ONEXOX
BannerFans.com

2 MB bakal digugurkan!!

on Friday, July 31, 2015


Gambar hiasan

Nampaknya politik Umno semakin panas. Kini ura-ura 2 MB dan 3 pengerusi Perhubungan UMNO Negeri bakal digugurkan. Katanya bagi memperkukuhkan Umno.

Menurut portal pro-Umno, myKMU, dua menteri besar tersebut ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Adnan Yaakob.

Mukhriz bakal digantikan timbalannya, Senator Datuk Ahmad Bashah Hanipah. Namun dua nama yang boleh menjadi calon mnegejut iaitu ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar.

Manakala Adnan bakal digantikan sama ada dengan Dato’ Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri atau seorang lagi calon iaitu Dato’ Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, engerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri yang juga Adun Dong.

Sementara itu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dijangka diganti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved