Showing posts with label Babi. Show all posts
Showing posts with label Babi. Show all posts

'Astro, Sila Saman Saya Di Atas Servis Yang Tidak Dilanggan!'

on Monday, March 7, 2016



Astro memang banyak caj tersembunyi. Perkara ini berlaku pada diri saya sendiri apabila nak menamatkan langganan Astro.

Selepas menghubungi pihak Perkhidmatan Pelanggan Astro, mereka berkata jika saya mahu menamatkan langganan, saya pergi menghantar notis sebulan sebagaimana yang dinyatakan dalam pernjanjian.

Spontan saya berkata, "Tiada dalam perjanjian dan jika ada, dalam klausa yang ke berapa?"

Malangnya, pegawai khidmat pelanggan itu tidak dapat menjawab soalan saya dan mengakui dia tidak tahu mengenai perkara itu. Jadi saya pun bertanya apa yang perlu saya lakukan jika saya nekad mahu menamatkan langganan Astro pada hari yang sama juga.

"Encik perlu pergi ke Pusat Servis Astro yang terdekat," katanya.

Jadi, saya bergegas pergi ke Pusat Servis Astro di Taman Molek, Johoh Bahru. Sampai di sana, kakitangan dan pengurusnya berkata saya tidak boleh menamatkan langganan pada hari ini. Mereka bertegas menyatakan bahawa saya perlu memberikan notis sebulan.

"Tiada syarat dalam perjanjian yang mengatakan perlu notis sebulan. Jika ada, sila kemukakan bukti yang ditandatangani oleh saya itu," kata saya kepada mereka.

Malangnya, mereka gagal menunjukkan bukti dan menggalah .Tetapi, mereka berikan syarat. Jika saya nak tamatkan langganan perkhidmatan Astro pada hari ini juga, saya perlu memulangkan dekoder, remote dan semuanya kecuali piring.



Oleh kerana rumah saya berhampiran, saya memilih untuk pulang dan mengambil semua barangan Astro, kabel, dekoder, dan remote control dan kembali ke pusat servis berkenaan dan serahkan kepada mereka. Saya juga telah membuat pembayaran dan diarah menandatangani dokumen pemulangan dekoder.

Jadi, dengan rasminya Astro mengesahkan akaun saya telah ditutup dan tiada apa-apa lagi caj selepas ini.

Tiba-tiba, tiga bulan kemudian selepas itu, Astro telah menghantar satu surat tuntutan tunggakan beserta surat peguam dengan alasan pembayaran akaun Astro saya tertunggak sebulan sebab by hook or by crook, mahu menamatkan langganan perkhidmatan Astro perlukan notis sebulan.

Dipendekkan cerita, selepas bertekak dengan pegawai khidmat pelanggan Astro dan maklumbalas kepada peguam mereka yang kurang bijak itu berserta dengan bukti penutupan akaun, pemulangan dekoder dan resit-resit bayaran rasmi, mereka terus senyap sehingga ke hari ini.

Saya cuma menegur peguam lantikan Astro yang kurang cerdik itu.

Sila saman saya atas servis yang saya tidak langgan. Akaun yang sudah ditutup dan dekoder juga telah dipulangkan atau saya saman pihak berkenaan kerana cuba menipu dan membuat tuntutan palsu!

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wang dalam akaun Najib untuk pelaburan, bukan derma, kata menteri Arab

on Friday, February 5, 2016



Menteri Luar Arab Saudi Adel al-Jubeir tidak fikir wang AS$681 juta yang dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah dari kerajaan negara itu atau ia satu sumbangan politik, lapor New York Times (NYT).

Beliau juga dilaporkan berkata, wang itu disalurkan kepada sebuah "pelaburan di Malaysia".

"It is a private Saudi citizen, I believe, and the funds went to an investment in Malaysia (Ia adalah warga Saudi, saya percaya, dan dana itu diberi kepada satu pelaburan di Malaysia)," katanya dalam satu temu bual dengan NYT disiarkan semalam .

 Akhbar itu turut memetik kenyataan seorang kerabat rapat dengan keluarga diraja, yang bercakap tanpa mahu dikenali, sebagai berkata wang itu datang daripada seorang putera Saudi, tetapi ia bukan derma.
Kerabat itu turut mempersoalkan jumlah wang tersebut tetapi berkata dana itu merupakan sebahagian daripada perjanjian perniagaan.

Bulan lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, AS$681 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib sebagai derma dari keluarga diraja Saudi serta diberikan “tanpa mengharapkan balasan” dan menutup kes itu.

Tetapi, pihak berkuasa di Switzerland yang menyiasat cabang pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menemui sejumlah AS$4 bilion (RM16.8 bilion) hilang daripada syarikat negara milik negara.

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber juga menyuarakan kebimbangan atas keputusan rakan sejawatnya di Malaysia yang menghentikan siasatan ke atas kes perpindahan dana ke dalam akaun Najib itu, mengatakan tindakan itu akan mengganggu siasatan yang dijalankan Switzerland ke atas 1MDB.

Apandi kemudiannya membalas kenyataan tersebut, mengatakan siasatan yang sedang dilakukan negara itu ke atas 1MDB adalah siasatan yang berasingan daripada kes derma RM2.6 bilion itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Najib pulangkan kembali RM2 bilion pada Arab Saudi. Kes selesai

on Monday, January 25, 2016



Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Apandi, pada Ogos 2013, sejumlah wang RM2.03 bilion (AS$620) telah dikembalikan kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini mengemukakan dua kertas siasatan – berkaitan kes bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan kes RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun bank peribadi Najib – kepada Apandi Disember tahun lalu.

Bagaimanapun hari ini, Apandi berkata, wang dana yang diberikan oleh keluarga diraja Arab Saudi itu merupakan sumbangan peribadi kepada Najib.

Oleh yang demikian, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Najib berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya itu serta pihak Peguam Negara akan mengendalikan kertas siasatan kepada SPRM dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Setelah 8 Tahun Berdiam Diri, Akhirnya Pemilik Gambar Pegang Babi Viral Tampil Cerita Perkara Sebenar

on Friday, January 22, 2016

Perkongsian penuh dari doktor tersebut


AMARAN! IMEJ YANG DIPAPARKAN MUNGKIN MENGGANGGU MENTAL DAN PERASAAN SESETENGAH INDIVIDU



To those yang dah banyak cakap buruk pasal 'perempuan' ni.. saya maafkan anda semua..

Bismillahirrahmanirrahim. .
Assalamualaikum..

Kepada admin dan individu yang menyebarkan gambar-gambar ini..saya ucapkan tahniah jika post ini dapat meningkatkan bilangan likers dan pengunjung blog anda..

Saya merupakan seorang Doktor Veterinar. Gambar tersebut merupakan gambar ketika saya menjalani latihan praktikal kira-kira 8 tahun lalu. Dan gambar-gambar ini telah pun tersebar luas suatu masa dahulu dan sepanjang 8 tahun ini.(Masa tu Facebook pun tak famous lagi)

Pada mulanya saya berniat untuk hanya berdiam diri tentang penyebaran cerita yang berlaku. Tetapi saya terpaksa membuat sesuatu untuk meredakan kekecohan yang berlaku, dan fitnah yang semakin tersebar dengan jayanya.

Bukan untuk menegakkan benang yang basah, dan bukan pula untuk bercakap tentang hukum agama.. sesungguhnya saya tidaklah layak.

Di sini saya sertakan kronologinya..

Gambar diambil sekitar tahun 2007 hanya untuk SIMPANAN PERIBADI

Malangnya ada pihak tak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar-gambar ini TANPA KEBENARAN saya dan tanpa usul periksa (ketika itu penyebaran melalui e-mail).

Yang menjadi persoalan saya hingga hari ini, ramai lagi rakan-rakan saya yang mengambil gambar sebagai kenangan ketika itu tidak pula disebarkan. Kenapa hanya gambar saya yang menjadi 'pilihan'?

Selama 8 tahun saya hanya berdiam diri dengan tohmahan, cacian, fitnah, seperti murtad, penghinaan kepada ibu dan ayah saya kerana telah membesarkan saya, ugutan, ancaman dan sebagainya.. kerana saya menganggap kalian mungkin tidak mengetahui.

Kursus ini merupakan salah satu subjek wajib ketika kami belajar dalam jurusan Doktor Perubatan Veterinar.

Sedia maklum, veterinar merangkumi semua jenis haiwan untuk pembelajaran dan kajian seperti penyakit-penyakit yang mungkin boleh menjangkiti haiwan dan manusia (H1N1, Nipah Virus, Rabies-anjing gila, Leptospirosis, Selsema Burung, dan sebagainya).

Cara-cara menyucikan dari najis berat juga di ajar dan diprakktikan ketika di Universiti. Jadi, saya harap kalian tidak pertikaikan tentang adakah saya sertu atau tidak selepas melakukan tugas saya.

Jika tersebarnya gambar- gambar yang berlaku adalah 'kesalahan' saya, menyebabkan saya dikeji dan dihina.. cukuplah hanya saya sahaja yang mendapat cacian dan cemuhan.. jangan dikaitkan dengan ahli keluarga, agama, universiti dan pensyarah saya. Mereka tidak bersalah dalam hal ini.

Walaupun ada yang menyamakan rupa saya dengan makhluk ciptaan Allah itu..saya maafkan anda.. sekurang-kurangnya saya mempunyai cukup sifat dan deria..Alhamdulillah kerana ciptaan-Mu ya Allah..

Selama 8 tahun saya bersabar dengan segala celaan dan komen2 yang tidak elok.

Tetapi, mungkin kali ini saya terpaksa bersuara untuk mengelakkan saudara saudari mendapat dosa kering dengan komen-komen yang tidak baik ini.

Saya mohon maaf jika post ini mengganggu perasaan mana-mana pihak.

Untuk makluman semua, Alhamdulillah saya telah pun mempunyai sebuah Klinik Veterinar di Kota Kemuning, Shah Alam (Serv-U Veterinary Clinic & Surgery) dan sebuah lagi klinik di Bandar Sri Damansara (Trio Veterinary Clinic & Surgery) atas doa rakan-rakan dan keluarga yang banyak menyokong saya selama ini.

Dan saya berharap, janganlah kerana post yang diviralkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab ini menjadikan profession Doktor Veterinar ini di pandang hina dan menjadi tempias kepada rakan-rakan Veterinar saya yang lain.

Sesungguhnya rakan-rakan Veterinar saya ini telah banyak mempertaruhkan nyawa mereka apabila berhadapan dengan penyakit-penyakit berjangkit yang melibatkan haiwan dan manusia. Kerana kami merupakan 1st line defense yang akan di hantar apabila ada 'outbreak' penyakit yang zoonotik (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia).

Jika post ini berterusan dan diviralkan tanpa usul periksa, saya nasihatkan agar admin atau sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap penyebaran gambar ini bersedia untuk sebarang kemungkinan tindakan undang-undang.

Oh ya..di sebalik peristiwa 'pahit' ini yang berlaku pada saya 8 tahun lalu, kursus ini tidak lagi diwajibkan kepada junior-junior saya selepas itu.. hey guys! You are so lucky! Hehehehe.. well.. mungkin ini lah yang dikatakan HIKMAH di sebalik kejadian.. EXPERIENCE is the best TEACHER, right?

Saya nak minta TOLONG sangat-sangat.. tolong jangan main sentimen perkauman atau agama dalam hal ini ya. Jangan kerana kesilapan individu, kaum atau agama di petik.

Segala yang buruk datang dari diri saya sendiri, segala yang baik datang dari Allah s.w.t.
Hanya Allah yang berhak menghakimi hamba2-Nya.

Semoga Allah mengampuni dosa2 kita semua. Aamiin..

Assalamualaikum.
DR. SALEHATUL KHUZAIMAH MOHAMAD ALI

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'DAH TAHU MISKIN, JANGAN BEROMEN KASI ANAK BANYAK²'



Tweet seorang lelaki bernama Fahmy atau Fahmy Vevo tersebar di media sosial dan membuatkan segelintir netizen sentap 100%.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan itu, Fahmy menyentuh mengenai isu biasiswa, PTPTN, yuran kolej mahal dan sikap segelintir pasangan yang gemar beranak ramai.

"JPN, MARA, PTPTN, - kita tidak perlukan bantuan kewangan ini. Ibu bapa yang sepatutnya bertanggungjawab untuk pendidikan dan kesihatan anak-anak.

"Siapa suruh ibu bapa malas belajar dulu? Selepas itu miskin, selepas itu tak mampu nak membiayai pendidikan anak mereka.

"Kolej yang kenakan yuran mahal itu memang diwujudkan untuk golongan kaya raya. Kalau sudah tahu diri itu miskin, yang pergi gigih menempel study di sana kenapa? Kalau sudah tahu diri itu miskin, janganlah beromen kasi anak banyak-banyak. Simple math," katanya.

Bagaimanapun, netizen mengkritik kenyataan bongkak Fahmy itu. Ini kerana bukan semua manusia yang dilahirkan ke dunia ini bernasib baik.





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MEMILIKI KAPAK DIPENJARA, MEMILIKI DERMA TAK PERLU DIPENJARA. HANYA DI MALAYSIA

on Wednesday, December 23, 2015



KOTA BHARU - Seorang peniaga dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun oleh Mahkamah Seksyen, atas kesalahan memiliki kapak tanpa kebenaran.

Mohd Bakri Mohd Adnan, 43, dijatuhkan hukuman penjara selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus, yang bermula dari tarikh dia ditangkap pada 25 November 2014.

Tertuduh didakwa memiliki kapak berukuran 44 sentimeter di dalam kereta Perodua Kancil tanpa kebenaran yang sah di Jalan Bukit Gedombak, Pasir Puteh, jam 5.45 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata 1958, jika didapati bersalah, boleh dipenjarakan maksimum 10 tahun atau sebat.

Sementara itu di media sosial, netizen mempertikaikan keputusan mahkamah itu dan turut menjadi bahan gelak ketawa mereka.

"Memiliki kapak dipenjara, memiliki derma entah dari mana tak kena penjara pula. Taiklah!" kata Saiful Anuar.

"Selepas ini, beli pemutar skru pun kena ada lesen juga. Apakah bodohnya kejadian ini? Semakin lama semakin gila pula duduk di Malaysia ini," kata Azam.

"Susahlah nak gi kebun bawa kapak atau parang sekarang. Bawa minyak cap kapak sajalah.

"Sepatutnya siasat apa motif dia bawa kapal dalam kereta dan siasat latar belakang dia. Kalau latar belakang bersih dan bawa kapak atas kegunaan kerja, maka memang malanglah nasib rakyat Malaysia sekarang. 5 Tahun hukuman penjara, bukan ringan. Siapa nak tanggung anak isteri dia? Hanya kerana kapak, dia dipisahkan dari keluarga dan dunia luar," kata Syahzwan Ibrahim.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'KITA TENGOK BERAPA LAMA RAYANI AIR BOLEH SURVIVE' - ORANG CINA

on Monday, December 21, 2015



KUALA LUMPUR - Antara biadab dan kurang ajar serta hilangnya hormat pada agama lain, yang mana paling sesuai untuk dipadankan dengan kata-kata mereka?

Vintonio Xian, memuat naik perkongsian berita mengenai Rayani Air di laman Facebooknya, semalam. Dalam ruangan komen, Vintonio dan beberapa rakannya melemparkan pandangan yang tidak baik terhadap syarikat penerbangan tersebut.

Mereka mempertikaikan dan mentertawakan operasi kerja Rayani Air yang ditutup pada setiap hari Jumaat.

"Next time the price also got two. Halal price and Non-Halal price. If we pay with Halal Credit Card will get special discount," kata John Cai.

"I think not Islam enough, must wear ninja suit!" kata Vintonio Xian.

"At least cover their face left only two eyes. Let see how long they can survive," kata Lee Yf.

Tindakan mereka mempersendakan usaha syarikat penerbangan baru dan agama Islam adalah amat tidak wajar. Seharusnya mereka turut menyokong usaha Rayani Air dalam merancakkan sektor penerbangan awam yang juga memberikan banyak pilihan kepada pengguna.

Bagaimanapun, Vintonio Xian dan rakan-rakannya tampil memohon maaf di atas komen-komennya yang agak keterlaluan itu.







"Sorry for the hard feeling caused by my post, I didn't expect the post will cause so much harm to everyone and my muslim friends due to my insensitive and irresponsible action.

"I shall declare that our action are much not relevant with OneSubsea (M) Systems Johor (OSSJ). The post I already taken down soon after been informed there are friends that feel bad with my action. Hope you guys can forgive our childish action and we also hope Malaysia can be a better place for everyone. That's why I decide to contribute my time and effort in Malaysia instead of overseas. We really mean no harm to everyone about the post," kata Vintonio.

"Hi there, i am sincerely apologise regarding this issue and deeply sorry of what have caused. Please forgive us for such an immature comment. I am willing to face any disiplinary action and consequences. Deeply sorry," - John Chai

"I'm sorry about last weekend improper comment on Facebook post, due to my insensitive and irresponsible action. That doesn't excuse how I acted, and I promise I won't let it happen again. please forgive our irresponsible action," - John Tan

"My sincerely apology to our Muslim friends in case i say something wrong recently. Please accept my apology and i promise this will not happen again." - Lee Yf

Difahamkan, individu-individu terbabit akan bersemuka dengan pihak yang terlibat untuk meminta maaf secara terbuka di kafeteria Wisma PTPT pada jam 6 petang ini.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

JANGAN HINA RAKYAT MACAM BANGSAT SANGAT ZAHID.

on Monday, December 14, 2015




Stetment dalam MyPPP general assembly at the Putra World Trade Center (PWTC) 13 Dec 2015.

Zahid Hamidi berkata "rakyat telah di balingkan segala macam kemudahan tetapi tetap tak bersyukur kerana mendakwa apa yang kerajaan beri adalah hak hakiki rakyat"

Aku nak komen kenyataan Zahid Hamidi ini ketika hadir AGM MyPPP.

Sedekah dalam Islam wajib dari hak peribadi, Bersyukur tanda terimakasih kepada Allah, hak exclusif Allah S.W.T.Amanah jika benar jalannya rakyat serlah terimaksih itu pada PRU tak perlu kut nak menjungjung kamu tanda terimakasih.

ok itu komen aku tentang rungutan kamu rakyat tak bersyukur.

Zahid Hamidi aku nak tegur kamu, bangsa kaum jawa ni penuh adap sopan aku tahu sbb aku pon jawa, yang kamu anggap pembahagian kerajaan kepada rakyat tu sebagai "taburkan" atau balingkan" itu kurang ajar dari mana kmu belajar?? Apakah kamu ingat hina betul rakyat ni hingga umpamakan "membaling" rezeki seperti beri binatang ternakan makan.


Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'NAJIB TIDAK PERLU LETAK JAWATAN KERANA IA AMANAH DARI ALLAH'

on Friday, December 11, 2015



KUALA LUMPUR - Exco Pemuda UMNO, Dr Fathul Baru Mat Jahaya berkata jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang disandang oleh Datuk Seri Najib Razak tidak perlu dilepaskan kerana ianya merupakan amanah dari Allah, lapor The Rakyat Post.

Jelas Fathul, Khalifah Uthman Ibni Affan juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama selaku pemerintah pada zaman beliau, namun tidak dapat melepaskan atas sebab patuh kepada agama.

“Uthman bin Affan ketika mana dipaksa meletakkan jawatan, dia kata aku tak boleh letak, kenapa? Dia bacakan hadis Nabi Muhammad S.A.W tentangnya, katanya: Wahai Osman, sekiranya ada golongan suatu ketika nanti akan memintamu menanggalkan pakaianmu yang Allah pakaikan untukmu, maka jangan sekali-kali kamu lepaskan.

“Ini bukan soal pemimpin nak kena tukar, nak kena itu nak kena ini. Ini soal nasihat dan perintah agama kepada kita,” kata Fathul ketika menyampaikan ucapan perbahasan Ucapan Dasar Presiden UMNO dalam PAU 2015 semalam.

Tambahnya lagi, setiap apa yang dikurniakan di dunia ini termasuk kuasa dan jawatan adalah amanah dari Allah kepada hambaNya. Begitu juga dengan setiap apa yang dikecapi oleh barisan kepimpinan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional hari ini adalah terjadi dengan izin Allah.

“Allah memberikan kuasa itu, kerajaan itu kepada sesiapa pun yang dia nak. Kuasa politik pada hari ini ia datang daripada rakyat, kita kena ingat, rakyat hanyalah penyebab, tetapi penentunya ialah Allah.

“Allah beri kuasa kepada Firaun, Allah beri kuasa kepada Namrud, Allah beri kuasa kepada Thalut, Allah beri kuasa kepada khalifah-khalifah Islam yang empat, Allah beri kuasa kepada kita Umno dan Barisan Nasional untuk mentadbir urus negara ini walaupun rakyat adalah penyebab, kita wajib beriman dan mempercayai ia datang dan pergi dengan kehendak Allah.

“Sebab itu saya tekankan, kesan kepada fitnah dan ujian ini cukup besar kepada manusia. Umar Al-Khatab, dia diuji dan kemudiannya dibunuh, Osman diuji dan dibunuh, Ali bin Abi Talib diuji kemudian juga dibunuh, kesan kepada ujian sangat-sangat besar, malah Aisyah juga diuji. Adakah ini bererti seseorang yang diuji itu bererti dia tidak baik, bererti dia zalim..tidak!

“Kita semua (hari ini) diuji dengan isu-isu di sekeliling kita, yang membantutkan perjalanan parti kita, dakwah kita,” katanya yang merujuk pada pergolakan yang berlaku di kalangan pemimpin atasan UMNO.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'UNDANG² BABI, PESAKIT KENA KLUAQ JUMPA ANAK' - PENGADU

on Thursday, December 10, 2015



Semalam saya terima satu screenshot daripada seorang kenalan saya yang juga merupakan seorang jururawat lelaki, Juu Hay Mie.

Screenshot ini merupakan satu review yang dikarang oleh seorang individu berkaitan perkhidmatan dan larangan di Hospital Jitra, Kedah.



Dalam screenshot ini, individu terbabit telah menekankan beberapa isu yang dirasakan bermasalah, contohnya larangan kanak-kanak 12 tahun ke bawah untuk masuk bertemu pesakit (ahli keluarga, mungkin) di dalam kawasan wad.

Kemudian dia mempersoalkan larangan yang dikuatkuasakan oleh Pengarah hospital tersebut. Selang beberapa kata cacian, individu ini kemudiannya menghalakan amarahnya terhadap pengawal keselamatan di wad terbabit. Akhir sekali, beliau mendakwa dirinya serta ahli keluarganya tidak mendapat layanan sewajarnya sebagai seorang manusia.

Artikel ini bukan bertujuan mahu memperbetulkan apa yang dikemukakan oleh individu berkenaan. Ia hanyalah sekadar pengetahuan tambahan dan peringatan kepada anda (pembaca) dan saya sekiranya perkara ini terjadi kepada kita dan keluarga agar kita dapat mengambil iktibar.

Ini penjelasan daripada saya berdasarkan apa yang saya nampak, baca, perhati dan fahami. Jika ada salah, mohon ditegur dan diperbetulkan ya?

1. Kenapa kanak-kanak tidak boleh jadi pelawat bila nak jumpa pesakit?

Sebabnya, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah mempunyai tahap imuniti badan yang rendah. Maknanya, kanak-kanak ini mudah mendapat jangkitan.

Seperti mana yang kita tahu,mana-mana wad di mana-mana hospital penuh dengan kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan dan wabak. Tambahan pula dengan kes-kes jangkitan yang semakin kalis antibiotik (resistant), jangkitan daripada pesakit dan staf kepada pelawat terutamanya kanak-kanak mudah terjadi.

Jangkitan seperti ini kita panggil sebagai 'Hospital Acquired Infection' yang bermaksud, jangkitan yang diperolehi dari institusi kesihatan.

Selain itu, kanak-kanak juga sukar untuk disembuhkan jika terkena jangkitan kerana mereka ini tiada perlindungan diri yang sempurna. Organ dalaman mereka masih belum matang. Sudahlah dengan imuniti badan yang rendah, ditambah pula dengan kesukaran untuk sembuh, maka kanak-kanak amat berisiko tinggi untuk sakit.

Ditambah lagi dengan kes-kes antivaksi yang menolak sebarang perlindungan daripada vaksin sejak kecil, sangat berisiko untuk kanak-kanak untuk melawat hospital. Sudahlah kita tak bagi pelampung, kita bawa pula anak-anak ke tengah laut.

2. Hospital bukan kawasan yang sesuai untuk kanak-kanak.

Bilamana kita sebut hospital, rata-rata kita semua tahu bahawa terdapat pelbagai jenis hazard yang ada di hospital yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pelawat terutamanya kanak-kanak.

Sebagai contoh, di setiap wad dibekalkan jarum dan digunakan hampir sepanjang masa. Walaupun jarum ini disimpan dan dibuang di tempat yang selamat serta dikendalikan dengan pengawasan, kemahiran mereka yang pakar, risiko untuk mendapat kecederaan masih tinggi.

Selain daripada jarum, di hospital juga terdapat:
Peralatan berbahaya seperti branula (jarum yang sedikit berbeza), kaca, ampule yang pecah.
Ubatan dan dadah yang berbahaya, bertoksik dan radioaktif.
Alatan tajam seperti pisau, gunting, pisau bedah, forceps.
Bahan mudah terbakar seperti tong gas oksigen, cecair alkohol dan ethanol.
Item berisiko tinggi seperti air panas, cecair dressing, cecair hygienic.
Pesakit berbahaya seperti kes suicidal tendencies, aggresive behavior, restless.
Keadaan yang tidak bersesuaian untuk kanak-kanak contohnya amputated patient, pesakit yang ada luka terbuka, kepatahan, lecur dan terbakar, external trauma yang mengerikan.

Semua perkara ini boleh menyebabkan trauma luaran dan dalaman kepada pelawat tidak kiralah sama ada pelawat dewasa atau kanak-kanak sedangkan kita yang dewasa ini juga takut nak melihat darah, inikan pula kanak-kanak?

3. Berdasarkan karangan individu ini, di mana dia menyebut tentang pengawal keselamatan, besar kemungkinan wad yang dilawatnya pada ketika itu merupakan wad-wad berprofil tinggi dan khas (specialized area) yang memerlukan pengawalan rapi oleh pengawal keselamatan. Saya pun tidak tahu sangat keadaan di Hospital Jitra tetapi menurutnya wad yang dimaksudkan berkemungkinan Unit Rawatan Rapi, Unit Pembedahan, Unit Kecemasan, Kemalangan dan Trauma, Dewan Bersalin, Unit Perubatan Saraf contohnya wad psikiatri dan lain-lain lagi.

Wad-wad ini digelar unit kawasan khas kerana ia mengendalikan kes-kes yang berbahaya dan teruk. Maka masuk akallah jika kanak-kanak tidak dibenarkan masuk ke kawasan terbabit. Kan bahaya tu? Logiklah.

4. Dan jangan kata pengawal keselamatan tak buat kerja.

Kasihan mereka, kenyataan individu ini bahawa kanak-kanak tidak dibenarkan masuk itu merupakan satu bukti yang menunjukkan pengawal keselamatan ini menjalankan tugas mereka.

Pengawal keselamatan dan unit polis bantuan merupakan satu unit pengawalan yang amat diperlukan oleh pihak hospital. Mereka inilah yang tolong memegang pesakit yang agresif, yang menjaga keselamatan pesakit dan kakitangan serta menjaga keadaan wad agar tidak dipenuhi pelawat yang datang bagaikan acara pass baton.

Dalam kes-kes absconded, lalu lintas depan Jabatan Kecemasan dan Kemalangan, mereka inilah yang akan tolong selesaikan.

5. Yang tentang pengarah itu, jika ada permasalahan, sila buat laporan secara rasmi dan sah mengikut saluran yang betul. Janganlah yakin sangat nak viralkan sesuatu isu yang akhirnya diri sendiri yang malu.

Bak kata pepatah, "kerana marahkan panadol, habis doktor dia bodohkan".

6. Kami tahu anda manusia sebab itu kami beri layanan yang bersesuaian untuk manusia. Jika kami pakar veterinari, lainlah ceritanya. Sebab kita sama-sama manusia, kita kena jaga risiko jangkitan yang boleh membahayakan manusia terutamanya kanak-kanak ini.

7. Janganlah mencarut.

Anwari Hamzah
Hospital Kuala Lumpur

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

KANAK-KANAK 7 TAHUN DICAJ MENGIKUT HARGA TIKET DEWASA. KTMB DIMAKI SECARA PUKAL NETIZEN

on Wednesday, December 9, 2015



KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui laman Twitter rasmi mereka hari ini memaklumkan kepada penggunanya bahawa tiket bagi kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas dicaj dengan harga tambang tiket dewasa, yang telah berkuatkuasa sejak 2 Disember lalu.

Bagi kanak-kanak berusia 2 - 6 tahun pula diberikan diskaun 50%. Manakala kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah adalah percuma.

Tweet KTMB yang mengejutkan itu mencetuskan rasa tidak puas hati netizen yang menganggap tindakan KTMB sudah keterlaluan dalam mengaut keuntungan.

"Rakyat tak kira dewasa atau kanak-kanak akan dicaj ketika menaiki perkhidmatan awam. Menteri dan kroni mereka pergi melancong bagai, rakyat yang bayarkan. Tak mengapalah, rakyat Malaysia memang prihatin selalu menderma untuk pemimpin dan menteri," kata Azhar.

"Kanak-kanak 7 tahun dah tak perlu pergi sekolah rendah. Terus masuk universiti. Dah dewasa kan?" sindir Rayyan.

"Cepat sungguh mereka menjadi dewasa. Umur itu ramai yang belum berkhatan lagi. Yang perempuan pun belum datang bulan lagi. Macam mana boleh jadi dewasa?" soal Ahmad Ziakari.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Edisi Wayang Kuat: "Segala tambang naik, nak suruh rakyat jalan kaki? - Khairy"




KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa kerajaan agar menghentikan segala kenaikan kos yang berlaku ketika ini.

Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan rakyat sudah tidak boleh menerima lagi pelbagai kenaikan harga yang membebankan kos sara hidup mereka.

"Pemuda mahu kerajaan hentikan segala kenaikan selepas ini."

"Enough is enough," kata Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Belia dan Sukan.

Tambahnya, Pemuda UMNO juga membantah apa jua kenaikan tol selepas ini baik untuk dua lebuh raya antara bandar ini, mahupun mana-mana lebuh raya sekalipun.

"Selama ini bila tol naik, kita minta anak muda guna pengangkutan awam. Tapi sekarang, lepas kita naikkan harga tol, tambang komuter, tambang ERL, segala-gala tambang pun naik juga."

"Apa lagi pilihan yang ada pada rakyat, nak suruh mereka jalan kaki?" soal Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Rembau itu juga turut mengingatkan kerajaan tentang janji manifesto Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

"Kalau terpaksa naikkan tol, jangan sampai tol antara bandar seperti Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur dinaikkan. Itu janji kita," tegas Khairy Jamaluddin.

Isu kenaikan kos sara hidup dijangka mendominasi perbahasan dalam Persidangan Pemuda UMNO hari ini.

Sementara itu ketika menyentuh isu 1MDB, Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan supaya memastikan tidak hanya berusaha mengurangkan hutang sebaliknya meyakinkan rakyat tiada penyelewengan berlaku.

"Defisit keyakinan di kalangan rakyat perlu ditangani," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Punca Najib sembang kencang RM2.6b dimasuk ke akaun peribadi atas kehendak penderma terjawap sayu

on Monday, December 7, 2015



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menegaskan bahawa derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya bukan dari dana awam atau syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau berkata perkara itu telah pun disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menemui para penderma dana itu. "Saya tidak melakukan sesuatu kesalahan dari segi undang-undang atau pun dari segi amalan, perkara ini telah pun dijelaskan dalam dewan Parlimen olehTimbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi).

"Penderma-penderma telah pun disahkan dan telah pun ditemui oleh SPRM dan SPRM telah pun mendapatkan kenyataan-kenyataan daripada mereka," kata Najib dalam temubual bersama stesen televisyen TV3. Temubual itu dikendalikan oleh Editor Urusan Kumpulan, Berita dan Hal Ehwal Semasa, Media Prima Bhd Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Editor Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima Bhd Datuk Abdul Jalil Hamid; dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Abdul Aziz Ishak.

Video temubual itu turut dimuatnaik di laman web www.newsplus.my/live-tv. Ditanya mengapa dana itu dimasukkan ke akaun peribadinya, Perdana Menteri menjelaskan ia adalah kehendak penderma itu sendiri dan derma itu dilakukan secara peribadi.

Beliau berkata sewaktu akaun itu diwujudkan Bank Negara telah dimaklumkan. "Jadi tidak ada niat sama sekali untuk menipu atau untuk melakukan sesuatu perkara sebab Bank Negara telah pun dimaklumkan tentang kewujudan akaun ini.

"Tapi jangan salah ertikan, akaun itu atas nama saya tetapi tidaklah ibarat macam akaun peribadi kita sendiri. Dan saya yakin bahawa setelah siasatan berjalan sepenuhnya, bahawa kebenaran akan timbul pada kesudahannya," katanya.

SPRM hari ini mengesahkan pihaknya telah menghantar pegawai ke Timur Tengah bagi mengadakan pertemuan dengan penderma dana RM2.6 bilion. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pihaknya akan mengemukakan laporan kepada Peguam Negara sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan.

SPRM bagaimanapun tidak boleh mendedahkan hasil pertemuan itu keranasiasatan masih berjalan, katanya kepada Bernama. Beliau berkata suruhanjaya itu akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara itu dari semasa ke semasa.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA PARKING KERETA DI HOSPITAL AKAN DIKENAKAN CAJ TERJAWAP

on Tuesday, December 1, 2015



PARLIMEN - Kementerian Kesihatan membuat keputusan akan mengenakan caj bagi tempat letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung bagi mengelakkan kes salahguna kawasan parkir.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pada Dewan Rakyat semalam, langkah itu adalah bagi mengelakkan individu yang tidak mempunyai sebarang urusan di hospital menggunakan tempat parkir di hospital.

Menurutnya, kementerian kini sedang menawarkan tender terbuka bagi syarikat yang ingin menguruskan tapak parkir di hospital secara sementara dengan kadar yang ditetapkan oleh kementerian.

"Kadar tempat letak kereta akan ditetapkan oleh kita dan penender yang berminat perlu mengikut kadar yang telah ditetapkan," katanya yang menjawab soalan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN Kuala Kangsar) yang mempersoalkan penyalahgunaan tempat letak kereta di hospital.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'LEBIH BAGUS KALAU RAKYAT SUSAH NAK KE LUAR NEGARA' - NAZRI

on Thursday, November 26, 2015



KUALA LUMPUR - Rakyat di negara ini tidak digalakkan untuk bercuti di luar negara, bahkan ia lebih bagus jika mereka lebih susah untuk berbuat demikian, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau lebih menggalakkan pelancong luar datang ke Malaysia.

"Saya selaku Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tidak galakkan rakyat melancong ke luar negara. Sayah anya menggalakkan pelancong luar negara ke Malaysia. Jadi, kalau suah mereka melawat ke luar negara lagi bagus," katanya ketika berbahas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2016 di Parlimen.

Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas itu disindir oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang menyatakan bahawa hanya Nazri saja yang berhak ke luar negara.

"Yang boleh melancong ke luar negara hanyalah menteri seorang sahaja," sindirnya yang menyebabkan seluruh Dewan Rakyat menjadi riuh dengan sorakan ahli parlimen yang lain.

Bagaimanapun, Nazri menjelaskan bahawa tujuan beliau ke luar negara adalah untuk mempromosi industri pelancongan Malaysia.

"Yang berhormat tahu atau tidak promosi?" soalnya.

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa berang dan geram mereka terhadap kenyataan menteri terbabit.

"Ya Allah, geramnya! Yang isteri dia keliling dunia boleh pula? Tolonglah cakap perkara yang logik sikit. Ini tidak, dah serupa nak jadi Korea Utara ke?  Semakin hari semakin bodoh para menteri Najib ni!" kata netizen.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'NAK JIMAT BELANJA, TANAMLAH SAYUR-SAYURAN, BUKANNYA BUNGA'

on Monday, November 23, 2015



PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia diminta menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri berbanding dari menanam bunga dan pokok-pokok perhiasan, demikian saranan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Katanya, dengan cara itu rakyat tidak perlu membayar untuk sayur-sayuran yang diimport yang kini harganya semakin mahal, kesan kadar pertukaran dan nilai ringgit yang susut berbanding dolar Amerika Syarikat.

"Jika 'Jom Bertani', kita tanam apa yang kita perlukan. Maka tidak ada keperluan lagi untuk membeli. Tidak akan ada isu mengenai kadar pertukaran. Jadi ini adalah langkah yang berkesan," katanya di Dewan Rakyat semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Md Akin (PKR) Bukit Katil).

"Semua orang mesti bekerja keras untuk menanam apa yang mereka perlukan sama ada sayur-sayuran, cili atau kacang tanah.

"Program 'Jom Bertani' tidak hanya untuk penduduk luar bandar. Daripada (menanam) pokok-pokok perhiasan dan bunga, warga kota boleh menanam sayur-sayuran di bahagian hadapan dan belakang rumah. Kita juga boleh tanam sayur-sayuran di balkoni bilik tidur," katanya berseloroh.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA JEMAAH TABLIGH DILARANG BERMALAM DI SURAU TERJAWAP SAYU



Jemaah datang dari jauh, kadangkala sebelah taman sahaja. Namun adakalanya dihalau, adakalanya tidak dibenarkan menumpang walaupun satu malam sahaja.

Sungguh kalian sedang melakukan apa ini? Mereka menyeru orang kampung dan taman kalian kepada Allah, kepada mengimarahkan masjid. Mereka usahakan iman mereka, mereka turut mengajak tuan-tuan mengusahakan iman.

Mereka datang dari jauh-jauh meninggalkan anak isteri sebentar berkorban waktu kerja demi agama Allah. Jika mereka nak tidur di hotel, boleh sahaja. Bukannya mereka tidak mampu. Namun masjid adalah tempat turun rahmat Allah, tempat terbaik untuk islah diri.

Apabila dihalau orang-orang usaha agama ini, tidakkah takut kalian akan bala Allah yang mungkin tiba pada bila-bila masa? Lupakah kalian akan tawaran Allah dan malaikat penjaga gunung kepada Rasulullah tatkala baginda dihalau oleh penduduk Taif?

Sungguh kalian seolah-olah mengikuti yahudi dan nasrani sedikit demi sedikit.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'BERDOSA TAK BAYAR ZAKAT MELALUI KERAJAAN' - PPZ

on Wednesday, November 18, 2015



KUALA LUMPUR - Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Che Mat Che Ali menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang tidak mahu membayar zakat melalui pusat zakat yang disediakan oleh kerajaan yang memerintah dianggap berdosa.

Bagi menyokong kenyataannya itu, beliau turut membacakan ayat Al-Quran yang menyeru umat Islam agar taat kepada Allah, Rasul dan pemerintah.

"Seperti yang Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 2006 sebut, kena bayar kepada pemerintah. Tetapi ada pihak yang tidak membayar kepada pusat zakat, hukumnya sah tetapi berdosa.

"Sebab ini kerajaan. Kalau dibayar secara terus, nanti orang yang kita rasa nak bayar, ramai yang bayar di situ sedangkan jika melalui sistem agihan Baitulmal, kita ada data siapa yang benar-benar orang yang layak atau tidak," katanya dalam sidang media selepas selesai Majlis Penyerahan Zakat Koperasi 2015 di ibu negara.

"Agihan ini kena adil. Kita tidak mahu orang buat aduan. Mungkin tidak adil untuk dia mendapat sumbangan dari orang lain. Kita mencari pahal dan berkat tetapi kalau buat begitu, nanti orang lain akan kecewa," katanya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA KEMENTERIAN KESIHATAN CADANG KENAKAN DUTI EKSAIS BAGI VAPE TERJAWAP AKHIRNYA

on Thursday, November 5, 2015



KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menimbang cadangan untuk memperkenalkan duti eksais untuk rokok elektronik atau vape untuk mengurangkan jumlah perokok di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, kementerian sedang mengkaji cadangan itu berdasarkan perundangan.

"Jika rokok dikenakan caj duti eksais, kita boleh berbuat demikian untuk rokok elektronik. Kami akan kaji dan lihat dari segi undang-undang.

Buat masa ini katanya, premis-premis yang menjual cecair vape yang mengandungi nikotin perlu memohon permit dari biro farmasi.

"Nikotin adalah di bawah akta racun. Jika mereka tidak mempunyai permit, maka ia adalah satu kesalahan dan tindakan boleh diambil terhadap mereka.

Ditanya mengenai reaksi pengguna yang mendakwa bahawa KKM mahu mengharamkan rokok elektronik kerana tidak dikenakan cukai, beliau berkata kementerian membuat cadangan itu kerana adalah tanggungjawab mereka mengutamakan kesihatan rakyat.

"Dalam setahun, mereka yang menggunakan vape semakin meningkat. Itu yang membimbangkan pihak kementerian. Sekarang ia mula mempengaruhi anak-anak muda.

"Ia nampak seperti tiada kesan sampingan pada kesihatan tetapi sebenarnya ada. Ia akan menjadi lebih teruk dalam tempoh beberapa tahun akan datang," katanya

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

(VIDEO) PUNCA MARAH MAK DEPAN ORANG RAMAI TERJAWAP

on Wednesday, November 4, 2015



Video seorang lelaki memarahi ibunya di sebuah pusat perubatan tersebar di laman sosial pagi ini.

Video berdurasi 1 minit 36 saat itu menunjukkan lelaki terbabit membebel-bebel memarahi ibunya dengan nada yang jelas sehingga menarik perhatian orang lain yang secara tidak langsungnya telah memalukan ibunya.



Marah Mak Depan Orang Ramai
(Video) Marah Mak Depan Orang Ramai. Selanjutnya http://goo.gl/nDj0hz
Posted by My Media Hub on 4hb November 2015


Bagaimanapun tidak diketahui punca anak lelakinya itu marah.

Tidak tahan mendengar dan menyaksikan sikap biadab itu, seorang lelaki pula menegur dan meminta dia berhenti memarahi ibunya. Malangnya tidak diendahkan dan berlaku pertikaman lidah di antara mereka berdua.

Ibu lelaki itu pula kelihatan cuba menyuruh lelaki berbaju biru itu bertenang dan membiarkan masalah mereka.

Orang ramai juga menghalang lelaki itu dari terus mencampuri urusan dua beranak tersebut.

Ingatkan sudah reda, namun si anak lelaki tadi kembali menyambung memarahi ibunya yang sesekali dilihat mengesat matanya berkemungkinan menangis.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

 
© AANS BLOG All Rights Reserved