ONEXOX
BannerFans.com

Pemuda Pas NS Tekad Bersama Pakatan Rakyat Dekati Pengundi Muda

on Tuesday, May 12, 2015



Ustaz Nor Azman Mohamad mengekalkan jawatan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan yang disandang oleh beliau pada sesi lepas. Keputusan ini telah diperolehi dalam Muktamar Tahunan Pemuda PAS Negeri Sembilan Ke 30 yang berlangsung di Hotel Mayang Sari, Port Dickson semalam (10 Mei 2015).

Muktamar tahunan yang dirasmikan oleh Tuan Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS itu turut dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Tn Hj Mohd Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya PAS Melaka, wakil Parti Keadilan Rakyat, wakil Pemuda PAS Malaysia.

Dalam ucaptema “Mendepani Cabaran, Memimpin Massa” Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan menegaskan bahawa perjuangan PAS dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang lepas adalah dalam rangka kerjasama politik (Tahalluf siyasi) bersama-sama dengan parti PKR dan DAP dalam entiti Pakatan Rakyat. Justeru kerjasama ini wajar dikekalkan dan diperkukuhkan dalam rangka untuk mencapai kemaslahatan umum bagi seluruh rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa agar pemuda menganjurkan program-program yang berimpak tinggi di setiap kawasan dengan memberi fokus kepada pengundi muda. Bagi mencernakan kefahaman tentang tema muktamar kali ini “Mendepani Cabaran, Memimpin Mass” beliau menggesa kepada semua perwakilan agar memberi fokus kepada program bersama rakyat berbanding tenggelam dalam perbezaan pandangan yang berlaku. Beliau cukup optimis bahawa perbezaan pandangan yang timbul ini adalah salah satu medium untuk mematangkan parti bukan untuk memecahkan parti.

Keputusan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan sesi 2015/2017

Ketua Pemuda: Nor Azman Mohamad
Timb Ketua Pemuda: Mohd Yusri Mohamad
Naib Ketua Pemuda: Mohd Azlan Bin Zainal

 Barisan Ajk/Exco;
1. Mohd Fahri Maarof
2. Abdul Latip Yahaya
3. Rasyadan Hussin
4. Mohd Shazwan Zulkifli
5. Anas Kamaruddin
6. Mohd Anizar Abd Rahman
7. Mohd Saiful Ridzuan Jasmin
8. Muhammad Hanif Ibrahim
9. Mohamad Hashby Mohd Shah
10. Mohamad Mohshin
*Keseluruhan kabinet DPPN9 sesi ini Menang tanpa bertanding (MTB)

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved