ONEXOX
BannerFans.com

Terbaik! Zahid beri lampu hijau ahli Umno sertai protes baju merah

on Tuesday, September 8, 2015



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan melarang ahli Umno untuk mengambil bahagian dalam protes baju merah anti-BERSIH.

"Saya rasa itu adalah hak individu ahli-ahli Umno," katanya.

Bercakap di Pejabat Perdana Menteri hari ini, beliau berkata bantahan itu dianjurkan oleh sebuah NGO.

"NGO itu juga akan menjemput Umno," katanya.

Sementara itu, Zahid (gambar) yang juga menteri dalam negeri berkata, kerajaan tidak akan terlibat dengan perhimpunan tersebut.

""Kerajaan tidak ada pandangan mengenai perkara ini.

"Kita serahkan 100 peratus kepada polis untuk melakukan tindakan terutama dari segi pemberian permit dan tindakan penguatkuasaan jika permit diberikan," katanya.

Perhimpunan baju merah itu dijadual diadakan 16 September ini.

Penganjur misteri perhimpunan itu merancang untuk menghimpunkan 300,000 orang untuk menghadiri protes tersebut.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved