ONEXOX
BannerFans.com

VAPEON! GADIS BERTUDUNG CUN MELECUN, WANITA HAMIL KETAGIH VAPOR

on Wednesday, July 29, 2015


Antara gambar viral di laman sosial / Google

Asalnya ia adalah alternatif untuk berhenti merokok. Namun kini ia mula memikat golongan tidak merokok sehingga mewujudkan persepsi yang menjengkelkan.

Itulah penangan rokok elektronik atau vapor di Malaysia pada masa ini berikutan statusnya yang setakat ini masih dianggap selamat atau tidak membahayakan kesihatan dan tidak berdosa di sisi Islam.

Trend vapor ini semakin popular di kalangan remaja dan belia lingkungan 20-an hingga 30-an termasuk gadis bertudung dan wanita hamil.

Biasanya, aktiviti itu dilakukan di restoran mamak sambil melepak bersama rakan sebaya dan pemandangan gadis bertudung tanpa segan silu menghembus wap vapor  menimbulkan persepsi kurang enak dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan berusia.

Bagaimanapun, gadis vapor menganggap perbuatan mereka itu tidak salah kerana mereka hanya mengambil perisa buah-buahan tanpa nikotin.

Nur Nabiha Ramlan, 20, berkata dia bukanlah perokok dan tidak pernah terfikir untuk merokok kerana menyedari kandungan nikotin dan bahan kimia lain yang tidak elok untuk tubuh badan.

Namun, dia tertarik dengan aliran semasa untuk menghisap vapor apabila ramai rakannya berbuat demikian.

"Ada pihak melabelkan saya sebagai perempuan tak elok hanya disebabkan menghisap vapor. Namun hakikatnya vapor hanya berasaskan air berperisa buah yang menghasilkan wap saja.

"Saya tidak kisah berbelanja besar untuk membeli vapor pertama saya pada harga RM500 kerana kualiti yang baik dan tidak mudah rosak. Lagipun ia bukan sesuatu yang baru dan persianya dijual di mana-mana saja sekarang.

Nur Nabiha mula menghisap vapor kira-kira enam bulan yang lalu selepas tertarik dengan wangian buah yang dihasilkan dari vapor.

Dia tidak menafikan ramai yang memandang negatif terhadap perempuan yang menghisap vapor, namun baginya perkara itu adalah hak masing-masing selagi tidak memudaratkan kesihatan.

"Saya lakukannya atas dasar suka-suka saja dan keluarga juga tidak menghalang minat saya. Biarlah apa orang nak kata kerana tidak mustahil satu hari nanti mereka pula akan ketagih untuk menghisap vapor.

Ada pihak cuba menasihatinya supaya berhenti menghisap vapor dan dia menerima teguran itu dengan baik.

"Kalau nak tegur dan rasa vapor ini tidak sesuai dengan perempuan, teruskanlah. Tapi saya tidak akan berhenti kerana ia tidak memudaratkan apa-apa pun.

"Lainlah kalau vapor mengandungi dadah berbahaya, berbaloilah orang ingin menegur dan mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved