ONEXOX
BannerFans.com

'DIK, BELILAH HANDPHONE AKAK, NAK GUNA DUIT BELI SUSU ANAK'

on Thursday, August 20, 2015



Tiga anak beranak ini merempat di bangunan Sri Kinta tadi. Sekali pandang memang kita dapat tahu yang diorang ini dari keluarga yang susah.

Ceritanya, selepas lunch hour tadi, aku pun nak naiklah office tetapi tak sempurnalah lunch hour aku kalau tak makan buah potong berdekatan bangunan itu.

Masa aku nak bayar, ada dua anak kecil ini dengan muka yang comot datang ke kedai, kemudian ambil keropok dan letak atas kaunter.

Aku tengok saja diorang, aku syak diorang berdua ni tak ada duit. Cakap pun tak reti, mak dia ada tengah dukungkan bayi.

Aku pun, tolong bayarkan. Tak sampai 20 saat, mereka datang balik kata nak air pula. Kesianlah pula, jadi belanjalah air kotak setiap seorang.

Masa nak ke office, mereka semua duduk atas tangga. Maknya senyum sambil ucapkan terima kasih. Mak dia panggil aku, kata nak minta tolong sikit. Aku tanyalah nak minta tolong apa.

Dia nak jual handphone, dia mahu aku beli daripada dia. Hasil jualan itu, digunakan untuk membeli susu untuk bayi dia.

Aku macam kesian sangat dekat hamba Allah ini. Aku cakap baik-baik yang aku tak mampu nak beli handphone dia. Aku mampu bagi sejumlah wang saja bagi mengurangkan beban dia.

Kalau dilihat semula riak wajah mereka, memang kasihan. Namun masih lagi mampu tersenyum dalam kesusahan.

Kalau ada sesiapa yang ternampak kakak ini, hulurkanlah bantuan dari segi kewangan ataupun yang lain. Anak dia masih kecil lagi, aku nak bantu pun tak mampu sebab masih student lagi.

Mohon orang Ipoh share. Mudah-mudahan kakak ini dirahmati oleh Allah SWT. Kau bersusah dulu hari ini, insha Allah kau akan bahagia di akhirat. Allah SWT akan sentiasa bersamamu kak.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved