1. Untuk makluman tuan, saya bukanlah sub dealer atau dealer. Saya seorang pengamal IT yang bekerja sebagai orang IT.
2. Izinkan saya berkongsi sedikit pengalaman saya yang tak seberapa ini untuk renungan tuan juga.
3. Pihak OneXOX telah membuktikan kepada saya penjimatan dari segi kadar, tempoh pemanjangan had hayat dan beberapa lagi penjimatan yang pada pandangan peribadi saya sangat menarik.
4. 2 bulan lepas saya telah "berhijrah" ke OneXOX atas nasihat dan pandangan rakan Dealer/Sub Dealer OneXOX .
5. Agak terkejut saya kerana center utama berada di Seremban 2, N9 ( terima kasih saya pada Onexox OneDy )
6. Apa yang ingin saya kongsikan pada tuan sekadar renungan, berhibur tidak menjadi masalah (pada takat yang dibenarkan). Tetapi tuan perlu maklum dimana setiap telco mempunyai kelebihan dan kekurangan.
7. Umum diketahui dimana setiap aplikasi yang menggunakan UDP (Unified Datagram Protocol) seperti youtube menggunakan data yang sangat tinggi bagi menghantar suapan video dan suara.
8. Adalah tidak adil jika tuan menyalahkan pihak telco OneXOX kerana tidak menyediakan "basic internet" kerana pakej "basic internet" memang tidak wujud (setakat hari ini). Mungkin (pada pendapat peribadi saya) pihak OneXOX "mengalihkan" pakej "free basic internet" ke pakej yang lebih menarik iaitu penjimatan kadar, tempoh had luput yang panjang dan seterusnya.
9. Ini selari dengan kaedah pemasaran yang telah pihak OneXOX persetujui bertepatan dengan konsep syariah yang ingin diperkenalkan.
10. Jika tuan memerlukan kadar data bandwidth yang lebih tinggi, adalah tuan dinasihatkan supaya melanggan pakej data internet yang lebih tinggi dari apa yang tuan gunakan waktu ini.
11. Saya seperti pengguna yang lain juga merasakan perlunya "pengawalan" diri sendiri supaya sentiasa mengamalan sikap BERJIMAT CERMAT dan gunakan data bandwidth sebaik mungkin.
12. Pada pandangan saya, adalah setimpal dengan pakej yang ditawarkan 1.5GB data bandwidth dengan harga yang ditawarkan oleh syarikat OneXOX. Saya percaya juga pakej data bandwidth yang lebih tinggi juga ditawarkan kepada semua pelanggan OneXOX bersedia untuk dilanggani dan juga terbuka luas untuk tuan menaip dan menghantar khidmat pesanan ringkas ke pelayan OneXOX bagi melanggan data bandwidth internet yang diperlukan.
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment