ONEXOX
BannerFans.com

Bekalan air NS mencukupi menjelang hari raya

on Friday, July 10, 2015



SEREMBAN - Bekalan air di Negeri Sembilan dilaporkan mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, selain persediaan menghadapi musim kemarau.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini berikutan beberapa empangan didapati mencapai tahap maksimum.

“Insya ALLAH, dari segi bekalan air mentah kita tiada masalah. Empangan Terip yang membekalkan air bagi daerah Seremban dan kawasan sekitar, sudah dipenuhkan.  

“Kapasitinya dianggarkan untuk penggunaan selama tujuh bulan. Empangan Kelinchi dan Talang juga hampir penuh semasa musim hujan, sebelum ini,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Empangan Talang di Kuala Pilah berfungsi untuk melaraskan air ke Sungai Muar.

Sepanjang Sungai Muar, ada lima loji. Pada musim kemarau, loji-loji ini akan sentiasa memproses air, walaupun sungai kering.

“Jadi macam tahun lepas, kita bekalkan air mentah dari empangan ini masuk ke Sungai Muar supaya loji yang ada dapat bekalan,” katanya yang memberitahu Empangan Talang cukup untuk membekalkan air sekitar empat hingga lima bulan.

Pada masa sama, katanya, kapasiti Empangan Ulu Sepri di Rembau juga sudah melimpah, setakat ini.

“Cuma yang bermasalah di Gemencheh, tempoh hari. Tapi melalui suntikan tambahan sebanyak 4.5 juta gelen air sehari dari Sawah Raja, masalah itu dapat diatasi,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved