ONEXOX
BannerFans.com

Najib Perjelas Bukan Bacul Sebab Tak Bersemuka Dengan Tun M Dalam Debat Tapi...

on Wednesday, June 10, 2015



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, adalah tidak sesuai untuknya berdebat secara terbuka dengan Tun Mahathir Mohamad, apatah lagi negarawan berkenaan adalah dari parti yang sama.

Katanya, beliau bertanggungjawab untuk menjaga nama baik kerajaan dan parti, demi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

"Sebagai seorang Perdana Menteri, memang tidak wajar untuk debat seperti ini diadakan secara terbuka di khalayak ramai dengan bekas Perdana Menteri, dan dari parti politik yang sama.

"Ianya tidak membawa sebarang kebaikan kepada Umno dan Barisan Nasional. Saya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, bertanggungjawab untuk menjaga nama baik Kerajaan dan parti.

"Tun Mahathir berhak bertanya dan saya sanggup memberi penjelasan kepada beliau. Ini saya lakukan agar perkara munasabah yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dapat dijelaskan," jelas Najib dalam blog beliau, hari ini.

Kata Menteri Kewangan itu lagi, beliau sebenarnya telahpun memberi persetujuan untuk menghadiri program 'Dialog PM bersama NGO' anjuran Sukaguam dan JASA, yang sepatutnya diadakan pada Jumaat lalu itu.

"Seterusnya, majlis ini telah bertukar format; daripada satu majlis dialog tertutup kepada majlis pembahasan terbuka. Perubahan-perubahan seperti ini akan mengakibatkan majlis ini menjadi pencetus konfrontasi politik terbuka antara Tun Mahathir dengan saya," jelas beliau lagi.

Dialog itu dibatalkan atas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar demi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Mengakui kesal dengan pembatalan dialog itu, kata Najib, beliau akan berusaha menyampaikan maklumat dalam apa jua cara yang baik dan berhemah.

"Ini termasuklah menerima undangan NGO NGO, dan saya akan berjumpa dengan kumpulan NGO NGO dalam masa yang akan datang ini," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved