ONEXOX
BannerFans.com

Punca isu Bazar Ramadan Dataran Senawang selesai terjawap akhirnya

on Tuesday, June 16, 2015



SEREMBAN – Lapan penganjur yang menguruskan bazar Ramadan di Dataran Senawang di sini, menyambut baik sistem pengundian tapak yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada tahun ini.

Wakil penganjur, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Muzli Zainal berkata, isu cabut undi ini merupakan satu sistem yang terbaik, bagi mengurangkan unsur kronisme, selain mendapatkan hak sama rata antara semua penganjur termasuk peniaga.

Katanya, sistem yang diperkenalkan itu tidak membawa sebarang isu, sehinggalah salah seorang penganjur bazar di Dataran Senawang ini, menarik diri dan tidak mahu menjalankan pengundian.

“Semua penganjur setuju, termasuklah peniaga tetapi hanya seorang sahaja yang tidak bersetuju dengan sistem itu, dan membuat keputusan menarik diri.

“Jangan disebabkan hanya seorang penganjur yang menarik diri dan tidak bersetuju dengan sistem yang dilaksanakan kerajaan negeri, cerita mengenai bazar Ramadan Senawang menjadi ‘panas’, sedangkan masalah tersebut telah pun selesai.

“Sehingga kini, isu perebutan tapak atau mengusir peniaga keluar tidak pernah wujud, berikutan peniaga yang berniaga di Uptown Senawang  telah pun mempunyai lot niaga sendiri, malah mereka dikekalkan berniaga di tapak asal, hanya penganjur sahaja yang bertukar tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di tapak bazar Ramadan Dataran Senawang, di sini, semalam.

Katanya, kira-kira 25 peniaga yang berniaga di Uptown Senawang telah diserap masuk, malah disediakan lot niaga untuk mereka teruskan perniagaan.

Dalam pada itu Muzli memberitahu, peniaga bazar tahun ini bersyukur kerana caj yang dikenakan oleh kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sangat rendah berbanding tahun sebelumnya.

“Jika dulu lot tapak berukuran 10x10 berharga RM1,500 sehingga RM1,800 tetapi pada tahun ini harga tapak tersebut ditetapkan RM1,000.

“Manakala bagi lot tapak bersaiz 20x20, hanya berharga RM4,000 sahaja, berbanding tahun lalu ada penganjur yang mengenakan bayaran dari RM3,500 sehingga RM5,500.

“Kita yakin, sistem yang diperkenalkan oleh MPS dan kerajaan ini adalah sangat baik, malah tidak membebankan peniaga dengan kadar sewa yang tinggi,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved