Lagi mangsa penipuan individu yang tidak bertanggungjawab di laman Mudah.my.
Seorang kerani, 27, mengalami kerugian RM1,000 akibat ditipu oleh seorang lelaki yang kononnya mahu menjual iPhone 5S dengan harga RM1,000.
"Saya telah melayari mudah.com dan telah berminat untuk membeli telefon bimbit jenis iPhone 5S warna emas dengan harga RM1,000.
"Setelah bersetuju, dia meminta saya memasukkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam akaun banknya, Mohd Nor Zaidi," katanya.
Mangsa membuat transaksi itu kerana lelaki berkenaan berada di Terengganu atas urusan kerja. Suspek meminta mangsa membuat bayaran secara online dan iPhone 5s itu akan dihantar ke alamat rumah mangsa.
Namun, setelah membuat bayaran, lelaki bernama Zaidi itu hanya mendiamkan diri apabila mangsa membuat tracking number bagi menyemak status postage iPhone yang dibelinya itu.
Merasakan dirinya tertipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Taman Universiti, Skudai, Johor, pada jam 12.21 tengah hari semalam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment