ONEXOX

Imam rebah ketika solat Aidiladha Di Kuala Pilah

on Thursday, September 24, 2015



Kuala Pilah: Imam Masjid Kampung Temeris, di sini, meninggal dunia ketika tahiyat akhir solat sunat Aidiladha, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, A Karim Ismail, 66, yang mengimamkan solat sunat berkenaan dikatakan batuk dan mengerang kesakitan sebelum rebah.

Anak lelakinya, Amran, 40, berkata, beberapa jemaah membantu mengangkat bapa yang sudah tidak sedarkan diri sebelum membawanya ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), di sini, untuk pemeriksaan.

Menurutnya, doktor bagaimanapun mengesahkan bapanya itu sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Luqman Abd Rahman mengesahkan menerima laporan kejadian.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© AANS BLOG All Rights Reserved