ONEXOX
BannerFans.com

LUAHAN SAYU PEMILIK KEDAI TELEFON MENGENAI ISU RUSUHAN PLAZA LOW YAT

on Sunday, July 12, 2015



KUALA LUMPUR - Pelbagai versi cerita mengenai insiden di Plaza Low Yat tersebar di laman sosial menyebabkan pemilik kedai telefon terbabit tampil menceritakan kejadian yang sebenar.

Lapor Harian Metro, See Ming Ho, 28, mendakwa seorang lelaki yang juga pelanggannya telah bersetuju untuk membeli sebuah telefon bimbit berjenama Lenovo.

Bagaimanapun, lelaki itu terus menghilangkan diri membawa telefon yang belum dibayar itu ketika dia leka mahu memberikan hadiah percuma.

Insiden itu menyebabkan Ming menjerit meminta pertolongan dari peniaga lain yang kemudiannya berjaya mengesan lelaki itu di bahagian lobi.

Lelaki itu berjaya ditahan oleh tiga jurujual dan diserahkan kepada pengawal keselamatan dan pihak polis.

Namun, tujuh jam kemudian datang tujuh orang lelaki  yang dipercayai rakan lelaki itu kerana tidak berpuas hati dan menyerang ketiga-tiga jurujual yang menangkapnya.

"Kami serahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu di media sosial, netizen mendesak orang ramai yang mendakwa lelaki yang ditangkap itu mempunyai bukti resit pembelian, tampil mendedahkan resit tersebut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved