ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

BAHAYA AIR REVERSE OSMOSIS (RO WATER) TERBONGKAR

on Friday, March 25, 2016



Bukan nak buruk-burukkan air RO ni tetapi terpanggil untuk kongsikan sedikit sebanyak air ni kerana kat luar sana masih ramai belum tahu pasal bahaya air RO ni.. Harap kawan2 kt FB ni boleh terima dengan hati terbuka..

Fitrah air mmg ada zat & mineral.. Sistem reverse osmosis bukan sahaja menapis & membuang benda tak elok dalam air seperti karat & klorin, tetapi benda yang elok seperti zat & mineral daripada air tersebut.. Ini menjadikan air RO betul2 'bersih' iaitu kosong tanpa apa2 didalamnya.. Bila kita minum air RO ni, air tersebut akan ambil zat & mineral daripada badan kita seperti dari tulang dan membawa keluar zat & mineral tersebut melalui air kencing..
Sebabnya, memang fitrah air kena ada zat & mineral..

Untuk mereka yang memang mengamalkan air RO ni secara berterusan, saya nasihatkan anda untuk pergi ke klinik untuk test kepadatan tulang anda.. Jangan terkejut jika hasilnya tulang anda tidak kuat.. Tapi saya harapkan yang baik2 untuk anda semua.. Di sini saya nak kongsikan kisah keluarga yang mengamalkan air RO selama 12 Tahun hasil perkongsian Whatsapp:

"Assalamualaikum teman2.

Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman menggunakan air RO selama 12 tahun sekeluarga.

Saya mula membeli penapis air sistem RO agak terkenal di m'sia pd tahun 2002.

Pada tahun 2005 Suami saya disahkan slip disc.

Ketika operation doktor sgt terkejut kerana tulang yg perlu dipotong x perlu menggunakan cutter tetapi guna tangan sahaja sudah memadai. Masih teringat kata2 doktor ketika melawat suami di wad.

"Apa awk dah buat dgn tulang awk? Awk meyenangkan kerja saya...rapuh sangat tulang awk...guna tangan aje dah patah." Sambil ketawa.

Suami agak terasa

Pada tahun 2007 , 5 tahun setelah meminum RO Saya mengalami masalah haid tidak teratur...

Saya pernah keguguran dan pada 2009 Saya disahkan mengalami fibroid dan masih menderita masalah haid . terpaksa mengambil pil hormon untuk mengatasinya...

Akhirnya masalah semakin tidak dpt dibendung kerana fibroid dan masalah haid semakin serius. Akhirnya keputusan yg berat terpaksa diambil ...

Saya terpaksa dibedah membuang rahim kerana mengalami pendarahan yg melampau sehingga kekurangan darah.

Anak2 saya juga mengalami masalah haid tidak teratur. Mereka membesar dengan air r.o.

Setelah diamati dan diteliti tidak keterlaluan jika saya menyimpulkan penyebabnya adalah kerana kesan dari meminum air r.o.

Yg berasid dan kehilangan fitrahnya

Sebagai bukti bagi menguatkan lg kesahihan itu ialah seramai 5 orang rakan2 saya mengalami komplikasi yg yg sama iaitu reput tulang ,kanser dan masalah haid

Dan kelima lima mereka minum air ro dari jenis penapis yg sama

Kes 1
Anak remaja salah seorang rakan telah disahkan mengidap kanser ovari tahap 4
Kes 2
Seorang rakan merupakanjiran juga slip disc....
Kes 3
Seorang lagi mengalami patah kaki tidak semena mena ketika sedang berjalan . .macam tidak masuk akal tetapi itulah hakikatnya....tulang menjadi sangat.rapuh .
Kes 4
Seorang lagi jiran mengadu suaminya terpaksa dimasukkan ke wad hospital . Masalahnya tulang bahu terkeluar dari engsel buat kali kedua.. didapati tulang bahunya rapuh dn slip dari bahu.
Kes 5
Rakan yg mmperkenalkan penapis ro itu sendiri, ibu dan adik nya disahkan breast canser.

Byk lagi kes kes diluar sana . Sudah sampai masa info info ini di ambil serius.

Atas dasar pengalaman dan pengamatan..Mudahan memanjangkan manfaat dan menjadi tauladan. Bukan meraih kemudaratan berpanjangan."

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Jus betik, sup ketam & minuman isotonik hanya mitos ubat denggi tersebar dengan jayanya

on Friday, January 29, 2016



Kuala Lumpur: Minum jus betik, hirup sup ketam dan mengambil minuman isotonik adalah mitos semata-mata malah tidak membantu mengubati demam denggi.

Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung Dr Hafizah Mohamed Haniba berkata, setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga amalan itu.

Beliau berkata, salah faham itu disebabkan maklumat yang disampaikan adalah dari mulut ke mulut sejak dulu sehingga dianggap berkesan dalam merawat penyakit berkenaan.

Katanya, daripada sudut perawatan moden, belum ada kaedah dan rawatan khusus untuk penyakit itu.

“Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama dan boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar.

“Sebenarnya, perlu ada kajian menyeluruh yang membabitkan sejumlah pesakit untuk memastikan kesahihan sesuatu herba dalam rawatan penyakit denggi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr A Krishnan berkata, daun betik bukan penawar demam denggi malah boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekali gus membawa maut kepada individu yang mengamalkan pemakanan daun itu.

Dr Krishnan mendakwa, daun betik tidak mempunyai khasiat selain berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.

Selain itu, Dr Krishnan juga mendakwa, sistem imunisasi individu boleh terganggu sekiranya ia diamalkan.

Dr Hafizah berkata, bagi memastikan penyakit dapat diubati dengan cepat dan berkesan, pesakit sepatutnya minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter atau lapan gelas sehari.

Menurutnya, kebiasaannya pesakit denggi kurang selera makan dan mengalami perubahan pada salur darah sekali gus menyebabkan badan kekurangan air.

“Cukup sekadar air kosong saja untuk dijadikan alternatif rawatan penyakit denggi tidak berdarah, bukan air isotonik kerana kandungan paras gulanya yang tinggi.

“Bayangkan jika pesakit itu menghidap diabetes, pasti ia memberi kesan terhadap paras gula dalam badan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Hafizah berkata, persepsi masyarakat terhadap amalan itu perlu diperbetulkan, selain menasihatkan individu yang disyaki menghidap denggi supaya mendapatkan rawatan di hospital terlebih dulu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daun betik bukan penawar atau boleh mengubati denggi.

“Kajian yang dijalankan hanya menunjukkan ia (daun betik) membantu meningkatkan sel platelet,” katanya

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Negeri Sembilan belum haramkan penjualan vape

on Wednesday, January 6, 2016




SEREMBAN - Buat tempoh masa ini, Kerajaan negeri tidak akan mengharamkan mana-mana penguasaha vape berniaga di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata peniaga masih boleh menjual vape mereka seperti biasa, sehinggalah pihak berkuasa mewartakan pengharaman penjualan vape.

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengharamkan vape hanya kepada umat Islam sahaja.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Luahan sayu gadis cun melecun doktor jahit kaki macam guni jadi viral

on Saturday, December 12, 2015



Saya rasa terpanggil untuk mengulas perkara ini memandangkan sudah 125 shares di kalangan facebookers.

1. Cam ni nie ke doctor do malaysia buat keje?...
Beginilah doktor buat kerja. Menjahit dengan kemas dan bersih. Sambungan di hujung yang sedikit timbul supaya apabila sembuh kelak ia akan jadi rata dan cantik. Kalau sambungan di hujung itu dibuat rata, ada potensi akan jadi "dimple" ke dalam apabila sembuh. Tapi ia tetap sembuh juga. Jarak antara benang pun memuaskan. Sedikit darah yang keluar itu menunjukkan luka itu tidak mati (necrosis) dan potensi untuk sembuh tinggi.

2. Memang sangat x bertanggungjawab betul.
Sanggupkah penulis ini bertanggungjawab dengan penulisannya? Saya rasa doktor tersebut sudah sangat teliti dengan jahitannya dan menunjukkan komitmennya yang tinggi.

3. Weh
Cantik bahasa!

4. Ini kaki manusia doctor malaysia oii
Ya kerana ini kaki manusialah ia dijahit sebegini. Malah ia dijahit dengan ilmu proses "wound healing" dan teknik-teknik yang dipelajari beberapa tahun. Ini belum masuk bab praktikal lagi. Sekejap ... penulis itu tahu ke apa itu proses "wound healing" dan teknik menjahit kulit manusia?

5. Bukan guni
Sebab bukan gunilah ia dijahit begitu. Apa anda ingat doktor dulu2 praktik jahit atas guni ke? Penulis pernah pegang jarum dan benang?

6. Ikhlas la buat kerja
Tahu pula penulis tentang maksud ikhlas? Saya nak tanya penulis ikhlas dalam menegur atau penulis emosional dek termakan hasutan syaitan?

7. Gaji korang tu makan duit dari pesakit jugak
Tak habis-habis bagi hujah ke laut begini. Ya gaji dibayar melalui hasil kutipan negara melalui cukai pendapatan, GST, dan lain-lain. Tetapi prasarana dan kemudahan yang penulis dapat juga adalah dibayar oleh rakyat juga termasuklah oleh doktor, bukan? Jadi sebelum bersuara secara emosi, sila cermin diri. Jika mahu guna hujah ini, adalah lebih baik dan sopan penulis berbicara depan-depan dengan anggota kesihatan tersebut. Sebab anda sama-sama bayar gaji dan bagi kemudahan sesama sendiri bukan?

8. Jangan sampai korang doctor malaysia ni merangkak minta maaf kat akhirat nanti
JANGAN SAMPAI ANDA TERPAKSA MENCARI DOKTOR YANG ANDA CACI DAN HINA TERMASUKLAH ANGGOTA HOSPITAL SG BULOH DI AKHIRAT KELAK!

9. Sangat tak profesional
Usah bicara soal profesionalisma jika emosi jadi agenda utama!

Saya ikhlas menegur. Jangan persoal keikhlasan saya. Saya ada tanggungjawab memberi penerangan. Jangan persoal melainkan hujah anda berfakta. Saya tegur secara terbuka dalam facebook (tetapi saya anonymous nama penulis) memandangkan statusnya telah viral sehingga 125 shares dan banyak auta yang tersebar.

Kenapa saya kata penulis emosional? Tengoklah ayat pun berterabur dan penuh kesilapan ejaan. Nampak benar taip secara agresif dalam keadaan marah.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Telinga Suami Pekak Sebelah Yang Isteri Harus Tahu

on Tuesday, December 8, 2015



Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.

Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja. Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri.

Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar.

Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.

Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan "stereo" menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia. Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam "toilet". Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami.

Sabor je lah... ^____^

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA BERITA BAHAYA MAKAN PISANG MENGEMPARKAN PENJUAL PISANG GORENG

on Tuesday, December 1, 2015



Kebanyakan orang memilih pisang yang bersih dan cantik di bahagian kulit sebelum membelinya. Tetapi menurut seorang pengguna Facebook, pengguna perlu berhati-hati selepas ini berikutan terdapat pisang beracun dijual di pasaran.

Baca perkongsian Nazri Nasir di bawah:

Rasanya ramai di antara kita yang suka makan pisang. Dalam peribahasa Melayu pernah menyatakan, 'Dalam setandan pisang, bukan semuanya baik-baik belaka, pasti ada yang rosak'.  Tetapi tahukah kita bahawa pisang yang kita beli nampak baik dan cantik boleh menjadi penyebab kanser dan jangkitan dalam perut kita?

Pisang Carbide atau dalam bahasa Melayunya, Kabait, adalah pisang yang dipaksa untuk masak di mana ia direndam atau diperam dalam tempat tertutup yang mengandungi Carbide.

Bagaimana ingin mengenali pisang jenis Carbide ini?



Pisang yang masak secara normal kebiasaannya berwarna kuning gelap dan mempunyai bintik-bintik berwarna coklat atau hitam. Batangnya juga berwarna hitam atau gelap sedikit (rujuk gambar).

Pisang yang direndam atau diperam menggunakan carbide pula berwarna kuning cerah dan batangnya berwarna hijau tanpa sebarang bintik-bintik hitam (rujuk gambar).

Carbide adalah bahan kimia yang bila bercampur dengan air akan menghasilkan haba dan gas. Jika dibiarkan dalam ruang tertutup, ia akan menghasilkan gas yang lebih kuat dari gas LPG. Pisang yang direndam dalam air carbide dalam tempat tertutup akan menyebabkan gas tersebut meresap masuk ke dalam pisang. Penyerapan yang berlebihan boleh menginkatkan peratusan yang tinggi akan masuk ke dalam badan individu yang makan pisang tersebut.

Kandungan carbide yang tinggi dalam badan manusia boleh menyebabkan tumor dan cancer boleh tumbuh di bahagian perut. Oleh itu, berhati-hatilah sebelum membeli pisang dan pastikan anda memilih pisang yang masak secara normal.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'MALU & SEDIH MELIHAT PESAKIT WANITA DIURUSKAN JURURAWAT LELAKI' - USTAZ

on Friday, November 27, 2015



"Saya terasa sedih bila melihat seorang pesakit wanita ada yang diuruskan najis, mandi dan dilap oleh seorang jururawat lelaki. Malu rasanya. Ramai jururawat wanita yang boleh uruskan. Kenapa boleh jadi seperti itu? Allah.. mana rasa malu?

"Sedih juga melihat seorang lelaki menangis berusaha mendapatkan doktor wanita untuk menyambut isterinya bersalin. Tetapi dimarah, dijeling, dipulaukan. Mungkin kerana tugas dan kurang doktor. Mintalah Kementerian Kesihatan fikirkan kerana semakin hari orang semakin sedar dan celik dengan Islam. Kita yang atur semuanya. Nak seribu daya, mahu seribu cara. Perintah seorang ketua ditaati dan digeruni. Mengapa tidak kita berusaha mentaati perintah Allah sebaiknya?" demikian status seorang ustaz yang menjadi viral di laman sosial.

Bagaimanapun, tampil seorang jururawat lelaki, Anwari Hamzah, memberikan penerangan agar orang ramai faham dan tidak salah sangka dengan pekerjaan jururawat yang didakwa tidak sensitif.

JANGAN SALAH FAHAM

Assalamualaikum Ustaz. Maaf, saya seorang jururawat lelaki di sebuah hospital kerajaan. Saya cuma nak terangkan sebelum ada pihak yang salah faham.

Sejujurnya, hospital kekurangan staf. Kalau boleh, memang nak semua pesakit diasingkan ikut jantina dan mendapat perawat yang sama jantina. Namun, staf kami tak cukup. Seorang staf perlu menjaga sekurang-kurangnya 8-10 orang pesakit. Dan kebanyakan pesakit adalah lelaki (majoriti) dan kebanyakan staff nurse adalah wanita. Nisbah staf lelaki dan wanita (jururawat) adalah 1,600 : 16, 700. Manakala pesakit pula mencecah ribuan setiap hari.

Memang kalau boleh, kita nak perawatan sesama jantina. Namun ada masa, perkara ini tak dapat diusahakan. Bagaimana seorang wanita (andainya tidak mengandung) ingin mengangkat seorang pesakit yang beratnya mencecah 70kg - 150kg bersendirian? Atau seorang staf mampu mengawal pesakit yang bersifat suicidal?

KAMI JAGA AURAT PESAKIT

Ya, memang kalau boleh, aurat pesakit kami jaga sebaik mungkin. Aurat pesakit sebenarnya lebih molek diuruskan oleh keluarga pesakit, kerana kami perawat juga bukan muhrim. Staf lelaki tak boleh lihat aurat pesakit lelaki. Begitu juga dengan staf wanita dan pesakit wanita. Namun apabila kami minta keluarga untuk bantu dan turut serta dalam menjalankan prosedur, semuanya lari. Tinggalkan pesakit bersendirian akibat perasaan jijik dan tiada simpati. Oleh kerana perasaan simpati dan kasihan melihat anak perlakukan ibu bapa begitu, kami bantu.

Untuk pengetahuan semua, dalam mana kami menjaga aurat dan privasi pesakit, kami juga mengadakan chaperon dimana staf lelaki akan menemani staf wanita menjalankan prosedur keatas pesakit lelaki dan sebaliknya. Dan semua prosedur dilakukan dalam ruangan bertutup / skrin melainkan hospital yang terlalu sempit.

Tak mampu kami sebagai staf, bersendirian menjaga berpuluh pesakit pada satu masa. Namun kami cuba sedaya upaya.

Kalau boleh, kami nak seorang staf jaga seorang pesakit dalam suatu bilik sendiri. Namun malangnya, kita tak ada tenaga kerja dan keupayaan untuk lakukan semua ini.

KAMI BUKANLAH SEMPURNA, NAMUN...

Saya tak kata bahawa kami staf kesihatan adalah penjawat yang sempurna. Ada masa kami juga buat salah dan silap. Namun kami juga ada melakukan kebaikan dan bantuan. Saya lihat Ustaz seorang yang rasional, maka saya harap Ustaz (dan lain-lain) janganlah memandang kami dari sudut yang negatif sahaja. Lihat dari perspektif kami juga. Saya juga sedih, Ustaz, apabila benda yang buruk orang caci maki, namun benda yang baik orang perlekehkan, malah dihina lagi.

Saya tak mahu sekadar bercakap kosong. Saya berikan beberapa cadangan supaya anda semua mampu bantu kami dalam memastikan penjagaan dan perawatan terbaik dapat diberikan kepada pesakit.

1. Bantulah mak ayah anda yang sakit di wad tu. Ahli keluarga anda. Kasihani mereka. Jangan la pandang mereka dengan pandangan jijik walhal mereka itu ahli keluarga anda. Rata-rata ahli keluarga yang saya jumpa di wad, sentuh pesakit pun geli. Apatah lagi nak bantu uruskan pesakit. Basuh berak kencing mak ayah, satu pahala bagi anak. Ustaz pun tahu kan?

2. Janganlah disusahkan lagi perawatan pesakit. Kalau dokotr dah kata pesakit perlu dipuasakan, janganlah diberi makanan dan minuman. Ada sebab kenapa pesakit perlu dipuasakan. Jangan pula pesakit kencing manis diberi teh o ais, pesakit darah tinggi diberi makan makanan bergaram. Ini supaya komplikasi takkan berlaku.

3. Patuhilah peraturan di wad. Kalau dah kata masuk ikut masa secara bergilir, ikutlah. Janganlah dibawa satu kampung, riuh rendah di wad, smpai mengganggu prosedur dan pesakit di sebelah. Ingatlah, yang sakit bukan keluarga anda seorang sahaja. Bila kata jangan tangkap gambar, jangan la ditangkap gambar. Kita nak jaga privasi pesakit, tapi ahli keluarga pula yang bersungguh-sungguh nak aibkan pesakit saat dia sakit. Peraturan itu ada sebabnya.

4. Pandang dari perspektif staf juga. Kadangkala kami tinggalkan pesakit yang tidak kritikal untuk uruskan pesakit yang kritikal, hampir maut. Bayangkan, saya dimarahi kerana lambat bawakan makanan kepada seorang pesakit, sedangkan saya sedang melakukan CPR kepada pesakit lain yang hampir mati. Adakah saya perlu tinggalkan pesakit CPR itu supaya saya dapat layan pesakit yang kelaparan tadi?

5. Kementerian Kesihatan Malaysia kini dalam keadaan kekurangan kakitangan. Maka, jika anda rasa anda ingin mengubah prestasi perawatan di Malaysia, saya syorkan anda untuk apply jadi staf. Kami juga perlukan tenaga kerja tambahan. InsyaAllah bertambah maju perawatan kami kelak.

Saya sebagai wakil staf kesihatan, tak minta anda untuk sanjung atau berterima kasih. Saya cuma minta anda semua hargai dan fahami kami.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Patah Tulang Leher, Hilang Gigi Vape Meletup Punca Ramai Berhenti Vape Dan Kembali Kepada Rokok

on Thursday, November 26, 2015



COLORADO, Amerika Syarikat – Seorang lelaki patah tulang leher apabila vape yang digunakan olehnya meletup di mulut dalam kejadian di sini baru-baru ini.

Cordero Caples, 29, terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang akibat kejadian. Selain patah tulang leher, lelaki berkenaan juga kehilangan gigi hadapan dan melecur di bahagian mulut selain keretakan tulang di beberapa bahagian muka.



Memetik laporan dari DailyNews, ketika kejadian Caples menghisap vape tersebut pada Jumaat ketika waktu rehat sebelum ianya berkenaan meletup.

“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarga Caples memetik laopran dari Kosmo!

Seorang  pekerja di kedai menjual vape di Memphis berkata letupan mungkin berlaku kerana ralat pada operator, dan dia percaya kejadian terjadi disebabkan Capbles mengecas vape tersebut dengan satu bateri yang terlalu kuat.

Namun, pengeluar vape berkenaan masih belum membuat sebarang komen tentang kejadian.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'GLENEAGLES CAJ MAHAL NAK MAMPOS TAPI SERVIS GAMPANG!' - AZWAN ALI

on Tuesday, November 24, 2015



17 jam yang lalu, Azwan Ali atau 'Diva AA' memuat naik luahan berangnya di laman Instagram mengenai kualiti perkhidmatan sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Sudahlah bayaran perkhidmatan mahal, Azwan Ali mendakwa dia juga tidak dibantu oleh kakitangan hospital swasta tersebut.

"Suckssss Gleneagles Intan Kuala Lumpur! Bad services actually! Charge? Mahal nak mampooss but service gampangsss! Dua hari aku senyap, but terfikir bad services must be exposed!

"What happened? Diva AA waited more than 30 minutes though on emergency. Alasan? Doctor busy! ICU units memekak dengan kids keluar masuk without any stop from security. Bullshitssss! Staff nursing? Cucuk macam cucuk lubang mak dia! Paintful like shitsss! Then? 2 doctors in attendance both confius whether I can eat or not. Oh my god! Then comments on my health status was not encouraging!

"Then baju patient yang dipasang to my body, nobody cares to guide changing when I was discharged! Nobody assist what to do with the jarum suntikan yang still terlekat on tapak tangan! Bandage quality seanjing-anjing quality! Wheel chair have to request and nobody cares! Charge? Mahal nak mamposs but service real gampangssss! So, Gleneagles go to hell!" luahnya di laman Instagram.

Berikutan kualiti perkhidmatan yang teruk itu, difahamkan Azwan Ali mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur pula dan memuji perkhidmatan yang diberikan.

"Ampang Puteri Kuala Lumpur, VVIPS welcoming to Diva AA this morning. Smilling staffs every corner. Siap selfie with Diva AA. Awesome! Chinese doctor, superb nursing, less costs from cekik darah Gleneagles! So, make sure you find Ampang Puteri as your second home if you are not well. Understand?," katanya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

SUSULAN KES HOSPITAL KUALA PILAH 'PANGGILLAH SUAMI DIA NI, SEMAK DAH DENGAR DARI TADI DOK NAK DADDY, NAK DADDY'

on Sunday, November 22, 2015



Terbaca kisah orang bersalin di Hospital Kuala Pilah tadi, terus teringat pengalaman saya melahirkan Emran di Hospital Sungai Buloh (HSB). Memang banyak negative feedback tentang bersalin di HSB dan saya sendiri pun sebenarnya memang tidak mahu bersalin di HSB lagi, tetapi kuasa Allah kan.

Bukan tidak mampu nak pergi bersalin di hospital swasta, tetapi bila ingat pesanan ibu, "Kenapa nak bazirkan duit kalau sakit dia sama saja? Baik beli barang bayi yang berkualiti," katanya.

Tambahan pula, saya bekerja dengan kerajaan, lagilah tak payah bayar apa-apa pun. Saya tak faham mengapa sesetengah orang itu sanggup berhutang atau mengunakan kad kredit untuk bayar kos bersalin di hospital swasta.  Bersalin sajalah di hospital kerajaan. Bukannya semua hospital kerajaan teruk seperti HSB. Contoh terbaik ialah, Hospital Ampang, first class okay layanan yang mereka berikan!

Jangan salah faham dengan kenyataan saya. Kalau memang benar-benar berkemampuan, bersalin sajalah di hospital swasta. Tiada siapa yang akan menghalang. Saya cuma merujuk pada sesetengah orang yang tidak mampu tetapi buat-buat mampu.

1 September 2015, jam 1 pagi, di minggu yang ke 38, disebabkan ini anak ketiga dah turun tanda. Saya ajak suami pergi ke hospital. Suami pula bimbang 'false alarm', dia ajak pergi ke HSB sebab itu saja hospital yang paling dekat dengan rumah kami. Saya tak nak, tetapi malas nak bergaduh membuatkan saya diam sajalah. Sampai ke PAC hospital, kakitangan yang bajet bagus di kaunter itu kata katil tak ada dan menjangkakan tempoh 48 jam untuk menunggu katil kosong andaikata warded.

Dalam jam 5 pagi, bila houseman periksa, katanya dah buka 3 cm. Saya kata nak pergi Hospital Ampang sebab anak pertama dan kedua bersalin di sana. Doktor kata okay tetapi kena tunggu pakar jam 8 pagi. Bayangkan dari jam 3 pagi sampai jam 8 pagi, saya kena duduk di kerusi itu. Naik kematu punggung saya okay!

Saya yang dah terbuka 3 cm ini okaylah lagi. Ada yang dah buka 5 cm pun kena duduk di kerusi itu juga. Saya tengok air mata mereka meleleh menahan kesakitan. Yang hampir terberanak di kerusi itu pun ada.

Lebih kurang jam 9 pagi, pakar datang check. Katanya dah buka 3 cm dan akan buka kepada 4 cm menyebabkan dia tidak mengizinkan saya balik kerana mengikut prosedur. Saya beritahu yang saya bukan nak balik tetapi nak pergi ke hospital lain (masa ini memang nak pergi TMC saja sebab itu yang paling dekat).

Doktor pakar pula kata jalan sesak, kalau bersalin di atas jalan raya, siapa nak tanggung? Saya kata saya dah sign borang discharge, jadi bukan tanggungjawab HSB lagi jika ada apa-apa yang berlaku pada saya. Jadi, dia pun minta houseman dischargekan saya, tapi sampai sudah nan hado!

Nak dijadikan cerita, my progress was very poor. Jalan ada, tapi contraction tak ada. Bayangkanlah dari masuk sampai 4 September 2015, kami (merujuk pada Nurazura Ramlilii and few others yang sudah menjadi kawan sebab admitted pada hari yang sama) duduk dan tidur di atas kerusi saja sebab tak ada katil katanya.

Kata 48 jam, tapi ini dah lebih kot? Kakak yang uri di bawah pun kena duduk atas kerusi. Stress wei! Nasiblah suami tunggu di luar. Asal pergi pada suami, saya menangis. Sudahlah i ada slip disc, menahan sakit pinggang + contraction itu lagi. Mula-mula suami buat tak layan, tapi bila saya tunjuk gambar di bawah ini, terus dia pun menangis sama.

Sampailah final day (4 September 2015) saya di PAC itu, datang seorang houseman yang baik dan sangat profesional, Doktor Amir. Dia kata dia akan cuba buat yang terbaik. Kalau jam 9 pagi tak ada progress juga, mereka akan tolak juga masuk labour room.

Jam 9 pagi, semasa tengah menunggu suami datang bawa roti canai dan horlick ice, jururawat panggil cakap nak hantar pergi ke Labour Room. Saya kata tunggu sebentar sebab saya masih belum bersarapan. Dia bagi masa saya lima minit saja untuk makan. Tak sempat nak makan, saya minum horlicks saja dan terus doktor pasang branula, masuklah ke Labour Room.

Salah satu sebab saya tak nak bersalin di HSB ialah suami cuma boleh masuk bila sudah buka 10 cm. Apakah? Patutnya suamilah yang kena tenangkan isteri semasa tengah sakit contraction itu kan? Dah puas saya merayu pada jururawat Labour Room yang saya nak suami saya tetapi mereka tidak layan. Jadi, setiap kali sakit, sambil berzikir itu saya pun menangis-nangis memanggil nama suami (nak panggil mama, mama dah tak ada).

Last sekali, dia bagi juga suami masuk bila jalan dah buka 9 cm tapi siap sound, "Panggillah suami dia ini, semak dah dengar dari tadi dok nak daddy, nak daddy!"

Ek eleh! Nasiblah aku tengah sakit. Ada jururawat yang baik hati (tetapi lagi banyak yang mulut macam puaka dari yang baik hati) di PAC kata pada saya suruh buat surat bertulis pada pengarah mereka. Saya dah buat tetapi tiada maklumbalas sehingga kini. Harap selepas ini ada perubahlah di HSB. Kasihan pada ibu-ibu yang nak melahirkan umat Muhammad dilayan seperti Pendatang Asing Tanpa Izin. Tidur di atas lantai beralaskan selimut hospital saja. Serius saya sedih!

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

HOSPITAL KUALA PILAH TERBAIK!

on Friday, November 20, 2015



Kesian Hospital kesayangan den ni kena VIRAL .
Terkesan dengan 1 komen yg mengatakan.. kalau benda buruk cepat je diviralkan.. kalau depa buat kebaikan tak de pula di Viralkan..

Kita throwback balik Jom...

2 kali dah den bersalin kat Hospital ni..
Pertama normal 2012.. Alhamdulillah bagus layanannya. Masa ni ward 9 teratai Kelas 1. Cuma Duk bilik sorang.. tunggang terbalik sakit sorang.. nurse tak nampak.. nak tekan loceng pon tak larat. Tak de sapa nak sembang macam duk dalam bilik kebal gitu.

Kedua
2015 ceaser pon bagus juga layanannya..
Ni masa bersalin kemba.. doktor wad 10 Kenanga semua bagus2 belaka. Dapat pulak adik2 praktikal.. lagi havoc kalau siang nak jagakan twin.

Bila malam nurse senior ( tua juga ) yg tetap tu lagi teliti dok layan den.. 1st day.. setiap minit dia.jenguk dok salinkan berak kencing baby.. dodoikan baby.. masa tu second baby asyik nangis je.. nak peluk.. sampai nurse kata.. janganlah adik nangis sayang.. sian kat ibu awak n abg awak..
Masa 1st day tu memang den tak kuat langsung.. 6 jam lepas bedah.. terus separa pengsan dah.. tapi kena sedarkan juga.. sebb baby ada sekali dah. Alhamdulillah diorang sihat x kena tahan.
Terus ikut balik ward 10.

Semua baik2 belakalah diorang ni. Bancuhkan milo..
Suapkan biskut..
Sikatkan rambut
Ikatkan rambut kasi kemas
Tukarkan pampers baby dengan kita2 sekali.
Rasa segan dengan diorang..
Bila malam tu ada sorang nurse sweater pink.. selalu tolong. Lupa tanya nama. terharu. Siap dia suruh den tido dulu.. dia ambilkan dua2 baby bawa ke kaunter depan jagakan.. kebetulan kain bedung bayi tak bawa banyak yg ada dah kotor terkena najis baby.. dia ambilkan yg hospital punya balutkan.. dan kasi extra blanket. Dia ajarkan cara susu bayi secara serentak "double football".katanya selagi den tak pandai susu bayi secara serentak hospital x benarkan discaj.. gigihlah dia bantu , support kiri kanan dengan blanket tebal.tq banyak2 dik. X sempat nak wish tq sebb dia shif malam. Akk kuar dah tengahari.

Masa bersalin kali ni.. semua dapat dr perempuan.. Alhamdulillah. Tapi malu pon tetap ada lagilah juga.. jahit pon cantik .

Semua peramah. Sampaikan mak cik cleaner orangnya bisu.. suka sangat temankan dan tolong aku nampak aje pampers sudut katil terus buangkan .. cakap2 walaupun aku tak faham dan anguk2 je. pantang dia terluang sikit dia datang kat aku. Sampai tak larat nak senyum..sbb khayal kesan ubat.

Dr kata aku ceria..nurse kata aku suka senyum.. bila geng pakar datang.. aku siap berlipstik bagai.. nak kasi muka tak pucat sangat... hari kedua dah leh keluar.. hehe.. gelak nurse ngan aku.. mulanya aku dapat bilik 1. tapi sebb kena pantau ctg selalu.. doktor letak kat blakang kaunter nurse2.. mudah.. ramai kawan2 aku dok sembang2.. macam2 ragam dan perangai yg aku jumpa.. ada yg berbulan.duk ward dah sebb placenta privia.. sbb baby kecik x besar2 dalam perut. Sbb air ketuban kurang.. macam2 masalah diorang.. elok je diorang layan tak de pilih kasih.

Sebenarnya. Kalau ada 1 kesalahan tu.. kita dengarlah dua2 belah pihak.. jgan cepat menghukum diorang.. kesian kat nurse2 dan dr2 yg baik ni kena.. kita semua bukan sempurna..

Apa2 pon den puas hati sgt bersalin kat sini.. TERBAIK.
Tq hospital kuala pilah

P/S : Saya sekadar berkongsi pengalaman.jangan kecam saya! mana yg baik tu dtgnya dari Allah s.w.t. yg buruk tu dri saya sendiri.
Di izinkan share.. dan melahirkan pendapat anda yg berbeza. Sekian.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

"Kalau Tak Tahan Sakit Jangan Mengandung" Kata-Kata Dari Staf Hospital Kuala Pilah Buat Pelakon Shahriza Mahmud Bongih

on Thursday, November 19, 2015



Kerana tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima dari sebuah hospital di Negeri Sembilan, seorang pelakon, Shahriza Mahmud yang popular pada era tahun 90an telah meluahkan rasa tidak puas hati di laman Facebooknya.

Beliau telah berkongsi kisah yang dialami adiknya yang bersalin dalam usia kandungan kira-kira lima bulan.

Di dalam tulisannya, shahriza menyatakan rasa tidak puas hati dengan doktor dan jururawat yang disifatkannya biadap kerana mengeluarkan ayat-ayat yang tidak sesuai diucapkan kepada seorang pesakit.

Menurut beliau, antara ayat yang dikeluarkan oleh kakitangan hospital berkenaan ialah 'kalau tak tahan sakit jangan mengandung'.

Berikut adalah apa yang ditulisnya di laman Facebook.




Beliau bagaimanapun menasihatkan agak mereka yang berhasrat ingin menjadi doktor atau jururawat supaya bukan sekadar memiliki ilmu dalam bidang berkenaan tetapi mempunyai ilmu dari segi kemanusiaan yang tinggi.

Shahriza turut memaklumkan bayi adiknya meninggal dunia kerana lahir tidak cukup bulan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

SAYU. PENGUATKUASA SERBU KEDAI VAPE, PENIAGA RUGI RM100,000

on Thursday, November 5, 2015


Gambar hiasan

PETALING JAYA - Seorang peniaga vape di Shah Alam mengalami kerugian RM100,000 setelah barangan perniagaannya dirampas dalam serbuan yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasa Kementerian Kesihatan.

Menurut peniaga terbabit, penguatkuasa terbabit datang dengan surat rampasan telah merampas 3,000 botol flavour vape yang mengandungi nikotin yang kesemuanya bernilai RM100,000, lapor The Star.

"Mereka datang sekitar jam 4 petang dan tunjuk pada kami surat mendakwa rampasan dilakukan kerana produk kami mengandungi nikotin.

"Tetapi mereka tidak ada surat kebenaran yang menyatakan untuk merampas produk," katanya.

Peniaga terbabit cuba bertanya bagaimana dia boleh mendapatkan kembali barangan yang dirampas. Namun jawapan yang diberikan oleh pegawai penguatkuasa KKM itu sangat mengecewakan.


"Mereka hanya beritahu saya supaya bercakap dengan bos mereka jika mahu kembali barang-barang itu. Kami benar-benar tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya kerana masih terkejut dengan apa yang baru berlaku ini," katanya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

"Kalau Nak Haramkan Vape, Kena Haramkan Rokok Juga" - Dr Hilmi

on Thursday, October 29, 2015



Berita mengenai kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan vape nampaknya menjadi semakin panas walaupun perkara itu masih di peringkat kajian.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, ketika ini kerajaan sedang berbincang untuk mewujudkan undang-undang baharu melibatkan tembakau, rokok elektronik dan shisha.

“Kita akan wujudkan undang-undang baharu, ia masih belum diputuskan sama ada untuk mengawal atau mengharamkan sepenuhnya, masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

“Sebab kalau kita nak haramkan vape, kita juga kena haramkan rokok, sebab vape juga mengandungi nikotin, sebab kalau tak ada nikotin, tak ‘kick’ vape tu, jadi kena ada nikotin. Jadi, kalau kita haramkan vape, apa pula tindakan untuk tembakau? Itu isunya di sini," katanya dipetik mStar Online.

Beliau juga berkata, masih terlalu awal untuk mengatakan vape akan diharamkan sepenuhnya.

“Sekarang kami sedang mengadakan perbincangan melibatkan isu ini. Sebab sekarang undang-undang berkaitan tembakau tertakluk di bawah Akta Makanan 1993, itu tidak cukup kuat sebab ia tak melibatkan vape dan shisha.

"Kita akan kaji betul-betul perkara ini dan kita akan keluar dengan keputusan nanti," katanya.

Ditanya sama ada terdapat larangan untuk penjualan vape selagi tiada undang-undang, Dr Hilmi berkata: "Tiada, setakat ini belum lagi."

Dr Hilmi sebelum ini berkata, vape gagal menghentikan perokok tegar daripada menghentikan tabiat buruk mereka itu.

Dr Hilmi juga memberitahu beahawa ramai sebenarnya perokok hendak berhenti merokok dengan beralih kepada vape, pada mulanya berjaya meninggalkan tabiat itu dengan menggunakan vape tetapi berakhir dengan menghisap kedua-duanya, rokok dan vape.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'KENAPA LELAKI BOLEH VAPE, KAMI BETINA TAK BOLEH PULAK?' - GADIS VAPE CUN MELECUN

on Monday, October 19, 2015



SHAH ALAM - Wanita yang mempunyai minat terhadap vape dan memuat naik gambar mereka sedang vaping di media sosial seringkali dikecam oleh netizen yang menganggap perbuatan itu tidak molek. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan wanita beragama Islam.

Memetik temubual wartawan The Malaysian Insider dengan beberapa pengguna Vape di Festival Vape Shah Alam di Shah Alam Convention Centre (SACC) semalam, menegaskan menghisap vape bukanlah sesuatu yang salah.

"Perempuan dengan lelaki sama saja. Kalau untuk perempuan tak elok kenapa lelaki elok pula? Kami bukan buat jenayah," kata Natasha Elina, 23, yang kesal tanggapan masyarakat yang tidak adil terhadap mereka.

"Saya dulu hisap shisha dan kini beralih ke vape. Tetapi kalau di tempat yang ada ramai orang tua, kalau boleh janganlah hisap," katanya yang bekerja sebagai pembantu peribadi.

Bagi Farah Hana Syazwani, 21, pula berpendapat, tiada salahnya jika perempuan minat dan menghisap rokok elektronik itu.

"Itu terpulang pada individu. Kalau perempuan bertudung hisap rokok, lagilah nampak teruk. Baik hisap vape," katanya sambil tersenyum.

Dua gadis yang temui pula mengaku apabila mereka beralih ke rokok elektronik, ia banyak membantu mereka untuk berhenti dari merokok.

"Saya nak berhenti merokok dan saya suka dengan banyak perisa vape. Sehingga sekarang saya hanya hisap vape, tiada lagi melayan rokok tembakau. Lagipun kesan hisap rokok lebih teruk dari vape. Jadi apa masalahnya kan," ujar Tasha, 20, jurujual sambilan di festival tersebut.

"saya tak ketagih vape pun. Saya dah lama menghisap rokok, jadi sekarang baru nak belajar hisap vape. Kalau ada vape, saya kurang hisap rokok," kata Umi Kalsom, 21, pelajar kolej swasta.

Rata-rata wanita yang menghisap vape menyatakan rokok elektronik itu memberikan kepuasan kepada mereka dengan pelbagai perisa selain dari bau yang harum. Dari segi kos pula, mereka berpendapat ia lebih menjimatkan kerana ada model vape yang mampu milik dan kos penyelenggaraannya rendah.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'CUAI, KAKITANGAN HOSPITAL TERTINGGAL GAUZE DALAM PANGKAL RAHIM SAYA'

on Sunday, October 18, 2015



SUNGAI PETANI - Seorang ibu muda mendakwa kakitangan Hospital Sungai Petani telah melakukan kecuaian tertinggal kain kasa pembalut luka (Gauze) di dalam kemaluannya selepas melahirkan anak sulung pada 29 September lalu.

Norsyazwani Mohd Nasirudin, 25, sebelum itu telah dimasukkan ke hospital itu dan melahirkan anak secara normal.

Bagaimanapun, dua hari selepas bersalin, mangsa sering mengalami kesakitan di celah kangkang sebelum gauze tersebut secara tiba-tiba terkeluar dari kemaluannya selepas diurut di bahagian perut oleh ibunya.

"Setiap kali saya mahu duduk atau berdiri, saya sering rasa sakit pada celah kangkang. Saya beranggapan ia mungkin disebabkan jahitan selepas melahirkan anak," katanya.

Akibat kecuaian itu, mangsa terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang darah beku yang terkumpul di dalam rahimnya.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu akan mengambil tindakan undang-undang berhubung kecuaian kakitangan hospital berkenaan.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'ALA, BIARLAH DIA NAK MELAWAT ATUKNYA YANG SEDANG TENAT'

on Friday, August 28, 2015



Gambar kiri hiasan sahaja

'Kanak-kanak Tempatnya Bukan Di Hospital'

Saya selalu sebut, kuman bakteria virus dan sebagainya ini sebenarnya lebih berbahaya dari singa. Kerana apa? Kerana singa, kita nampak bahayanya. Kita boleh tangkap, kita kurung dan kita boleh lari darinya. Tetapi kuman? Kita tidak nampak ia. Ia boleh berada di sekeliling kita. Di mana-mana sahaja.

Kuman di hospital, lain berbanding kuman di luar hospital. Tak keterlaluan untuk saya katakan, hospital ini adalah lubuk kuman. Dah nama pun hospital, bukannya fun fair. Orang sihat, pergi fun fair. Mana ada orang sakit terutamanya yang tenat, pergi fun fair? Habis, orang sakit pergi mana?

Ya, orang sakit, datang ke hospital. Ianya simple logik. Hospital, tempat orang sakit. Bahkan, kuman di hospital, sangat berbeza dengan kuman di luar hospital. Dalam dekad ini, semakin banyak istilah MDRO dibincangkan dan dikesan di serata dunia.

MDRO adalah singkatan kepada "multiple drug resistant organism". Ia membincangkan mengenai peningkatan kuman-kuman yang semakin KEBAL kepada ubat-ubatan seperti antibiotik. Ianya khusus kepada kuman yang berada di hospital-hospital, termasuklah kawasan tertentu seperti unit rawatan rapi dan high dependency unit.

Atas sebab itulah, kita sangat, sangat, sangat menekankan bab ini. Saya sendiri, setelah pulang dari bekerja, tidak akan menyentuh anak saya atau menciumnya selagi tidak mandi atau membersihkan diri. Pakaian kerja saya termasuklah kot putih, dibasuh berasingan dan ditambah dengan pencuci antiseptik.

Allah sahaja yang tahu entah kuman apa yang melekat pada pakaian saya sepanjang saya bertugas.

Kanak-kanak, tidak sama seperti orang dewasa. Sistem imun mereka lebih rendah. Kulit mereka lebih nipis, ketinggian mereka membuatkan mereka terdedah kepada udara yang tidak mengalir dengan betul, serta kesan batuk orang lain. Tambah-tambah bayi, mereka bukan tahu untuk menutup hidung atau berpaling apabila seseorang bersin.

Kalaulah manusia ini dikurniakan Allah kebolehan untuk melihat kuman, nescaya hospital adalah tempat terakhir mereka akan bawa kanak-kanak kecil.

Setahu saya, semua hospital ada meletakkan papan tanda bahawa kanak-kanak dibawah umur 12 tahun adalah tidak dibenarkan dibawa masuk melawat di wad hospital. Tetapi malangnya, bukan semuanya mematuhi arahan ini.

Pelbagai alasan diberi. "Tak ada orang hendak menunggu.", maka kenapa tidak boleh bergilir-gilir? Tentulah, mana best masuk seorang-seorang, nanti tak tahu apa nak dibualkan.

"Ala dia nak melawat atuknya yang sedang tenat.", padahal atuknya itu comfortable dengan nasal prong sahaja pun.

Terkebil-kebil bayi berusia enam bulan itu.

Saya, sememangnya cuba untuk bertimbang rasa. Jika ada pesakit saya yang tenat dan nazak, memang saya akan berpesan kepada guard, untuk membenarkan pelawat pesakit tersebut masuk walaupun bukan waktu melawat, untuk membaca yassin dsb. Itu pun saya akan minta bergilir-gilir agar tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada pesakit lain.

Really, ignorance is a blessing. Kita mudah take it for granted, kerana kita tak nampak. Kita tak tahu.
Bila anak balik dari hospital kemudian demam, kita katakan anak "terkena badi". Kita lebih mudah percaya benda mistik dan ajaib, padahal ianya berpunca dari salah kita sendiri.

http://drzubaidi.com/…/bahaya-%E2%80%99badi%E2%80%99-melaw…/

Kalau dulu anda tak tahu, maka ketahuilah saya dah beritahu. Kanak-kanak, jangan dibawa ke hospital untuk tujuan melawat.

Kalau anda bawa juga tanpa sebab munasabah, maka anda ibubapa yang tidak bertanggungjawab. Saya tak risau untuk berterus terang.

Moga Allah mengangkat beban tanggungjawab saya.

Nak bawak juga, bawalah. Berilah seribu satu alasan pun, hatta sampai nak bergocoh pun..in the end, anak awak juga.

Tambahan : Obviously, penulisan saya menceritakan mengenai membawa kanak-kanak sebagai PELAWAT. Jika kanak-kanak sebagai PESAKIT, lain pula ceritanya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

16 tips penting sebelum, semasa dan selepas terkena gas pemedih mata

on Thursday, August 27, 2015



Berikut adalah 16 tips yang sangat penting untuk kita tahu sekiranya berdepan dengan tear gas:

Sebelum gas pemedih mata dilepaskan

1. Sekiranya anda nampak pihak keselamatan mula mengenakan topeng muka, bermakna gas pemedih mata akan dilepaskan.

2. Sekiranya anda memakai kanta pelekap (contact lense), tanggalkannya dengan segera, jangan gunakan kanta pelekap ini walaupun keadaan telah reda. Pakai cermin renang (goggle) sekiranya ada.

3. Tutup mulut dan hidung rapat dengan kain yang dibasahkan dengan air kosong (sebaiknya dibasahkan dengan air limau).

4. Sekiranya anda ada baju hujan, maka pakai baju dan seluar hujan dengan kemas serta tutup kepala anda dengan penutup kepala.

5. Jangan gunakan losyen atau minyak sebagai pelindung kulit kerana ini akan lebih memburukkan keadaan kerana losyen dan minyak akan memerangkap kimia gas pemedih mata pada kulit anda.

Ketika gas pemedih mata dilepaskan

6. Cuba bertenang, Jangan Panik! Jika anda panik, suhu badan anda akan meningkat dan akan lebih memedihkan lagi mata dan kulit anda. Cuba bergerak keluar dari asap gas pemedih mata.

7. Jangan sentuh muka dan mata anda dengan tangan.

8. Hembus hidung, dan ludahkan keluar kimia yang terdapat dalam gas pemedih mata daripada mulut.

9. Jangan sentuh tin gas pemedih mata yang dilepaskan, ianya panas.

10. Sekiranya anda dapati ibu mengandung atau kanak-kanak berada di kawasan tersebut, gunakan sarung tangan kulit untuk mencampakkan tin gas pemedih mata tersebut ke kawasan yang tiada orang. (Jangan campakkan tin gas pemedih mata tersebut ke arah pasukan keselamatan).

Selepas berada di kawasan yang terdedah kepada gas pemedih mata

11. Basuh pakaian yang dipakai secara berasingan daripada pakaian harian yang lain. (gunakan air sejuk)

12. Mandi dengan air sejuk/bersuhu sederhana. Jangan gunakan sabun dan elakkan penggunaan air panas kerana ia akan menyebabkan pembukaan liang roma dan membolehkan ejen lakrimator yang terdapat pada tubuh masuk ke dalam badan.

13. Jangan meletakkan sebarang losyen atau krim pada kulit yang terjejas kecuali setelah mendapat nasihat pakar atau setelah tubuh badan dibersihkan atau selepas 6 jam. (CS larut di dalam lemak, maka penggunaan krim mahupun losyen hanya akan memburukkan keadaan)

14. Boleh gunakan ais yang dibalut dengan kain bagi mengurangkan rasa pedih pada kulit.

15. Kelewatan di dalam membersihkan diri mahupun berterusan membiarkan diri terdedah dengan gas pemedih mata juga akan memberikan kesan yang buruk seperti radang kulit.

16. Jika menghadapi kesan sampingan yang lebih teruk seperti blister, penyakit berkaitan sistem pernafasan, dan serbuk CS mengenai mata pada kuantiti yang banyak, maka dinasihatkan agar segera berjumpa doktor di pusat rawatan kesihatan yang berdekatan.

Begitulah sedikit sebanyak info yang kita perlu tahu mengenai perlindungan terhadap gas pemedih mata. Harap tips-tips di atas dapat membantu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'ORANG MALAYSIA SUKA MAMPUIH CEPAT' - PENIAGA VAPE CHINA



Baru-baru ini seorang pengguna Facebook, Tuah FX, telah berkunjung ke Guangzhou, China, berkongsikan perbualannya dengan seorang peniaga rokok elektronik di laman sosial.

"Saya baru balik dari Guangzhou, China pada 26 Ogos 2015, jam 4 pagi. Nak cerita sikit pasal vape ni.

"Di Guangzhou, ada banyak kedai yang jual vape ini. Di tepi-tepi jalan pun banyak. Harga belian di sana dalam RM15 - RM35. Di Malaysia, sekitar RM200.

"Saya bertanya kepada seorang peniaga vape. Katanya permintaan pengguna dari Malaysia sangat banyak. Boleh dikatakan hari-hari ada saja order yang masuk. Saya bertanya lagi.

"Jika hari-hari ada saja tempahan baru dan menggalakkan dari Malaysia, mengapa orang di negara China sendiri tidak menggunakan vape?"

"Nak tahu apa jawapannya?

"Orang Malaysia suka mati cepat. Ini vape sangat membahayakan. Orang di sini tidak guna vape kerana mereka semua ingin hidup lama," katanya.

Dalam hati, "Dia ni nak menjual ke nak bagi jatuh company majikan dia?"

"Pengajarannya, China jual produk untuk muslim tetapi mereka sendiri tak berani nak guna vape. Korang yang ada akal, fikirkanlah sendiri. Saya cuma sekadar menyampaikan sahaja,' kata Tuah FX.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BERITA BAIK: E-Ciggarate Patut Diperkenalkan kepada Perokok - Pakar

on Thursday, August 20, 2015



LONDON – Rokok elektronik patut diperkenalkan kepada perokok bagi membantu mereka menghentikan tabiat buruk itu, kata pakar-pakar kesihatan awam Britain.

Mereka berkata demikian berdasarkan satu kajian yang mendapati rokok elektronik 95 peratus kurang berbahaya dari rokok konvensional.

Kajian tersebut dijalankan oleh pihak berkuasa Kesihatan Awam England (PHE).

Menurut Profesor Ann McNeill dari King's College London, rokok elektronik itu dapat mensimulasikan perasaan merokok tetapi tanpa kandungan nikotin yang membahayakan kesihatan perokok.

Di England, 1/5 dari rakyatnya merokok dan lebih 80,000 kematian berpunca dari rokok direkodkan dalam setahun.

“Merokok masih menjadi pembunuh nombor satu di England dan perkara terbaik yang boleh dilakukan perokok ialah berhenti terus,” kata Pengarah Kesihatan dan Ke­sejahteraan Hidup PHE, Profesor Kevin Fenton memetik laporan dari Kosmo!.

“Kajian mendapati penggunaan e-rokok melupuskan hampir semua risiko kesihatan yang dikaitkan dengan rokok konvensional,” menurut Profesor Peter Hajek dari Universiti Queen Mary yang turut terlibat dalam kajian itu

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



 
© AANS BLOG All Rights Reserved