Kuala Lumpur: Jika sebelum ini Rozita Che Wan menghadiahkan anak sulungnya, Ammar Effendy sebuah kereta mewah jenis BMW kerana cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu, kini Che Ta mahu menghadiahkan kereta jenis Nissan GT-R pula untuk anak keduanya Aniq Ezzra, 18, yang kini sedang menunggu keputusan SPM.
Che Ta, seorang pelakon dan juga pengacara, berkata dia memang menjanjikan habuan untuk anaknya tetapi dengan syarat mereka perlu cemerlang dalam pelajaran.
“Aniq mahu dibelikan kereta Nissan GT-R. Jadi, saya cakap boleh jika dapat 9A1 dalam SPM. Insya Allah, saya yakin dia mampu memperoleh keputusan begitu memandangkan keputusan percubaan SPM lalu mencapai sasaran,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Tambah Che Ta lagi, anak-anaknya itu juga turut diberikan elaun mingguan.
“Dulu saya tidak menikmati seperti anak saya dapat hari ini. Jadi, apabila saya diberikan rezeki lebih, tidak salah jika saya berbelanja untuk mereka. Namun, untuk mendapatkan apa diinginkan, mereka perlu berusaha,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment