ONEXOX
BannerFans.com

Sayu. Kisah Michai, Beruk Yang Cedera Parah Akibat Terkena Mercun Bola

on Saturday, August 22, 2015



Kini berlegar di media sosial satu gambar seekor beruk yang cedera tangannya akibat dari perbuatan kejam individu yang melontar mercun ke arah beruk berkenaan.

Menceritakan kisah kejadian, pengguna Twitter @zoologiMY memuat naik beberapa keping gambar di laman Twitter.

Menurut perkongsian tersebut, beruk tersebut, Machai, kini telah pun mati akibat dilanggar lari pada Sabtu lepas.

"Kisah beruk yang tangannya luka akibat terkena mercun. Kejadian berlaku bulan lepas di Taman TAR Ampang. Beruk yang diberi nama Michai oleh NGO yang menjaga kawasan tersebut cedera ditangannya akibat ada individu yang tidak bertanggungjawab melempar mercun bola. Mochai yang menyangka mercun itu adalah makanan dan mengambil lalu mercun tersebut meletup di tangannya. Lebih menyayat hati Michai telah dilanggar lari sabtu lepas dan mengalami kecederaan dalaman yang parah. Cubaan menyelamatkannya dengan membawa ke klinik haiwan gagal dan Michai telah mati."

Perkongsian itu turut meminta agar pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral seperti ini di kawasan tersebut.

"Banyak lagi kes penganiayaan dan pembunuhan hidupan liar di sana. Di harap pihak berwajib memantau aktiviti yang tidak bermoral oleh manusia yang tidak bertanggungjawab di sana"

Diharap agar pihak berkenaan tampil membuat sesuatu supaya kejadian yang sama tidak berulang.

Status oleh @zoologiMY itu kini viral dengan hashtag #JusticeForMichai






Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved