ONEXOX
BannerFans.com

PUNCA SEBENAR INSIDEN PERGADUHAN SELEPAS BUKA PUASA DI PLAZA LOW YAT TERSEBAR

on Saturday, July 11, 2015



KUALA LUMPUR - Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh tujuh orang lelaki Melayu yang dilaporkan bertindak sedemikian bagi membalas dendam.

Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, 7 orang lelaki Melayu telah menyerang dan memukul kakitangan kedai berkenaan selain dari merosakkan barangan dalam kedai tersebut yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM70,000.

Difahamkan, insiden pergaduhan itu berpunca daripada tidak puas hati seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan bangunan berkenaan kerana didakwa telah mencuri telefon bimbit di kedai itu.

Suspek yang ditahan oleh pengawal keselamatan itu kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan dari itu, 7 orang lelaki Melayu yang juga rakan kepada suspek telah datang dan menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis itu.

"Salah seorang rakan suspek tidak berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon," menurut kenyataan laporan polis yang dibuat.

Bagaimanapun, tindakan beberapa lelaki itu telah mengundang kemarahan para peniaga di bangunan itu dan menyebabkan mereka dibelasah bertubi-tubi sehingga ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat.

Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan.

Bagaimanapun, reaksi netizen di laman sosial pula berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini sering menipu pelanggan mereka.

"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!" kata mereka.

Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon bimbit di premis tersebut. Bagaimanapun setelah dibawa ke balai, suspek menunjukkan bukti pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis.









Laporan polis berkenaan kes gaduh di Plaza Lowyat Kl

Thsl Rpt : 23370/15

Tarikh / Masa : 11/07/15 @ 2138hrs

Klafikasi : Kes disiasat dibawa has sek 147/427 KK...merusuh/bencana

Butir2 Pengadu :

Kerja : Pengurus Keselamatan umur 55 th

Fakta Kes :

Pada 11/07/15 jam lebih kurang 1950hrs semasa pengadu berada di tingkat bawah Plaza Lowyat Kl telah datang (7)(L) Melayu yang tidak dikenali dan telah memasuki kedai telefon bimbit Oppo dan telah memecahkan peralatan yang terdapat didalam kedai tersebut. Pekerja didalam kedai tersebut juga turut dipukul. Kerugian dialami lebih kurang RM 70,000. Pengadu datang ke balai polis buat laporan polis.

Tindakan polis :

Siasatan awal dapati kejadian ini berpunca daripada tidak puashati salah seorang (L) Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana telah mencuri telefon bimbit di kedai tersebut dan kemudiannya tangkapan telah diserahkan kepada pihak polis. Lanjutan daripada kejadian ini, salah seorang (L) melayu tidak berpuashati dan telah memanggil kawan-kawannya dan telah memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon. Sehingga kini Seorang berjaya ditangkap .

Tangkapan:

Umur :  22 thn

Jantina : Lelaki

Warganegara : Malaysia

Tarikh Lahir : 15/05/1993

Keturunan : Melayu

Siasatan diterukan utk kesan rakan2 sejenayah saspek


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved