ONEXOX
BannerFans.com

Patah Tulang Leher, Hilang Gigi Vape Meletup Punca Ramai Berhenti Vape Dan Kembali Kepada Rokok

on Thursday, November 26, 2015



COLORADO, Amerika Syarikat – Seorang lelaki patah tulang leher apabila vape yang digunakan olehnya meletup di mulut dalam kejadian di sini baru-baru ini.

Cordero Caples, 29, terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang akibat kejadian. Selain patah tulang leher, lelaki berkenaan juga kehilangan gigi hadapan dan melecur di bahagian mulut selain keretakan tulang di beberapa bahagian muka.



Memetik laporan dari DailyNews, ketika kejadian Caples menghisap vape tersebut pada Jumaat ketika waktu rehat sebelum ianya berkenaan meletup.

“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarga Caples memetik laopran dari Kosmo!

Seorang  pekerja di kedai menjual vape di Memphis berkata letupan mungkin berlaku kerana ralat pada operator, dan dia percaya kejadian terjadi disebabkan Capbles mengecas vape tersebut dengan satu bateri yang terlalu kuat.

Namun, pengeluar vape berkenaan masih belum membuat sebarang komen tentang kejadian.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment



 
© AANS BLOG All Rights Reserved