ONEXOX
BannerFans.com

'DANA RM2.6 BILION, BUKAN JENAYAH' - KJ

on Wednesday, August 5, 2015



PUTRAJAYA - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, derma politik RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu bukan jenayah.

Menurutnya, derma yang diberikan oleh penyokong yang percaya pada UMNO itu tiada salahnya dan tiada undang-undang untuk parti politik daripada menerimanya.

"Tiada berbangkit persoalan sama ada kemasukan RM2.6 bilion itu ke dalam akaun peribadi Najib itu adalah jenayah atau sebaliknya. Sumbangan politik turut diamalkan oleh pihak lain tidak kira parti politik," katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa dana RM2.6 bilion itu adalah daripada penderma yang berada di Asia Barat, bukannya dari 1MDB.

Bagaimanapun, SPRM tidak dapat mendedahkan identiti penderma itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved