ONEXOX
BannerFans.com

Virgin Beri Cuti Setahun Bergaji Kpd Pekerja Yg Baru Bergelar Bapa

on Wednesday, June 10, 2015



SYARIKAT Virgin Group yang dimiliki Sir Richard Branson memperkenalkan polisi ‘mesra ibu bapa’ apabila bakal memberikan cuti bergaji selama setahun kepada pekerjanya yang baharu sahaja memperoleh cahaya mata.

Jika sebelum ini hanya ibu yang diberi cuti bersalin, nampaknya kini kaum Adam juga bakal menerima kelebihan yang sama seperti isteri mereka.

Menurut Richard, tindakan yang diambil itu sebagai mencerminkan ketelusan syarikat dalam mengambil kira hal-hal berkaitan kesihatan dan kesejahteraan pekerja-pekerjanya.

Dalam polisi baharu itu, pekerja yang telah berkhidmat lebih daripada empat tahun akan menerima gaji penuh sebulan sementara pekerja kurang daripada dua tahun pula memperoleh sebanyak 25 peratus daripada gaji bulanan mereka.

Undang-undang ini juga turut diguna pakai untuk mereka yang mengambil anak angkat.

“Jika anda menjaga pekerja anda dengan baik, mereka akan menjaga perniagaan anda dengan baik juga.

“Saya juga seorang bapa dan seorang datuk, saya faham bagaimana sibuk dan pentingnya tahun pertama sebagai ibu bapa. Kerana itu, kami di Virgin sangat berbesar hati untuk menghadiahkan polisi ini supaya pekerja-pekerja kami dapat menikmati saat-saat indah sebagai ibu bapanya,” katanya.

Virgin Group mempunyai pelbagai cabang bidang perniagaan yang diceburi antaranya syarikat penerbangan Virgin Atlantic dan syarikat produksi muzik, Virgin Records.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved