ONEXOX

Wanita Terpaksa Dibedah Selepas Tertelan Sudu Semasa Berbuka

on Tuesday, June 23, 2015



China: China sebuah negara yang mempunyai penduduk paling ramai di dunia seperti biasa sudah tidak selalu terjadi perkara-perkara peli di negara berkenaan.

Terbaru satu lagi kes pelik dicatatkan di negara berkenaan apabila berjaya direkodkan satu kes berlaku melibatkan wanita tertelan sudu besi.

Kejadian itu telah berlaku melibatkan seorang wanita muda berumur 22 tahun, Zhang Weiwei disebuah cafe.

Ketika kejadian dia dikatakan sedang menikmati ais krim menggunakan sudu dan tiba-tiba ada rakannya datang menolak daripada belakang.

Ini menyebabkan Zhang telah tertelan sudu berkenaan yang dianggarkan sepanjang 14 sentimeter. Dia bagaimanapun pada mulanya tidak pergi mendapatkan rawatan, namun selepas perutnya menjadi semakin kembung dia mulai risau.

Dia telah mencari di internet kesan tertelan sudu dan akhirnya telah membuat keputusan untuk merujuk kejadian berkenaan kepada pihak hospital.

Doktor bagimanapun telah berjaya mengeluarkan sudu berkenaan dengan pembedahan dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kerosakan dalaman akibat pembedahan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved