ONEXOX
BannerFans.com

KJ Bongih - "SAY NO TO LONG BALL BODOH"

on Wednesday, June 17, 2015



Susulan kekalahan memalukan Malaysia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 di Bukit Jalil semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) antara yang lantang melaungkan rasa tidak puas hati dengan persembahan longlai Harimau Malaya.

Di akaun Twitter miliknya, Khairy memuat naik status berbunyi “10 tahun plus. Corak permainan (DNA) baharu. Say no to long ball bodoh.”

Ia dikatakan sebagai satu kritikan keras terhadap gaya permainan skuad kebangsaan yang cenderung menggunakan corak hantaran jauh.

Khairy turut meluahkan kekecewaannya apabila corak hantaran jauh yang tidak mempunyai ‘purpose‘ atau tujuan dilihat menjadi DNA atau asas dalam corak permainan pasukan sejak sekian lama.

Luahan KJ itu nampaknya mendapat sokongan dalam kalangan netizen yang bersetuju bahawa pasukan bola sepak negara sepatutnya memfokus kepada corak hantaran pendek dan mempelajari cara kawalan bola yang baik.

Dalam perlawanan malam semalam, pasukan negara tewas 0-6 kepada Palestin.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved