultan. Jadi Sultan dah ‘fedup’ kalau dah bersalaman berserabut dengan orang ramai ingin bersalam lagi.

Mungkin juga gambar tersebut semasa Sultan berangkat pulang dan Sultan akhirnya memberi peluang Mat bersalam dengan baginda setelah gagal beberapa kali.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved