Ramai ibu bapa pre-kiamat sekarang ini. Mudah menjadi riak dengan anak. Lagilah dengan ada media sosial ini. Terlalu mudah nak riak. Alasan yang digunapakai ialah, "Tak salah aku nak kongsi cerita pasal anak aku. Kau nak jealous ke, apa ke, ada aku kisah?"
Contoh:
ANAK PANDAI MENGAJI
"Alhamdulillah, syukur anak-anak saya semua cepat pandai. Umur satu tahun dah hafal Yassin, Khafi, Baqarah,"
ANAK DAPAT RESULT EXAM BAGUS
"Alhamdulillah, tahniah anak mama dapat 100A. Tak sia-sia hantar pergi tuisyen sampai RM20,000 habis setiap bulan. Mama bangga dengan kamu!"
ANAK COMEL
"Tak tahulah dia ikut muka siapa. Muka mama dia ke, muka papa dia ke. Ramai yang cakap dia kalau dah dewasa nanti, lawa. I ingat nak masukkan dia dalam kelas modelling nanti. Mudah-mudahan, amin,"
BAJU ANAK
"Mahalnya baju budak-budak sekarang. Dua helai setokin saja sampai habis RM900. Lepas itu pakainya sekejap saja nanti. Budak cepat sangat membesar,"
KESIHATAN ANAK
"Alhamdulillah. Anak saya sejak lahir, sihat. Kalau demam pun sekejap saja. Lepas itu okay dah. Kami tak boleh kotor-kotor habuk-habuk ni. Anak kami, kami balut dengan plastik,"
ANAK SOLAT
"Alhamdulillah. Anak ibu dah pandai solat. Umur baru lima bulan dah pandai solat sayang ibu ini. Nanti doakan ibu ye. Sejuk perut ibu,"
ANAK RAJIN
"Alhamdulillah, anak-anak saya semua rajin. Saya didik dari kecil lagi. Umur mereka genap setahun saja dah pandai cuci longkang, cat tiang, lap tingkap, repair atap bla..bla..bla...,"
Boleh nak cerita pasal anak, tiada salahnya pun. Muat naik gambar-gambar anak seberapa banyak yang kita nak pun tak salah. Kita kongsikan kegembiraan kita. Itu kenangan-kenangan kita. Cuma sebelum kita nak cerita sesuatu tentang anak itu, kita periksa dulu ada unsur riak ke tidak? Adakah aku nak dipuji atau aku mencari puji?
Kadang-kadang kita cuma nak berkongsi cerita pasal anak tetapi syaitan itu halus bisikannya. Tanpa sedar jadi menunjuk-nunjuk dan riak. Bila hati tertipu, maka hanyutlah kita dalam sifat keji yang Allah benci.
Kalau kita tidak berhati-hati dan terpedaya dengan bisikan syaitan, kita boleh timbul riak. Daripada riak akan bertukar menjadi ujub. Selepas ujub, kita menjadi takbur. Na'uzubillahiminzaliq.
Saya sendiri dulu selalu begitu. Bila kena tegur dengan ustaz barulah sedar diri. Allahu. Anologi di atas hanyalah sebagai contoh, bukannya situasi yang sebenar agar tidak menyamai dengan mana-mana kemungkinan. Maaf kalau ada yang terasa.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 1 comments... read them below or add one }
whats ur problem AANS?
October 20, 2015 at 3:56 AM
Post a Comment