ONEXOX
BannerFans.com

Polis Berjaya Kawal Keadaan Di Low Yat Dan Nasihatkan Orang Ramai Tidak Pecaya Khabar Angin

on Sunday, July 12, 2015



KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian pergaduhan yang berlaku di sekitar Plaza Low Yat dan Bukit Bintang sudah terkawal.

Menurut beliau, pihak Polis Di Raja Malaysia akan mengambil tindakan terhadap dua kumpulan yang dipercayai terbabit di dalam pegaduhan tersebut.

Selain itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya pergaduhan yang tercetus itu adalah berpunca dari isu perkauman, tetapi pergaduhan hanya melibatkan antara pembeli dan perniaga di Low Yat.

Pada hari Sabtu lalu pihak keselamatan Plaza Low Yat telah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kes curi sebelum menyerahkannya kepada polis.

Kerana tidak berpuas hati suspek yang telah dilepaskan terus membawa rakannya seramai tujuh orang sebelum memukul dan memecahkan sebuah kedai di dalam plaza berkenaan.

Rakaman mengenai video tersebut telah dimuatnaik ke laman sosial dan lantas tersebar.

Orang ramai yang tidak mengetahui punca sebenar telah melabelkan kejadian tersebut sebagai isu perkauman membuatkan ramai tidak berpuas hati.





Untuk menjelaskan hal berkaitan seorang jurujual, See Ming Ho, 28, telah membuat satu laporan polis untuk menjelaskan kejadian sebenar namun laporan tersebut tidak memberi sebarang kesan sebalikknya kejadian pergaduhan semakin merebak sebelum berjaya dikawal oleh pihak polis.

Berdasarkan penerangan See Ming Ho, kejdian curi itu berlaku apabila ada seorang lelaki datang untuk membeli sebuah smartphone jenis Lenovo S860.





Lowyat 小偷番仔被CCTV拍下。铁证如山!Pencuri ni kena tangkap, x malu ke nak cari gaduh? Anak siape ni? Tengoklah sendiri! x malu ke?
Posted by 廉政资讯网 on 12hb Julai 2015


Ketika beliau sedang mengambil "free gift" seperti yang dijanjikan dia dapati lelaki berkenaan telah hilang bersama telefon berkenaan kira-kira jam 5.30 petang.

"Saya jerit dan didengari oleh staff Oppo yang kemudiannya menghalang suspek daripada keluar dari bangunan", jelas See Ming Ho.

Bagaimanpun telefon berkenaan tidak dijumpai bersama suspek dan dipercayai telah terjatuh semasa melarikan diri.

Menurut See Ming Ho lagi dia terus pergi ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan apabila diliaht terlalu ramai salah faham kerana penyebaran video yang disebar di laman sosial di mana mereka menuduh kedai Oppo menjual telefon palsu adalah tidak benar.

"Mereka hanya membantu saya menangkap lelaki itu. Dia mencuri dari kedai saya (Lenovo)", jelas See Ming Ho.

Memetik laporan New Strait Times, satu siasatan terperinci sudah dilakukan di mana pihak polis sudah menilai semua rakaman CCTV dan mendapati terdapat rakaman suspek sedang membuat perbincangan dengan penjula telefon berkenaan sebelum suspek cuba melarikan diri ketika penjual tersebut tidak melihatnya.

Sehingga kini insiden pergaduhan tersebut telah berjaya dikawal dan pihak polis menasihatkan orang awam supaya berhenti mempercayai khabar-khabar angin yang beredar di laman sosial mengenai kejadian ini.

Polis turut membuka dua kertas siasatan melibatkan seksyen 147 kanun keseksaan kerana merusuh. Siasatan juga dibuat di bawah seksyen 379 kanun keseksaan berkaitan kesalahan merusuh dan mencuri.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved