ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label Gadjet. Show all posts
Showing posts with label Gadjet. Show all posts

'SAYA DIHINA & DICERCA KERANA NAK TOLONG MELAYU' - ISMAIL

on Monday, December 14, 2015



Apabila saya melancarkan Mara Digital yang khususnya untuk usahawan Melayu/Bumiputera, sambutan dari orang Melayu/Bumiputera amat menggalakkan. Sekurang-kurangnya usahawan bumiputera yang selama ini tidak mendapat tempat di IT Mall yang lain dapat diberi peluang.

Walau bagaimanapun, ada 'pihak lain' yang menentangnya dari awal Low Yatt 2 diumumkan, lebih-lebih lagi bila Mara Digital diumumkan.

Ada yang memberi masa tiga bulan sahaja untuk Mara Digital ini survive. Saya menjangkakan rintangan-rintangan, tetapi paling menyedihkan apabila ada di kalangan orang Melayu sendiri yang menghentam saya mengenai Mara Digital ini.

Saya dipersalahkan apabila memberi pengecualian sewa 6 bulan kepada penyewa. Tujuan saya untuk untuk kurangkan bebanan kepada penyewa, kerana kebiasaannya tempat baru memerlukan masa untuk dikenali dan maju.

Orang ini bimbang jika free rental, peniaga akan turunkan harga dan tentu akan memberikan saingan kepada peniaga-peniaga di mall lain. Lagi pun, kononnya harga telefon bimbit sudah 'fix', jadi tidak mungkin turun harga. Ini pun kenyataan beliau yang bercanggah. Dia lupa bahawa bukan telefon bimbit semata-mata dijual di sana tetapi juga aksesori produk IT yang boleh diturunkan harga.

Bagi saya, terserah kepada kebijaksanaan peniaga. Yang saya hairan, sepatutnya kita suka harga turun. Sepatutnya kita suka free rental untuk membantu orang Melayu. Tetapi saya dihina dan dicerca kerana nak menolong Melayu.

Saya sangat mengharapkan sokongan orang Melayu/Bumiputera untuk menjayakan Mara Digital ini. Perancangan saya untuk buka di seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT. Saya tak kisah kalau tak mahu sokong tetapi jangan cuba menggagalkan usaha ini. Walau apa pun halangan dan rintangan, ianya tidak akan melemahkan semangat saya tetapi saya akan jadikan ini sebagai cabaran untuk memperkuatkan lagi semangat saya bagi meneruskan usaha membela usahawan Melayu/Bumiputera ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca pakej internet Onexox paling jimat terjawap akhirnya

on Tuesday, October 20, 2015



1. Untuk makluman tuan, saya bukanlah sub dealer atau dealer. Saya seorang pengamal IT yang bekerja sebagai orang IT.

2. Izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman saya yang tak seberapa ini untuk renungan tuan juga.

3. Pihak OneXOX telah membuktikan kepada saya penjimatan dari segi kadar, tempoh pemanjangan had hayat dan beberapa lagi penjimatan yang pada pandangan peribadi saya sangat menarik.

4. 2 bulan lepas saya telah "berhijrah" ke OneXOX atas nasihat dan pandangan rakan Dealer/Sub Dealer OneXOX .

5. Agak terkejut saya kerana center utama berada di Seremban 2, N9 ( terima kasih saya pada Onexox OneDy )

6. Apa yang ingin saya kongsikan pada tuan sekadar renungan, berhibur tidak menjadi masalah (pada takat yang dibenarkan). Tetapi tuan perlu maklum dimana setiap telco mempunyai kelebihan dan kekurangan.

7. Umum diketahui dimana setiap aplikasi yang menggunakan UDP (Unified Datagram Protocol) seperti youtube menggunakan data yang sangat tinggi bagi menghantar suapan video dan suara.

8. Adalah tidak adil jika tuan menyalahkan pihak telco OneXOX kerana tidak menyediakan "basic internet" kerana pakej "basic internet" memang tidak wujud (setakat hari ini). Mungkin (pada pendapat peribadi saya) pihak OneXOX "mengalihkan" pakej "free basic internet" ke pakej yang lebih menarik iaitu penjimatan kadar, tempoh had luput yang panjang dan seterusnya.

9. Ini selari dengan kaedah pemasaran yang telah pihak OneXOX persetujui bertepatan dengan konsep syariah yang ingin diperkenalkan.

10. Jika tuan memerlukan kadar data bandwidth yang lebih tinggi, adalah tuan dinasihatkan supaya melanggan pakej data internet yang lebih tinggi dari apa yang tuan gunakan waktu ini.

11. Saya seperti pengguna yang lain juga merasakan perlunya "pengawalan" diri sendiri supaya sentiasa mengamalan sikap BERJIMAT CERMAT dan gunakan data bandwidth sebaik mungkin.

12. Pada pandangan saya, adalah setimpal dengan pakej yang ditawarkan 1.5GB data bandwidth dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat OneXOX. Saya percaya juga pakej data bandwidth yang lebih tinggi juga ditawarkan kepada semua pelanggan OneXOX bersedia untuk dilanggani dan juga terbuka luas untuk tuan menaip dan menghantar khidmat pesanan ringkas ke pelayan OneXOX bagi melanggan data bandwidth internet yang diperlukan.


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

VIDEO LELAKI TAWAF KAABAH GUNA HOVERBOARD TERSEBAR

on Monday, August 31, 2015



MAKKAH - Video seorang lelaki menggunakan hoverboard sedang tawaf di Kaabah, tersebar dan menimbulkan persoalan ramai apakah perbuatan itu dibenarkan dalam Islam.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan melakukan tawaf sebagai satu daripada Rukun Umrah dan Haji, tersebar di laman sosial.




Netizen berpendapat, jika lelaki itu sihat tubuh badannya, adalah wajar dia berjalan kaki untuk menunaikan ibadah itu.

"Jika dia mempunyai masalah kesihatan, dia sepatutnya menggunakan kerusi roda. Jika pihak berkuasa menutup mulut, maka kita mungkin mempunyai satu inovasi dan ciptaan baru untuk tawaf dan tidak lagi memiliki semangat tawaf itu sendiri," lapor portal Al Marshad.

Menurut netizen, penggunaan hoverboard sepatutnya diharamkan kerana kebiasaannya orang ramai yang tawaf mengelilingi Kaabah dan menumpukan solat kepada Allah.

"Tetapi lelaki ini menggunakan hoverboard dan terpaksa memfokus untuk mengimbangi dirinya agar tidak terjatuh," kata netizen.

Justeru, ramai yang melahirkan rasa kebimbangan penggunaan hoverboard akan menjadi satu trend di Masjidil Haram.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

"HABISKAN AIR TU!"

on Wednesday, August 26, 2015



7,318 share di laman Facebook. Satu gambar yang ringkas dan mudah difahami maksudnya.

Gambar ini tersebar dan trending di laman sosial berikutan tindakan si lelaki yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak lelaki terbabit yang langsung tidak mengendahkan anaknya yang kebosanan, sementara itu dia pula sibuk menghadap telefon pintarnya.

Gambar yang dimuat naik oleh Jay Mohd telah mendapat 9,489 like di Facebook mencetuskan pelbagai komen dari netizen.

"This is sad. When technology rules the world. Aku duduk breakfast di Chawan Bangsar. Duk perhati saja lelaki ini.

"Aku di sana dalam setengah jam lebih juga. Sepanjang aku berada di situ, dia asyik bermain dengan telefon dia sahaja. Langsung tak layan anak dia. Cuma sepatah saja dia cakap pada anak dia.

"HABISKAN AIR TU"

"Itu sahaja. Selepas itu, dia kembali menghadap telefon dia. Aku kasihan tengok anak dia. Boring giler kot?

"Beginilah bila teknologi dah ambil alih kehidupan kita," kata Jay yang juga menjadikan perkara itu sebagai peringatan kepada dirinya.

"Reminder to myself dan bukan nak menyibuk, just a fact of life," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Simkad ONEXOX Jimat Giler!

on Friday, August 21, 2015

aku terasa macam nak buat review c-ket tentang simkad yang baru je aku pakai sekarang ni.. nama dier onexox. onexox ni milik syarikat bumiputera, rata-rata penjual dia pun bumiputera. apa yang menarik hati aku nak join ni sebab harga simkad murah sangat. cuma rm10. percuma pulak kredit dengan sms untuk no onexox jugak.

bukan tu saja, aku kan sayang no sekarang ni jadi aku nak kekalkan la no. telefon aku.. aku ingat tak boleh, rupanya boleh.. dapat sim baru cuma no yang sama. onexox siap bagi aku tempoh sah kredit sampai 28 bulan lagi.. bestnya.. kredit aku taman tempoh tahun 2017.



kalau nak cerita memang lain habislah. memang jimat sangat. korang bayangkan la call untuk 10 saat cuma 5sen.. mesti korng ingat nak cakap apakan 10 saat. tapi pernahtak korang call siapa-siapa tengok-tengok dia off phone. dah masuk voicemail pulak. dulu aku pakai c**lcom bila masuk voice mail mesti cas 30sen . tak ke rugi..

korang fikirla sendiri. sekarang ni kredit tak gerak pun. yela mesej pulak dapat percuma. 1800 tuuu... tapi dia bagi tiap-tiap bulan. 150sms percuma!!

tak cukup jimat lagi ke...?



 ha... ni satu lagi yang aku suka.. onexox tak payahla korang nak hafal kod yang bermacam-macam untuk nak check balance, top-up dan lain2

korang download je aplikasi ONE XOX kat play store... mudah dan cepat.. klik je dah dapat apa yang korang nak...



lastly... sejak pakai simkad ni, xde dah mesej promo ke apa. contoh: peluang menang wang tunai..bla.. bla.. blaa..

takde..

tapi kalau terlepas juga sebab no kita mungkin ada dalam database kat mana mana. korang jangan risau.. awal-awal lagi onexox dah sekat.. contoh macam gambar kat bawah ni...




so.. berminat ke tak nak berjimat cermat macam aku.? nanti akan dapat 5% kredit percuma kalau korang dapat promote kat oranng lain. kredit tu bergantung pada jumlah kredit yang orang-rang yang dah kita tarik untuk join onexox . tiap-tiap bulan dapat... best kan?

kalau berminat boleh like page ni OneXox fanpage atau PM/whatapp: 017-2335958 (mael kolip)


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

AKHIRNYA KPDNKK SERBU PLAZA LOW YAT & RAMPAS 11,174 AKSESORI TIRUAN. TAHNIAH

on Thursday, July 30, 2015


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah berjaya merampas 11,174 aksesori telefon bimbit tiruan yang bernilai RM150,990 dalam serbuan mengejut pada jam 2.30 petang semalam.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sebanyak 120 premis diperiksa dengan kerjasama dari anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen selepas menerima banyak aduan dari orang ramai.

Jabatan Imigresen juga turut menahan tiga warga asing yang berasal dari Bangladesh dan Pakistan atas kesalahan tinggal di negara ini tanpa sebarang dokumen yang sah dan salah guna pas lawatan.

Difahamkan, sebelum melakukan serbuan itu, KPDNKK telah menjalankan risikan setelah menerima banyak aduan.

"Semua kes disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap unit barang rampasan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi individu yang disabitkan kesalahan atau denda maksimum RM15,000 seunit barangan bagi syarikat yang terbabit," katanya.

Operasi serbuan itu disertai sebanyak 110 anggota KPDNKK termasuk wakil dari pemilik cap dagang yang berdaftar bagi mengesan sebarang cubaan penipuan oleh mana-mana peniaga.

Jelas Datuk Seri Alias, operasi seperti itu akan terus diadakan di seluruh negara bagi memastikan pengguna tidak terus ditipu selain dari mendidik penjual agar mematuhi undang-undang.

Orang ramai yang mempunyai aduan dan maklumat diminta menghubungi talian 1300 88 6800 atau melalui laman web http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau datang sendiri ke pejabat KPDNKK.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA SEBENAR INSIDEN PERGADUHAN SELEPAS BUKA PUASA DI PLAZA LOW YAT TERSEBAR

on Saturday, July 11, 2015



KUALA LUMPUR - Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh tujuh orang lelaki Melayu yang dilaporkan bertindak sedemikian bagi membalas dendam.

Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, 7 orang lelaki Melayu telah menyerang dan memukul kakitangan kedai berkenaan selain dari merosakkan barangan dalam kedai tersebut yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Difahamkan, insiden pergaduhan itu berpunca daripada tidak puas hati seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan bangunan berkenaan kerana didakwa telah mencuri telefon bimbit di kedai itu.

Suspek yang ditahan oleh pengawal keselamatan itu kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan dari itu, 7 orang lelaki Melayu yang juga rakan kepada suspek telah datang dan menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis itu.

"Salah seorang rakan suspek tidak berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon," menurut kenyataan laporan polis yang dibuat.

Bagaimanapun, tindakan beberapa lelaki itu telah mengundang kemarahan para peniaga di bangunan itu dan menyebabkan mereka dibelasah bertubi-tubi sehingga ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat.

Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan.

Bagaimanapun, reaksi netizen di laman sosial pula berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini sering menipu pelanggan mereka.

"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!" kata mereka.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon bimbit di premis tersebut. Bagaimanapun setelah dibawa ke balai, suspek menunjukkan bukti pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis.









Laporan polis berkenaan kes gaduh di Plaza Lowyat Kl

Thsl Rpt : 23370/15

Tarikh / Masa : 11/07/15 @ 2138hrs

Klafikasi : Kes disiasat dibawa has sek 147/427 KK...merusuh/bencana

Butir2 Pengadu :

Kerja : Pengurus Keselamatan umur 55 th

Fakta Kes :

Pada 11/07/15 jam lebih kurang 1950hrs semasa pengadu berada di tingkat bawah Plaza Lowyat Kl telah datang (7)(L) Melayu yang tidak dikenali dan telah memasuki kedai telefon bimbit Oppo dan telah memecahkan peralatan yang terdapat didalam kedai tersebut. Pekerja didalam kedai tersebut juga turut dipukul. Kerugian dialami lebih kurang RM 70,000. Pengadu datang ke balai polis buat laporan polis.

Tindakan polis :

Siasatan awal dapati kejadian ini berpunca daripada tidak puashati salah seorang (L) Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana telah mencuri telefon bimbit di kedai tersebut dan kemudiannya tangkapan telah diserahkan kepada pihak polis. Lanjutan daripada kejadian ini, salah seorang (L) melayu tidak berpuashati dan telah memanggil kawan-kawannya dan telah memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon. Sehingga kini Seorang berjaya ditangkap .

Tangkapan:

Umur :  22 thn

Jantina : Lelaki

Warganegara : Malaysia

Tarikh Lahir : 15/05/1993

Keturunan : Melayu

Siasatan diterukan utk kesan rakan2 sejenayah saspek


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

WAGHIH RUGI RM500, TERBELI IPHONE 6 MAINAN DI JAYA JUSCO SEREMBAN 2

on Thursday, June 4, 2015



Seorang remaja lelaki mengalami kerugian sebanyak RM500 akibat terperdaya dengan helah seorang lelaki yang menjual iPhone tiruan ketika berkunjung ke Jaya Jusco Seremban 2.

Menurut mangsa, Ben Zaf, dia dihampir oleh seorang lelaki bermata sepet yang mengaku berasal dari Taiwan itu cuba menjual iPhone 6 dengan harga RM800. Dengan wang itu, dia akan membeli tiket penerbangan dan kembali ke Taiwan.

"Semalam di JJ Seremban 2, ada seorang mamat datang pada saya dan kata dia dari Taiwan, tak ada duit nak balik. Lelaki itu kemudian cuba menjual iPhone 6 pada saya dengan harga RM800."

Difahamkan, mangsa pada mulanya enggan melayan lelaki berkenaan namun setelah puas dipujuk rayu dengan menawarkan harga murah, RM500, mangsa akhirnya jatuh ke dalam perangkapnya.

"Dia merayu-rayu minta tolong sampai kurangkan harga iPhone itu pada harga RM500. Saya pun terkejut, iPhone 6 orang nak jual dengan harga RM500, siapa tak nak?," katanya.

Setelah membelek-belek iPhone itu, mangsa yang yakin dengan tawaran lelaki itu terus membayarnya RM500 dan simkad milik lelaki terbabit dikeluarkan dan terus berlalu pergi.

Mangsa cuba memasukkan simkadnya sendiri namun gagal. Lalu mangsa membawa iPhone itu ke sebuah kedai telko.

Menurut kakitangan telko, mangsa telah ditipu dengan iPhone 6 mainan.

Kecewa dengan apa yang berlaku, mangsa memuat naik gambar lelaki itu di laman Facebook dan meminta orang ramai berhati-hati jika terserempak dengan lelaki 'Taiwan' ini.

Menurut netizen, kegiatan penipuan seperti ini telah lama berlaku di negara ini sejak lima tahun yang lalu. Ada sesetengah netizen yang hampir menjadi mangsa, namun berjaya menyelamatkan diri dengan alasan mahu mengambil wang di ATM, sebaliknya terus melarikan diri.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wanita rugi RM890 beli online iPhone 6, terima bungkusan biskut lemau

on Tuesday, May 12, 2015



KUALA TERENGGANU - Tempah iPhone 6, dapat biskut! Itulah nasib yang menimpa seorang pengguna yang bukan sahaja hanya berangan memiliki telefon bimbit tersebut, malah turut berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian RM890.

Menceritakan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, mangsa yang mahu dikenal Nor, 40, berkata, pada pertengahan April lalu, dia ada menjalankan urus niaga membeli telefon bimbit jenama iPhone 6 terpakai secara online, untuk dihadiahkan kepada anaknya.

“Pada awalnya si penjual meletakkan harga RM2,050, namun dia sendiri secara sukarela hendak memberi diskaun barang tersebut dengan harga RM1,890 sekiranya saya berminat.

“Setelah bertanyakan beberapa soalan bagi meyakinkan saya memandangkan sebelum ini anak pernah tertipu, jadi saya bersetuju kerana si penjual ini pandai berkata-kata seolah-olah sudah memiliki pengalaman yang luas,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor berkata, apabila kedua-dua pihak bersetuju, dia telah memasukkan RM300 seperti yang diarahkan kononnya sebagai bayaran tempahan dan bayaran baki perlu dijelaskan apabila barang diterima.

“Namun, semasa barang saya hendak dihantar, si penjual sekali lagi menghantar gambar bungkusan tersebut kononnya barang sudah dipos sebelum meminta saya memasukkan lagi RM590.

“Jadi, saya tanpa berfikir panjang, yang dengan melihat bukti gambar yang dihantar itu, saya terus memasukkan wang seperti yang diminta ke akaunnya,” katanya.

Jelasnya lagi, setelah hampir enam hari menunggu, barang yang dijanjikan pun tiba.

Namun alangkah terkejutnya Nor apabila mendapati di dalam bungkusan itu hanya ada beberapa kepingan biskut yang diletakkan di dalam kotak iphone 6 itu.

“Bagi mengaburi mata kami dan mungkin ingin menyedapkan hati, si penjual telah menggunakan kotak iphone 6, namun isi di dalam kotak tersebut digantikan kepada beberapa kepingan biskut.

“Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya ketika melihat kepingan biskut di dalam kotak tersebut, mahalnya nilai biskut ni, RM890,” katanya.

Sebaik menyedari dirinya tertipu, Nor tidak terus melatah dan cuba bertanyakan khabar barang yang ditempah itu kepada si penjual yang memperkenalkan namanya Hafriz dan berasal dari Kangar, Perlis.

“Tapi, sehingga ke saat ini saya masih belum mendapat jawapan yang memuaskan, malah sehingga hari ini, dia masih lagi aktif kerana laman web dan instagram yang digunakan berurus niaga dengan saya masih lagi ada,” katanya.

Demi mempertahankan haknya sebagai pengguna dan memastikan pengguna lain tidak mengalami nasib yang sama dengannya, Nor mengambil keputusan membuat laporan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

SAYU. KERANA IPHONE 5S, KERANI RUGI RM1,000

on Sunday, April 19, 2015



Lagi mangsa penipuan individu yang tidak bertanggungjawab di laman Mudah.my.

Seorang kerani, 27, mengalami kerugian RM1,000 akibat ditipu oleh seorang lelaki yang kononnya mahu menjual iPhone 5S dengan harga RM1,000.

"Saya telah melayari mudah.com dan telah berminat untuk membeli telefon bimbit jenis iPhone 5S warna emas dengan harga RM1,000.

"Setelah bersetuju, dia meminta saya memasukkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam akaun banknya, Mohd Nor Zaidi," katanya.

Mangsa membuat transaksi itu kerana lelaki berkenaan berada di Terengganu atas urusan kerja. Suspek meminta mangsa membuat bayaran secara online dan iPhone 5s itu akan dihantar ke alamat rumah mangsa.

Namun, setelah membuat bayaran, lelaki bernama Zaidi itu hanya mendiamkan diri apabila mangsa membuat tracking number bagi menyemak status postage iPhone yang dibelinya itu.

Merasakan dirinya tertipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Taman Universiti, Skudai, Johor, pada jam 12.21 tengah hari semalam.










Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

LUAHAN SAYU GADIS CINA CUN MELECUN DEDAH 90% KEDAI HANDPHONE CINA PEMBONGAK GODANG



Susulan dari kejadian lelaki warga asing dibelasah peniaga Cina di The Mines, Serdang semalam, seorang lelaki gadis cina, Stephanie Tan, tampil mendedahkan peniaga telko Cina seringkali menipu pelanggan.

Stephanie, bekas pekerja kedai telefon itu berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka.

"I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri kerja di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.

"I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," katanya dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataannya itu mendapat 215 likes di Facebook pada ketika berita ini ditulis.

"I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'. Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty kedai," dedahnya.

Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.

Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

"I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself and other people," tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah banyak aduan dari orang ramai.



Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini. Meskipun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang telah dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa kerana para peniaga ini mempunyai 'cable' mereka sendiri.

Namun, bagi kami perkara ini mudah diselesaikan dengan satu cara dan gaya sahaja. Belilah smartphone dari wakil-wakil jualan lantikan sah dari pengeluar smartphone itu sendiri. Biarlah mahal sekali pun, yang penting anda berpuas hati dengan produk yang asli dan yang penting, tiada masalah sampingan.

Jika cara dan gaya di atas itu membebankan, ukurlah baju di badan anda sendiri sekali lagi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

LELAKI TERBANGKAN 'DRONE' ANCAM KESELAMATAN PESAWAT MENDARAT DI KLIA

on Monday, March 2, 2015



Seorang pengguna Facebook bernama Edward Chew memuat naik empat gambar milik seorang pengguna Instagram dan menyatakan kebimbangan beliau akan tindakan lelaki itu yang didakwa boleh men#gakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik oleh Edward, lelaki yang bernama Yeng Nasir telah menerbangkan Drone yang baru dimilikinya 15 minggu yang lalu di kawasan Lapangan Terban#gan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi merakam beberapa pesawat mendarat di landasan berkenaan.



"Dear friends, am sure you know 'Drones' are getting so popular nowadays, and it's so easily available f#rom cheap to expensive, from specialized shop to malls and even some camera shops.

"But please, there are what you can do and what you should not do with these flying machines. Like this guy below, he deliberately flying close to get a shot of the plane landing at KLIA!

"Your DJI Phantom has a famou#s 'Fly-away' issue that you don't have control with. What if at that moment it decided to fly itself towards the plane? Another headline worldwide for Malaysia Airlines?





"Pass this around, educate your friends these flying machines aren't to be taken lightly. Just imagine spining blade cutting yourself or a 1 KG object fallen to your head from the above," katanya di laman Facebook.

Bagaimanapun, berdasarkan ga#mbar yang dimuat naik itu, kami mendapati Yeng Nasir memberikan penjelasan berikut sebelum menerbangkan drone di kawasan KLIA itu:

"Jauh tu. Kira distance before fly. Use GPS Mode," kata Yeng Nasir menjawab persoalan rakannya di Instagram sam#a ada tindakannya itu berbahaya ataupun tidak.



Namun, perkara yang ditimbulkan oleh Edward mempunyai asas yang kukuh. Adalah lebih baik para pemil#ik Drone tidak menyalahgunakan Drone di tempat-tempat larangan khususnya di kawasan KLIA atau mana-mana lapangan terbang.

Tindakan seperti ini sangat membahayakan pesawat-pesawat yang membawa ratusan penumpang yang datang dari luar mahupun dalam negara. Bayangkan jika berlakunya sesuatu yang tidak diingini, sekali lagi Malaysia akan menjadi perhatian dunia di atas tinda#kan yang tidak bijak dari para penggemar Drone yang menyalahgunakan 'gadget' ini ditempat larangan.

Pihak lapangan terbang patut mengeluarkan amaran keras terhadap mana-mana pihak dan mengenakan tindakan tegas jika menerbangkan sebarang jenis objek yang dikhuatiri membahayakan pesawat yang mendarat di lapangan terbangnya.

Difahamkan, beberapa buah negar#a seperti Singapura, Thailand dan beberapa buah negara yang lain telah mengharamkan penggunaan Drone di negara mereka atas alasan berlakunya 'pencerobohan' yang tidak sepatutnya.

Jangan sampai kerajaan Malaysia m#engharamkan penggunaan Drone sehingga menjejaskan periuk nasi dan perkhidmatan Drone yang lain.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




LUAHAN SAYU LELAKI DEDAH PENGALAMAN BURUK DITIPU JURUJUAL MELAYU DI PLAZA LOW YAT

on Sunday, March 1, 2015



Assalamualaikum Oh Media,

Saya ingin berkongsi satu pengalaman hitam bagi saya yg berlaku baru2 ni. Saya harap pihak #Oh Media dapat share kisah saya ni ke smue org supaya tak menjadi mangsa macam saya. Saya harap segala maklumat peribadi saya dirahsiakan.

Kisah bermula kelmarin,saya ke low yatt adalah utk membeli laptop untuk adik. Adik sy memberi "spec" laptop yg dia nak kpd saya kerana tak smue laptop sesuai utk kgunaan study kos videography.

Setelah puas survey di low yat, tibe2 saya disapa oleh seorang lelaki melayu yang kbtolan adalah #pnjual laptop and lelaki itu ade menunjukkan bberapa jenis laptop kpd saya. Ini adalah stall HP yg terletak diluar kedai yg kbiasannye kite boleh nampak byk stall2 kedai di tepi laluan di dalam low yatt.. Saya pon memberikan spec yang saya nak kepada dia. Brader tu tgk list spec yg saya bawak.

Brader : Ni high spec ni bang.. kalo abang nak spec mcm ni, sy recommend abang laptop ni.. ( sambil dia menunjukkan satu laptop ACER di depan dia).

Aku : tapi saya prefer #brand HP sbb sblum2 ni laptop saya smue pkai HP tahan lame.. Hp ade x spec mcm ni? Kalo boleh spec mcm saya cakap la, processor nak i5 minimum..tu target spec sy.

Brader: Kalo abg nak HP saya ade satu jenis ni..similar function and spec mcm abg nak.. Laptop HP ni pakai processor i5 and die mmg ssuai utk keje2 video ke edit gamba ke autoc#ad ke mmg ssuai laptop ni.. die tak hang..

Aku: Kalo HP ni brp harga die bang?



Brader: (dia amek calculator) yang ni saya boleh kasi abang dlm rm 1700 siap smue .. processor saya kasi I5, ram# upgrade mcm abg punye list spec tu.. hard drive pon sy upgrade skali.. harga tu smue skali.. Microsoft office pon saya kasi skali,, warranty 3 tahun from HP direct..

Aku: Saya pon call adik and ayah saya utk confirmkn spec sekian2 and saya inform yg sy mcm interested nak beli kat brader ni, Adik saya stuju..

" bang ade ape2 freegift tak kalo beli dgn abang"? bincang2 skit dapat last deal harga rm 1650.

Brader: Free gift kite bg mcm2 bang.. beg laptop HP original, mouse, and (bbrp item yg tak ingat). saya# siap smue kasi abg tp kne bg mase sy sejam la utk sy install software and mcm2 abg nak tu.. boleh?

Aku : okay bang boleh la..kire jadi la..sy nk spec laptop mcm kite bincang tadi ye.. sy ulang smule ye, processor sy nak i5 ,ram sy nak skian2 and blah2... (sbg confirmation die paham a#pe spec saya nak risau silap je)

Brader : okay yup..processor i5 ram mcm ni hard drive mcm ni mcm kite bncang td.. kalo jadi kne letak deposit dlu..saya bwk trun laptop baru punye dalam kotak.. saya bukak box dpn abg and abg tgk sndiri dlu okay.

Aku: brp deposit bang nak?(.kbtolan tak withdraw byk sbb saya biasa beli brg pakai debit card jnis tak suke bwk cash)

Brader: min rm200- rm 300 ke boleh tak?

Aku : alamak bang saya cume ade rm30 je boleh x.. lain sy pakai debit..

Brader : Okay la boleh la.. bg ms#e sy 1 jam nanti abg dtg balik amek laptop ok. (sambil mmbuka resit and menulis smue spec yg dibncangkn atas resit)

Aku : okay bang saya g makan dlu minum ke nanti sy dtg balik..

satu jam dijanjikan tak sampai2 jugak brader ni.. tunggu2 dekat 2 jam baru la brader ni muncuk bwk laptop

Brader : ni bang laptop yg abg nak...smue saya dah install n siapkn mcm abg nak.. abg tgk n check.. ( mse tu die tgh bukak laptop info yg akan display kan details spec laptop tu)

Alangkah tkjutnya saya ble tgk p#rocessor die Intel Celeron.. setaw saya celeron ni dekstop saya pkai 10 tahun lepas.

Aku : Bang td bukan abg kate i5 ke..knp skrg celeron..saya lock spec dgn abg td i5 kan.. (tanya saya dgn relax)

Brader : eyh yang ni la i5.. die same dgn celeron.. smue barang baru bang 2015 jgk. (dia mencelah)

Aku : Bukan bang.. celeron is celeron.. i5 is i5.. saya mmg nak spec i5 sbb ade tujuan bang,, sbb tu sy loc#k spec awal2 dgn abg,, sblum saya byar deposit td pon, saya ulang dkt 5 kali dah spec sy nak sbb risau silap.. abg jugak yg angguk tadi.. ( explain saya dengan tenang n relax)

Brader :( Die tergamam.. die klik button refresh byk kali and bukak balik info kat laptop..at the end still appear celeron).." tp smue ni baru dik..celeron R ni 2015 punye sme mcm i5... data ram smue sy dah install mcm spec td.

Aku : Ye bang..tapi awal2 lagi sy dah cakap minimum sy nak i5 ..kalo awal2 abg offer saya celeron dgn upgrad#e ram smpai 8G pon saya akan reject awal.. ade sbb sy mintak spec smue tu bang..

Brader : Abes ko nak i5 ram mcm ni bagai mane dapat..ko g mane2 kedai pon tak dapat..!! aku dah install mcm2 blari mcm org gle aku td skrg ko ckp mcmni plak( tbe2 die melenting lepas saya kantoikan die dgn bukak smue laptop info atas meja display yg ade dpn die..terang2 atas meja display smue i5)

Aku: Bukan bang.. jgn marah2.. saya kan ckp awal2 td sy nak i5 ..btol x bang? abang sndiri stuju n paham #dgn ape sy ckp kan.. sy nk ckp elok2 dgn abg ni supaya abg xslh phm.. (celah aku dgn nada tenang)

Brader : Skrg wa rase nak tebalik meja ni bro..!! ( brader tu kluarkan nada bengis die..smbil tgn die mngigil menahan marah).. dah jom ikut aku naik atas ..kite g ofis..ko nak i5 spec sgt kan.. jom naik atas..skrg aku bwk satu laptop baru spec i5 mcm ko nak..

( saya tak beri kate putus or perstujuan pon utk new laptop die offer tu..tanpa berlengah saya pon follow b#rader tu smpai la ke ofis tgkt atas dgn niat mungkin die akan bwk sy ke boss die utk berbincang scara elok)

Sampai kat ofis atas, rupenye tu bukan main office die..tu adelah tmpat die amek stok.. rmai dealer amek laptop ke situ.. utk bwk brg kuar kne punch barang n scan barcode barang atas name company dealer..
brader ni trus punch 2nd new laptop spec i5 tanpa bertanya perstujuan aku. FYI, laptop ni dah lain harga ..rm2200.

Aku : eyh bang knp bwk kuar laptop baru ni.. kan kite bincang pasal laptop td tu..sy nak taw solution psl td..sy tak cakap lsung nak order laptop baru.

Brader : tadi ko jugakk nak spec i5!! skrg aku dh bwk kuar sbjik baru spec i5 ko nk ape plak skrg ni,,, ( die tengking dpn kaunter amek stok td)




Aku: Tak bang..skrg kan kite nk bncang elok2.. saya tny abg knp laptop td tu dapat celeron..kan sy mintak i5.. tu je isu die..takde pon sy ckp dgn abg nak laptop lain ke ape ke.. abg tbe2# bwk sy smpai sni n trus punch laptop baru ni knp..bajet saya dah tak sme sbb harga dh rm2200 kan..
Abg xboleh buat sy cmni.,sy customer abang.. biasa kalo customer lain mesti die dah xjd beli terus..saya ni kire elok la bincang dgn abg.. skrg terus terang bkn salah saya kan.. sy tny knp sy order lain dapat lain.. tu je mslhnye kan bang.. ( mse ni saya masih cakap nada elok2 dgn brader ni)

Brader : CUSTOMER MANE BUAT HAL MMG SILAP LA..!! KO PERNAH TGK MEJA TERBALIK, ORG BTUMBUK DGN CUSTOMER KAT BAWAH TU??!! SKRG SAYA DAH PANAS BANG... ABANG ORDER LAPTOP PASTU NAK CANCEL!! ABES KOS SY INSTALL SMUE TU SAPE NAK TANGGUNG!! SKRG BARANG DA#H PUNCH SPE NAK BYAR BANG???

Aku : saya tak taw bang..skrg ni sy tny abg salah sy ke smue ni jadi? kalo sy dtg bodo2 ckp nak laptop sje n abg bagi laptop td sy reject mmg slh sy la..mslhnye sy dah bgtau spec mcm mane sy nak kan..abg siap tulis lg dlm resit spec sy nak..skrg silap abg nk slhkn sy..sy ni customer abg..

( sy sdkit kurang sabar dah mse ni sbb gaya die mcm nak ugut2..kbtolan saya teringat belum solat asar je yg buatkan sy cpt2 nak ttp cite utk kejar waktu solat..waktu mse tu dah 6.45pm)

Brader : OOOO...SKRG KO NAK LEPAS T#ANGAN LA.!!.ABES BARANG SMUE TU SPE NAK BYAR???!!SKRG LU NAK SETEL MCM NI BANG...BARANG DAH BWK KUAR SKALI REJECT..SNG CMNI LA..BANG BYAR KOS SY INSTALL RAM SMUE TU DLM RM330. KIRE SETEL SMUE!!! SPE NAK TANGGUNG BANG.. SAYA MLS CKP BYK ABG PON RUSHING NK BALIK SMYG SMUE KAN.. ABG BYAR TU JE KIRE SETEL

Aku: bang saya xnak byar ape..bkn slh sy kot..kalo sy pndai2 mintak last minit fine sy byar..ni terang2 bukan silap sy.. (berasa skit tak puas hati..sudahla laptop tak dapat..ape hal plak saya nk kne byar kos yg disbbkn salah die)

Brader : ABES SKRG LU NAK SETEL CMNe NI!! (sambil tangan die mengenggam n muke die bengis nk marah) okay cmni la bang..abg kasi sy rm 100 yg lain tu kire setel sy mls nak ckp pjg!! hati s#y dah panas!! kang ade yang mendapat nanti!!

Aku: ( disebabkn rase terancam.. yg buatkn sy masih bsabar sbb teringat solat asar yg dah tlewat waktu..mase tu hnya pikir nak kuar dari low yatt bimbang kselamatan saya kalo2 die panggil geng die) saya pon byar rm100 sambil salam n berkata " bang saya harap kite setel xde mslh n sy doakn abg bjaya mse smyg nanti.. sy blah n t#rus kuar low yat dgn segera)

Lokasi : Berhadapan kedai permainan, PSP.. tgkt tak ingat kalo xsilap tgkat 3. Name brader tu ZUL.

report polis akan dibuat slepas ni. harap oh media dapat share dgn public. buat malu melayu je ugut2.. trima kasih

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Gambar anjing di telefon, dan cara untuk menukar nya

on Sunday, December 14, 2014



Isu imej anak anjing yang dikaitkan dengan smartphone Samsung telah menjadi isu hangat digembar gemburkan di media sosial terutamanya Facebook dan forum-forum. Malahan ada yang sanggup mengeluarkan “fatwa” sendiri berkaitan imej tersebut.

Ini lah yang berlaku kepada seorang wanita di Johor Bharu terkejut melihat foto anjing yang tersimpan secara sulit di dalam telefon bimbit miliknya.




Azlina Samsu, 34, berkata, dia yang musykil dengan perkara itu membuat semakan di telefon jenis sama milik rakan lain.

Menurutnya, tindakannya itu turut mengejutkan rakan kerana masing-masing tidak mengetahui perkara itu.

“Saya terkejut melihat anak menekan kod *#0*# kemudian menekan sensor dan imej test lalu keluar gambar anjing.





“Saya yang pada mulanya tak percaya mula menekan kod sama dalam telefon bimbit kawan jenis sama dan memang sah tersimpan gambar anjing serupa,” katanya.

Azlina berkata, gambar haiwan berkenaan menimbulkan kemusykilan mengenai status telefon bimbit yang mempunyai gambar anjing dibawa masuk ke dalam masjid.

Menurutnya, pelbagai cara dilakukan untuk memadam gambar tersebut, namun tidak berhasil kerana dimasukkan automatik dalam telefon bimbit jenama berkenaan.

Bagi menyelesaikan masalah ini di sini ini saya kongsikan link cara untuk menukar imej anak anjing di smartphone Samsung dengan imej yang lain, anda boleh ke SINI

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri






8 Cara Hendak Selamatkan Smartphone Anda Jika Jatuh Dalam Jamban

on Thursday, November 27, 2014



Telefon pada zaman sekarang adalah satu keperluan bagi semua orang apabila telefon zaman sekarang telah memudahkan kita berhubung bukan sahaja untuk bercakap atau hubung tetapi juga sebagai medium untuk kita mencari maklumat malah boleh menjadi medium untuk berhibur dan berlajar. Boleh kata semua kegunaan sudah ada dalam telefon, dulu nak pergi berjalan kena bawak radio, kamera, telefon dan komputer tapi sekarang cukup bawa sebiji telefon.





Kerana kegunaannya itu membuatkan telah memerlukan ia dibawa merata-rata dan pastinya telefon akan terdedah kepada pelbagai bahaya seperti jatuh dalam air.

Disini kami ingin berkongsi beberapa tips untuk menyelamatkan telefon anda dari rosak jika terjatuh dalam air. Sekadar berkongsi, kalau tidak ok juga tak ada rezeki la.

SELEPAS ANGKAT DARI AIR JANGAN TEKAN APA-APA BUTANG

Tips 1:Ketangkasan anda, jika telefon jatuh dala air cepat-cepat dapatkannya semula kerana masa untuk air masuk kedalam lubang-lubang kecil adalah lambat.



Tips 2: "Off" telefon dan tanggalkan simkad serta bateri jika boleh dengan sepantas yang mungkin.



Tips 3: Jika terlalu lama tersendam dalam air anda haruslah melakukan langkah ini dengan berhati-hati. Buka dan aturkan bahagian dalaman handphone anda untuk mempercepatkan proses pengeringan. Jika anda tidak konfiden dengan tips ini, sila abaikan.



Tips 4: Keringkan handphone anda dengan menggunakan tuala atau apa saja fabrik yang serap air. Tujuan utama ialah untuk menyerap sebanyak mungkin air yang telah masuk ke dalam handphone anda.

Amaran!, jangan sesekali menggunakan pengering rambut kerana ia akan merosakkan komponen elektronik telefon anda.



Tips 5: Gunakan vakum ataupun compressed air untuk mengeluarkan lebihan air yang mungkin masih berada dalam handphone anda.



Tips 6: Letakkan handphone anda dalam bekas beras yang belum dimasak atau gel silika yang mempunyai kebolehan untuk menyerap air.



Tips 7: Langkah ini adaah yang paling memerlukan kesabaran kerana anda hanya peru biarkan telefon ada ditempat yang kering selamat 2 atau 3 hari sampai air didaam telefon itu kering sendiri.



Tips 8: kalau semua cara dia atas tidak berkesan anda cuma perlu pergi ke kedai untuk membeli telefon baru.



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




BATERI YANG TAHAN SELAMA SELAMA 20 TAHUN BAKAL DICIPTA

on Tuesday, October 14, 2014

Pengkaji dari Nanyang Technological University di Singapura telah berjaya menemukan solusi masalah bateri yang menghantui penguna-pengguna telefon pintar - bateri ion litium yang boleh dicas sehingga 70 peratus dalam masa dua minit dan mampu bertahan dari rosak selama 20 tahun.

Bateri itu dikatakan akan sampai kepada pengguna dalam masa dua tahun akan datang.

Bateri yang diguna pakai di dalam telefon pintar, tablets dan juga laptop buat masa sekarang boleh bertahan hanya dalam masa 2-3 tahun. Buat masa sekarang, pengguna perlu menunggu sehingga 2 jam bagi mengecas bateri sehingga penuh.

Bateri yang bakal dicipta ini juga dikatakan akan digunakan dalam sektor autmomotif



Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Cara untuk mencegah iPhone 6 anda daripada Bengkok

on Wednesday, October 8, 2014



iPhone 6 sering digambarkan sebagai peranti yang mudah bengkok. Itulah mengapa pemilik akaun PeripateticPandas di Youtube, menunjukkan cara ekstrem untuk mencegah iPhone 6 bengkok.

Pemilik akaun tersebut menebuk iPhone 6 pada kedua-dua sisi dan menampalkannya dengan sebuah plat kayu. Dengan cara seperti itu, maka peranti terbaru Apple ini tidak akan bengkok kerana ditahan oleh kayu.

"Bijak"  sungguh idea beliau ni.. ape-apepun jom saksikan videonya..



Punyelah pelik kan? kalau aku la tak sanggup nak tebuk menebuk bagai ni.. barang tu kalau murah tak kisah lah.. ni beriban2 tau.. gilerlaaaaaaaaa...

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



 
© AANS BLOG All Rights Reserved