Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Berita Baik Bagi Pengemar Kopi. Rani Kulup Akan Lancarkan Kopi Sendiri Jenama "Kopidap"

on Friday, February 12, 2016



PETALING JAYA: Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih mesra dengan nama Ayah akan melancarkan minuman kopi jenamanya sendiri iaitu 'Kopidap'.

Rani Kulup yang juga Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah berkata pelancaran kopi itu akan dibuat di sebuah restoran di Shah Alam pada minggu hadapan.

“Tarikh (pelancaran) kita akan beritahu. Kopi ini diusahakan bersama rakan-rakan ayah seramai tiga orang.

“Kita akan pasarkan secara besar-besaran di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya sebagaimana lapor FMT.

Selain itu, Rani Kulup juga turut mendedahkan kopi Kopidap itu lebih istimewa berbanding kopi yang ada di pasaran.

“Kita ‘special’ sikit, nanti ayah bagi tahu minggu depan,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Roti canai 50 sen di Port Dickson semakin ‘meletup’

on Monday, January 11, 2016



PORT DICKSON - Kedai M2 Kak Anati yang menjual roti canai berharga 50 sen sekeping semakin diserbu pelanggan sehingga pengusahanya tidak menang tangan, sejak kisahnya disiarkan di Sinar Harian, 5 Januari lalu.

Pengusaha kedai, Siti Salasiah Sareh Alang, 50, berkata, sejak kisah mengenai roti canai murahnya  disiarkan akhbar ini, seterusnya menjadi viral di laman sosial, jumlah pelanggan terus naik mendadak.

Menurutnya, dia tidak menyangka sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan jumlah roti canai yang dibuat juga terpaksa ditambah kuantiti.

“Orang yang datang kebanyakannya pelanggan baru dan Alhamdulillah pelanggan tetap kedai ni masih datang seperti biasa.

“Suami saya tak henti-henti mencanai dan menggoreng roti canai yang ditempah pelanggan. Sementara saya dengan dibantu anak ambil serta hantar pesanan termasuk urusan buat air, basuh cawan dan pinggan mangkuk,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kedainya di tingkat satu Terminal Bas Port Dickson, di sini.

Siti Salasiah berkata, selain roti canai, dia turut mengusahakan perniagaan nasi bajet dengan menu nasi putih, ayam goreng berempah, sayur dan air sirap berharga RM4.50, bagaimanapun terpaksa dihentikan berikutan mahu menumpukan kepada permintaan roti canai.

“Dengan roti canai ni dah tak menang tangan nak siapkan tempahan pelanggan. Akak bersyukur sangat... Alhamdulillah orang ramai datang nak makan roti canai ni dan berharap ia akan berterusan.

“Bagaimanapun akak tetap akan usahakan mencari ruang untuk buat semula nasi bajet ni sebab memang ada banyak permintaan,” katanya.

Menurutnya, persediaan membuat roti canai, menguli tepung akan dilakukan pada sebelah petang oleh suaminya, Adnan Idris, 52, untuk dijual pada keesokan paginya.

“Kedai ini akan beroperasi seperti biasa pada jam 8 pagi hingga jam 7 malam setiap hari,” katanya yang turut dibantu anak keduanya Mior Syahmi Faiz, 21.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

MEMANG TERBAEKLAH NASI LOMAK LEGEND KEK SEREMBAN 2 NI!!

on Monday, January 4, 2016



Satu malam dalam pukul 10 songah, isteri den mengidam pulak nasik lomak. Pembawakan budak. Mengandung 3 bulan.

Den koba

" Mano nak caghik nasik lomak malam2 ni yang oi?"
.
" Ala awak ni. Caghik la kek Somban 2 ni. Anak dalam poghut ni yang nak nasik lomak. " sambil usap2 poghot eh. Tesongeh2 macam kerang sumbing.

Anak nak makan ko dio yg nak makan ni. Kang xdi caghi an merajuk pulak.
Maleh den nak pujuk. Xdapek kang kompunan.

" Dapek nasi lomak ayam berempah sodap yo bang. Onomnom. Lagi2 kalau org kito yg buek ".

SAPO TAK SAYANG BINI OI?

Dek sayang eh den pon poie boli. Start motor mondobu la den poie riki2 nasik lomak sekitar Somban 2.
.
Sampai yo kek dopan SK Wawasan Seremban 2, den bonti. Nampak 1 gerai ponoh beratur org.

"NASI LEMAK LEGEND"

Tu deh, beratur org moli. Power marketing eh te kau eh. Buka dari pukul 6 ptg sampai 12 malam.

Den pon nyolit2 beratur sekali. Sampai turn den, den order 1 Nasi Lemak Legend Ayam Berempah.
.
Dah boli mencicit lah den balik umah. Mosti suko isteri den.

" Ayang, nah nasik lomak legend ayam berempah. Try la. Abg boli 1 yo. "

" Wah bang, sodap nampak ehh. 😍😍. Mano abg moli ni. Ponoh isik eh. Longkap.
Ado timun eh, kacang eh, ikan bilis eh, telur rebus eh. Yang ponting ayam eh nampak sodap"
.
Isteri den amek sesudu, di ghaso eh. Lolap mato eh sambil ngunyah.
TIBO2 TERBUNTANG MATO EH!

" Ummang ngai!! Apo lak sodap bona ni bang? Macam mak ayang buek. Nasik eh teraso santan eh. Sambal eh podeh xpodeh. Manis2 sikit.

Ikan bilis eh garing. Timun eh fresh. Fuhhh. Kombinasi yg terbaekk!

Ayam eh bang, rangup. Teraso rempah eh. Sotiap gigitan tu bang, ya ampunnn. Teraso macam tongah torbang. Tebawak2 lam mimpi ".

Menolan air liur den donga isteri kan bagi komen. Rugi lak ai den moli satu yo. Tau td den boli 2.

"Alaaa. Yang, abg nak ghaso sikit ha. Suap an la sikit"

" Alamak bang, da habih lak. Lapar boto anak abang lam poghot ni. Hahaha. Esok abg boli laie yo. 😜 "
.
Tak po lah. Walaupun den xdapek ghaso, nengok isteri kesayangan den makan pon dah cukup. Esok malam den nak boli 10.





PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Roti canai hanya 50 sen di Port Dickson




PORT DICKSON -  Kedai M2 Kak Anati kelihatan sama seperti gerai lain yang terdapat di tingkat 1 Terminal Bas Port Dickson, namun kedai yang diusahakan Siti Salasiah Sareh Alang, 50, itu mendapat perhatian ramai bukan sahaja kerana menghidangkan roti canai yang enak tetapi ia dijual dengan harga 50 sekeping.

Harga hidangan popular dan kegemaran ramai itu murah berbanding dengan yang ditawarkan oleh kedai lain, malah ada yang menjualnya dengan harga RM1.20 sekeping untuk roti canai kosong.

Bukan sahaja murah, tetapi lebih penting  rasanya juga enak ditambah dengan kuah dal dan sambal menjadikan ia hidangan yang sangat berbaloi.

Menurut Siti Salasiah, dia mula menjual roti canai kosong dengan harga 50 sen sejak Julai 2014 dan sehingga kini masih mengekalkan harga tersebut.

“Jual dengan harga 50 memanglah tak untung besar, tapi masih ada untung. Menu lain yang dijual di sini juga menawarkan harga yang berpatutan, boleh kata harga makanan kat sini macam harga dekat kampung-kampung.

"Walaupun sebenarnya akak berniaga di tengah-tengah Bandar Port Dickson yang banyak persaingan dan harga bahan mentah juga tidak kurang mahalnya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Siti Salasiah berkata, pada hari tertentu dia juga membuat promosi seperti Sarapan 1 Malaysia dengan hanya RM1.

“Dengan RM1, pelanggan boleh menikmati roti canai dan teh atau kopi O. Promosi ini saya buat sejak 31 Disember 2015  dan berakhir hari ini (semalam) sempena sambutan tahun baru.

“Sambutannya sangat menggalakkan malah ada pelanggan yang meminta agar saya meneruskan promosi ini sehingga hujung tahun.

“Dan hari ini (semalam) saya mula menjual nasi budget serendah RM4.50 dengan menu nasi putih, ayam goreng berempah, sayur dan air sirap dan jenis lauk akan berubah setiap hari,” katanya.

Ibu kepada tiga orang anak ini berkata, pengalaman hidup dan ekonomi keluarganya yang sederhana mendidik dia untuk berniaga sambil beramal.

“Dalam perancangan, akak nak kekalkan harga tu sampai bila-bila selagi masih berniaga, dan akak niatkan sebagai sedekah.

“Akak sebenarnya adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bantuan persekolahan anak-anak, Alhamdulillah seorang baru tamat bejakar di UTM, Skudai, seorang lagi sudah bekerja dalam bidang perniagaan dan yang bongsu berada di tahun ketiga Kolej Vokasional Kuala Klawang.

“Akak  pasti kejayaan anak-anak juga hasil berkat doa pelanggan yang datang ke sini,” katanya yang merupakan penerima Bantuan 1Azam dari JKM membabitkan gerai, peralatan dapur, payung, generator dan wang RM2,700 pada Mac 2014.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

7 SET AYAM PENYET TAKDE SAMBAL + NASI PUTIH IKAN TALAPIA RM218 DI PORT DICKSON CETUS KEKELIRUAN

on Wednesday, December 30, 2015



Siapa-siapa yang pergi ke Port Dickson, mohon berhati-hati dengan kedai ini yang berdekatan dengan Telok Kemang.

Aku tak faham apa yang mahal sangat dengan makanan yang ada. Sudahlah servis macam 'haram', tunggu makanan dahlah lama. Harga paling tak diagak.

Dengan set makanan yang tak lengkap semua, ayam penyet tak ada sambal. Bila diminta, kena tunggu lima minit. Tapi datangnya selepas nasi sudah habis dimakan.

Bila keluar bil harga makan untuk tujuh nasi ayam penyet yang tak ada sambal itu dengan nasi putih ikan talapia, RM218.

Kalau aku silap dengan harga ini, minta maaflah. Tetapi lebih baik makan makanan laut kalau dah harganya begitu. Mohon siapa-siapa yang pergi ke area Port Dickson berhati-hati dengan kedai ini sebab keluarga saya sendiri yang terkena. Terima kasih. - Yaya Chicha

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

UMMANG HAI SODAP EH CENDOL DURIAN, KEK BATU KIKIR NI

on Thursday, December 24, 2015



Namo den Ahjib. Semalam den poie Batu Kikir. Bini den, Rose suh poie pasar Batu Kikir boli udang. Nak masak gulai sebelango koba eh.

Dalam pukul 11.30. Matahari moncanak boto. Paneh yang amek. Bepoloh2 den dibuek eh.

Tokak koring lak. Dapek makan cendol sodap ni. Dalam kepalo dah terbayang dah ni cendol.

" Haa, singgah kek Cendol Retro jap lah. Dah bukak dah ni. Dio bukak dari 11pg -6 ptg. Hari Ahad yo tutup " den koba dalam hati.

Sampai yo kek Cendol Retro, tesongeh2 den nengok pelanggan eh. Ramai. Ado dalam 7-8 org maso tu. Baguih, camni lah deh. Support org Melayu beniago.

Dongar eh, ado cawangan satu lagi kek Seremban. Di Taman Ampangan , Nasi Ayam Hainan Kak Lina. Hebat org Tikir ni.

Dah duduk tu den order Cendol Durian. Ngidam lak nak raso durian.

Sampai yo cendol den

" UMMANGHAII. TEGAMANG DEN "

Seuleh godang durian eh. Sekali den suap, perghhh. Cendol eh kenyal2 lembut, santan eh teraso fresh eh. Manih2 sodap. Bilo makan lak dgn durian.

BUNTANG MATO DEN. NIKMAT EH TAK TERKATO.

Rugi korang kalo tak ghaso ni. Den order sekali ROTI ARAB. Memang sodap lah roti eh. Mencanak poie eh. Cicah lak dgn Kari Daging. 😍

Ado gak menu lain. Cendol Pulut ,Jagung , Kacang merah , Ice cream dan Durian ( ikut musim )Lai Chi Kang, ABC , ABdol , Pulut Mangga , Pulut Durian.

Dalam sibuk den nikmati cendol durian den, lupo lak bini den nak masak udang. Osah boto. Pueh la dio nunggu. Sampai pkol 1 den nonggok minam cendol.

"Paghah ni, marah Rose lopih ni. Apo kato den tapau kan cendol durian. Harap dio xmarah".

Den cadangkan korang ghaso Cendol eh. Serius terus hilang dahaga den.

Kalau tak tau mana tempatnya boleh terus search di WAZE anda. Search : CENDOL RETRO.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

ISU MAKAN DALAM PAMPERS: 'KALAU CUKUP BERSIH UNTUK ANAK, MESTILAH CUKUP BERSIH UNTUK KAMI'

on Wednesday, December 16, 2015



Susulan tersebarnya majlis 'Baby Shower' gaya hispter 'Makan Dalam Pampers' tempoh hari, tampil seorang wanita yang dipercayai salah seorang jemputan ke majlis berkenaan memberikan reaksinya terhadap isu yang telah menjadi bualan hangat netizen.

Individu yang kami enggan dedahkan namanya itu tampil menjelaskan bahawa gambar yang tersebar itu adalah gambar peribadi yang tidak seharusnya diambil tanpa kebenaran. Beliau juga menyelar tindakan sesetengah pengendali laman blog yang tidak mengaburkan wajah rakan-rakannya sehingga mendatangkan kesulitan ke atas tuan empunya badan.

Jadi, demi keadilan semua, adalah wajar orang ramai memberikan peluang pada mereka untuk memberikan penjelasan.

"Pada hujung minggu, saya telah menghadiri majlis kesyukuran untuk rakan yang mengandung. Salah seorang penganjur telah mengusik kami untuk menggunakan pampers untuk memakan kek, seperti gelagat 'Teka Coklat Di Pampers'. Ada antara hadirin yang tidak sanggup, tapi ada antara kami yang tidak kisah - seperti dikatakan, kalau cukup bersih untuk anak, mestilah cukup bersih untuk kami.

"Sungguh tidak disangkakan gambar-gambar tersebut diviralkan - beberapa laman telah mengambil gambar tersebut di Instagram tanpa etika atau tatacara, tanpa menyorokkan muka atau nama akaun, dah seterusnya, penuh dengan kemarahan 'keyboard warriors'.

"Setiap individu ada hak untuk berbicara bebas, dan setiap individu juga ada hak untuk membuat yang mereka suka dalam hidup sendiri, selagi tidak menyakiti orang lain dalam proses.

Terdapat, bagaimanapun, adab tertentu untuk setiap keadaan.

"Pertama sekali, ini adalah satu acara peribadi dan jenaka yang diambil di luar konteks. Kami sekumpulan rakan yang sedang meraikan rakan yang lain, dan walaupun, sesetengah orang mungkin berpendapat tindakan itu tidak patut, tidak bermakna anda dapat mengambil gambar peribadi dan menyebarkan ke seluruh Internet.

"Kedua, jika niat adalah untuk 'menasihati', terdapat cara yang lebih baik untuk melakukannya; tidak termasuk jenis komen daripada orang ramai - dari kata-kata memaki ibu mengandung, hingga bermacam-macam kata kasar yang lain.

"Sebagai manusia, memang ada salah silap, tapi itu lah kekurangan kami semua sebagai manusia. Mungkin mereka telah mendapat teladan daripada peristiwa ini, tapi dosa kata-kata kasar boleh la tanggung sendiri. Bukan tak boleh tegur, tapi buat lah dengan cara yang baik, sebagaimana akan menegur keluarga sendiri.

"Saya berharap orang-orang ini belajar untuk menjaga kata-kata mereka, dan mengharap bahawa karma tidak melantun kembali kepada anda apabila membuat kesilapan dan mengumumkan keaiban anda kepada dunia," katanya

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA GADIS CUN MELECUN MAKAN DALAM PAMPERS TERJAWAP DENGAN JAYANYA

on Monday, December 14, 2015



KUALA LUMPUR - Seorang wanita memuat naik gambar beberapa individu sedang memotong kek dan menggunakan lampin pakai buang bagi menggantikan pinggan, viral di media sosial.

"No plates today! Fine dining in nappies at @ajjrinaann's baby shower," kata @vivyyusof

Majlis baby shower Ajjrinaan itu kini dikritik dan diserang oleh netizen tanpa henti yang menganggap mereka mengamalkan gaya hidup hispter yang agak keterlaluan.

"Dalam pampers itu ada bahan lapisan gel untuk keringkan air. Tak fikir bahaya ke makan atas tu? Memang sah sakai ini perempuan. Lagi sakai dari manusia kuno. Apsal kau tak tuang nasi dalam jubo baby kau je dan makan dalam tu? Barulah kami respek dengan kebodohan kau. Memalukan agama ini betina," kata Baichotta Chotti.

"Sayang lampin pakai buang itu. Boleh simpan untuk bakal bayi baru lahir. Bagi orang miskin, tak mampu nak beli pampers. Kalau tengok gambar ini, mesti mereka sedih bila melihat orang yang berada buat begini. Kalaulah Allah tarik nikmat yang anda sedang nikmati sekarang, baru anda tahu apa yang orang susah rasakan," kata Baarizah Kamal.

"Kesian, gaya majlis ini macam orang yang agak berduit. Paper plates pun tak mampu nak beli dan yang paling menyedihkan pampers yang levelnya di bontot anak-anak, yang tugas pampers menampung air kencing dan berak anak juga dijadikan sebagai bekas makanan. Tak ke bangang namanya konsep dibuat?" kata Herni Hamzah.

"Ya ampun. Seperti yang semua tahu, benda itu semua untuk tampung najis bayi. Tak kisahlah diapers itu bersih atau tidak, mahal atau murah, tetapi janganlah sampai letak rezeki Allah iaitu makanan. Agak menjijikkan! KAlau sayalah yang diundang, tak rela nak makan, tak pun terus balik," kata Alooya Zieha.

Berikutan gambar tersebut telah menjadi perbualan hangat di media sosial, individu terbabit telah pun membuang gambar-gambar berkenaan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

PUNCA WANITA BAWA ANJING MAKAN DI KFC YANG RAKYAT MALAYSIA HARUS TAHU TERSEBAR

on Wednesday, December 9, 2015



TAWAU - Gambar seorang wanita membawa anjingnya baka Chihuahua ke sebuah restoran makanan segera di Tawau, Sabah, viral di laman sosial.

Insiden berkenaan berlaku di Kentucky Fried Chicken (KFC) Pasaraya Giant Tawau. Wanita terbabit membawa anjing peliharaannya masuk ke premis itu tanpa mempedulikan pelanggan yang lain.

Difahamkan, kakitangan KFC yang menyedari tindakan wanita itu terus menegur perbuatannya yang telah melanggar larangan yang tertera di pintu masuk premis dan meminta wanita itu membawa haiwan peliharaannya keluar.

KFC Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kebersihan premis cawangan mereka kekal terjamin.

"KFC Malaysia amat mengambil berat tentang kebersihan restoran kami dan memastikan bahawa perniagaan kami menepati garis panduan Halal yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Nak Donut Murah? Abang Ini Jual Dengan Harga RM0.10 Sahaja Di Seremban

on Friday, December 4, 2015



Sedang rancak dikongsikan pelayar media sosial adalah kisah seorang lelaki yang bernama Muhammad Waliuddin Chia Chen yang menjual donut di Flat Maluri, Cheras.

Lebih mengejutkan dia hanya menjual kuih tersebut dengan harga RM0.10 sahaja, satu harga yang mungkin mustahil untuk kita perolehi di waktu ini, apatah lagi di kawasan-kawasan bandar besar.

Ramai menyifatkan Muhammad Waliuddin sebagai seorang yang sangat pemurah dan baik hati.

Sebelum ini beliau dikatakan pernah bekerja di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.

Lelaki ini juga disifatkan mereka yang mengenalinya sebagai seorang yang sentiasa tersenyum dan sering ke masjid untuk solat berjemaah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'ASTAGHFIRULLAHALAZIM! SAYA TERMASAK SPAGHETTI BABI!'

on Sunday, November 22, 2015



Kepada peminta spaghetti terutamanya Prego, sila baca.

Saya ingin menasihatkan anda agar berhati-hati membeli sos tomato yang digunakan untuk memasak speghetti. Apabila membeli makanan yang diimport dari luar negara, bacalah label kandungannya terlebih dahulu.

Di bawah, cerita dari seorang penggemar Spaghetti:

Semalam, setelah memasak nasi, udang goreng dan sebagainya. Anak saya nak makan mee spaghetti. Memandangkan bahan-bahannya semua cukup, saya pun masaklah.

Bila spaghetti selesai dimasak, anak saya Kamal pun bertanya;

"Umi, daging kecil yang masin sedikit itu daging apa?" soalnya.

"Rasanya seperti keju balls. Dikunyah rasa masin-masin," kata abangnya, Salim.

Kamal makan sampai dua pinggan. Sedap sangat spaghetti yang Ummi masak, katanya. Kebetulan pula speghetti itu makanan kegemarannya. Saya cuma makan sepinggan kecil, sekadar mahu merasa sahaja.

Setahu saya, sauce spaghetti biasanya tomato dan kadang kala ada cendawan. Tetapi yang ini pula agak lain sedikit. Saya pun terus bergegas ke dapur dan melihat botol sauce yang diberikan nama Italian Sausage for Spaghetti keluaran Prego, made in USA.

Ligat mata membaca label pada botol. Hati sudah tidak sedap, tekak sudah rasa mual seperti wanita hamil. Tiba-tiba terlihat Ingredients: Tomato, etc semua dan Pork Minced Meat!

Astaghfirullahalazim. Saya masak spaghetti dan saucenya mengandungi babi. Yang dah termakan babi, semuanya terperanjat! Yang nak diet anak perempuan Maryam dan adik lelaki Muhammad terselamat kerana mereka makan nasi.

Kuah sauce spaghetti dengan kualinya sekali saya buang. Yang tertelan spaghetti babi terludah-ludah kesal tak sudah. Semoga Allah mengampunkan dosa kerana alpa untuk membaca label makanan sebelum membeli. Saya kira sauce tomato manalah ada letak daging babi.

Kata orang tua-tua, mimpi makan daging babi nak dapat rezeki. Tetapi kalau makan bukan-bukan dalam mimpi apa nak jadi? 40 hari doa tidak dikabulkan Allah andainya makan benda-benda haram.

Astaghfirullahalazim. Siapa-siapa yang ada air zam-zam, mintalah sedikit. Saya nak bersihkan perut yang termakan babi. Tolonglah, sampai sekarang rasa jijik dan mual. Taubat tak nak masak spaghetti itu lagi. - Penggemar Spaghetti teraniaya

Jadi, ambillah iktibar dari cerita ini. Sebelum membeli sesuatu barangan itu, bacalah labelnya terlebih dahulu. Jangan sampai jadi seperti ini.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'PATUTLAH MASIN! "ASAM KEPING" RENDAM SEKALI'

on Monday, November 16, 2015



Gambar tiga wanita sedang membuat sayur masin tersebar di laman sosial baru-baru ini mengundang rasa loya netizen.

"Ini bukan setakat masin, pakej masam sekali!" kata netizen.

Gambar yang tersebar itu tidak diketahui lokasi sebenarnya. Namun apa yang boleh kami pastikan ialah perkara itu tidak berlaku di Malaysia dan berkemungkinan besar berlaku di negara jiran berikutan pencarian kami mendapati gambar tersebut mula dimuat naik ke laman sosial dari negara berkenaan.

Bagaimanapun, netizen mempertikaikan tahap kebersihan sayur masin yang disediakan itu berikutan tiga wanita terbabit masuk ke dalam 'kolam' yang digunakan untuk merendam sayur sawi tersebut bagi memilih sayur-sayur masing itu diletakkan dalam bekas besar untuk dibungkus dalam paket.

"Aduh, itu kan makanan. Sudahlah tidak mematuhi kebersihan, manalah tahu berpeluh ke, badan berkurap ke, berkudis ke, boleh pula diorang masuk dalam kolam rendam macam tu je. Hilang selera aku nak masak sayur masin hari ni," kata Alfiah.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Awe Yong Tau Foo Paroi Jaya Memukau Selera

on Friday, October 30, 2015



Siapa disini taksub makan Yong Tau Foo??? Bagi Admin kombinasi yong tau foo yang terbaik mestilah pada sos yang cukup PADU & PEDAS. Barulah rasanya menusuk ke sanubari admin. Heee Di Awe Yong Tau Foo, mereka menjual yong tau foo sup bersama kuah (Ibarat macam steamboat) dan yang paling penting Mereka menggunakan Sos Pedas rahsia mereka. Resepi sos mereka apa?? Nama pun rahsia, mana boleh bagitahu resepi. Heeee

Alamat :
Persiaran Rajawali/Jalan Nuri, Taman Paroi Jaya, Seremban, Negeri Sembilan

Masa Operasi :
5.30ptg - 12.00mlm (Isnin - Sabtu)

No Tel :
011-23200678

Facebook :
https://www.facebook.com/Awe-Yong-Tau-Foo-Paroi-Jaya-860466107380635/timeline







PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'INI NAMANYA LAUK BELUM GAJI' - PAK GUARD

on Wednesday, October 28, 2015



Tadi... petang tadi..

Saya melintasi sebuah meja pengawal keselamatan di parking sebuah shopping mall. Pengawal berkawal dengan sebuah meja lipat kecil dan kerusi plastik.

Ketika melintasi, Pakcik guard tu baru nak makan, bekalnya atas meja, dan dia sedang cari sudu dalam beg dia. bila nampak saya pandang dia, dia seolah cuba menyorok-nyorok makanan dia. Saya senyum, saya dah nampak bekal dia. Nasi putih, ada kicap sikit, ada ikan bilis goreng dengan petai dan bawang-bawang goreng. Saya berdiri berdekatan menanti lif terbuka. Pakcik jumpa sudu dan mula makan.

Secara jujur saya memang berselera tengok menu itu. Jujur juga saya cakap, "sedap tu pakcik, saya suka," pakcik tu senyum. "Makanan orang kampung," kata dia. Kemudian, dengan nada gelak-gelak dia cakap, "ni namanya lauk belum gaji," saya juga cuba tersenyum, tetapi pahit, tidak jujur senyuman saya, ia perit ditelinga saya. Saya mahu menangis. (itu kepakaran no.1 saya, cengeng).

Kalau masa itu, saya ada sekotak KFC, pasti saya terus beri pada dia, tetapi ditangan saya ketika itu, ada siakap mentah 2 ekor, dada ayam mentah 3 keping, dan lain-lain barang kering, nak bersedekah duit, saya memang jarang bawa cash yang banyak, selepas dah habis beberapa puluh ringgit beli bahan-bahan tadi, baki cuma ada beberapa ringgit sahaja. Ralat pula tidak keluarkan duit tadi.

Lif sampai, baru selangkah kaki, Allah gerakkan hati, teringat kawan saya tadi datang pejabat saya ambil sambal hitam dan beri saya RM20, saya letak dalam ucang kecil duit saya. Sempat saya keluar lif balik, cari uncang duit saya, argh rezeki, ada note RM20 disitu. Saya dekati meja pakcik guard tu, saya selit duit tu bawah bekas penutup makanan dia, dan saya terus pergi. Pakcik tu berhenti menyuap, pandang saya. saya senyum dan tak jadi tunggu lif lagi, saya terus berjalan arah eskalator, takut saya menangis pula.

Saya lebih rasional kali ini, tidak tergamam seperti sebelum ini, kalau kalian masih ingat kisah RM5 di stesen minyak Petron yang pernah saya tulis sebelum ini, ketika kejadian sedekah baki RM5 di pam minyak tempoh hari, saya tergamam, tidak boleh berfikir, terus masuk kereta dan menangis, tidak terfikir nak sedekah lebih kepada adik motor tu. kali ni saya agak rasional, dan tenang.

Kalian....

Insan-insan macam pakcik ni dihadirkan kepada kita untuk kita terus bersyukur, bukan untuk kita terus mendabik dada. Allah pilih kita untuk melihat semua ini, dan menduga kita sejauh mana ehsan kita pada orang lain. Kadang Allah hantar kucing mengiau-ngiau di kaki kita minta makanan, apa reaksi kita? Berilah walau cuma sisa makanan.

Di saat kita sudah tidak tahu hendak makan apa sebab banyak pilihan, sebab dah jemu makan lauk ikan, lauk ayam, lauk daging, dan jemu makan nasi putih, nasi arab, nasi itu nasi ini, pakcik ini mengingatkan kepada saya ada orang yang tidak punya banyak pilihan, makan untuk hidup, dan bukan hidup untuk makan. Saat kita buntu dan termenung di dapur bingung nak masak apa, atau berdiri terpacak depan kaunter restoran makanan segera bingung nak order makan apa, saat kita termenung memandang deretan menu dalam senarai menu di restoran, rupanya disaat yang sama, mungkin ada orang bingung nak makan apa hari ni sebab duit yang ada cukup untuk beli segenggam ikan bilis cuma.

Maka apa lagi kita perlu kata, Syukur atas rezeki dariNya.

Dalam rezeki saya hari ini, rupanya bukan milik saya semuanya. Tertulis oleh DIA, itu hak orang lain juga, saya cuma perantara, tiada yang pelik.

P/s : Ada orang tegur saya tak payah tulis buat kebaikan. Biar orang lain tidak tahu. Maaf, tujuan saya cerita bukan nak tunjuk kebaikan dibuat. "Isi cerita" dalam posting ini bukan pada nilai RM20 itu. Bacalah dengan hati apa yang ditulis itu anda akan faham.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

KISAH BENAR: Peniaga muda MELAYU kurang ajar di Taman Tasik Jaya Senawang!

on Sunday, October 4, 2015


.

Lokasi kejadian: MAHA CENDOL, TAMAN TASIK JAYA, SENAWANG N.sembilan.

Petang tadi aku tersesat jln di area senawang Seremban. Dipenghujung simpang berhampiran traffic light, aku ternampak satu gerai tertulis MAHA CENDOL. Aku pun singgah nak tanya penunjuk jln. Tekak pun rasa haus.

Aku order semangkok cendol durian dengan rojak sotong sepinggan. Dalam menunggu dtg budak melayu, berjanggut panjang jugak. Boleh tahan ramah jugak budak ni. Aku budget owner la ni. Tunggu punya tunggu, sampai la cendol durian & rojak sotongnya yang orang kata sedap sangat tu!

Aku buat relax je la. Baru sesuap masuk mulut, woiii kurang hajak betoi!! Berdiri aku! Apa punya resepi kau buat ni??!! Ni la dia kalau orang melayu meniaga!! Kombinasi cendol durian dia, perghhh terbaikkk woiii!! Pure, manis, melekat, melekit dekat tekak gua cakap luu!! Ini cendol durian terbaik pernah aku rasa.

Sedap manis melekat dgn jagong dan kacang merah Rojak sotong dia?? Haaa yg ni betoi gila punya! Bak kata Ahmad Nispu dlm filem ibu mertuaku "Aku pusing seluruh Malaya termasuk Singapura, tak pernah jumpa rojak pasembok sesedap ini." Rupanya ptg itu bukan tersesat tapi terbaiikkk broo.

Tak pernah terfikir orang melayu, budak muda pulak tu boleh buat cendol dgn rojak sesedap ni. memang terbaikkkk!!! Korang kena cuba la kalau nak tau kuajaq tak kuajaq cendol dengan rojak dia. Sekian, cerita peniaga melayu kurang ajar. Hihihi. Terima kasih membaca catatan aku


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'DIA CAMPUR DARAH HAID & AIR MANI DALAM MAKANAN SAYA'

on Thursday, October 1, 2015



Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih tujuh tahun sejak kawan lama saya itu diarahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya duduk.

“Tak adalah. Biasala cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. Badan gemuk pun boleh jadi tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa kurusnya dia dan besarnya baju yang dipakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yelah, tiba-tiba saja muncul, pasti ada hajat yang hendak disampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam saja tadi. Ketawa pun hendak tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

”Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, paha, perut, di belakang penuh dengan lepuh macam orang terkena air panas,” katanya.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke serata hospital dan klinik. Namun ubat yang diberi oleh doktor tidak dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tahu,” tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?” saya bertanya.

“Dah, tapi macam biasalah. Bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh kawasan orang bunian, sampuk, macam-macam lagi. Duit banyak habis, masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,” jelas Arifin.

Malah kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang cantik juga berubah murung, kusut.

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti dipenuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasihan betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu.

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Disebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang telah dihabiskan. Namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ini, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”t ambah Arifin.

“InsyaAllah.” balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,” kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri. Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz. Saya tunggu,” katanya yang kemudian melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,” Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu dibuka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,” kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh.

MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan. Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita.

Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya, ”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err, dari mana datangnya bau yang...” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia, Keluar lendir bercampur nanah.” kata Arifin perlahan.

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala ditimpa penyakit sebegini sengaja diturunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,” kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,” katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?” pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya,” Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, "supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain."

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kiralah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya. Dia minta saya maafkan.

"Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya.

Termenung saya mendengar ceritanya itu. Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tahu ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamdulillah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'SAYA BERJANJI DENGAN ALLAH, TAKKAN BELI KEK DARI SECRET RECIPE' - ABBY ABADI

on Tuesday, September 29, 2015



Baru-baru ini, Abby Abadi telah mengadakan sambutan hari lahir kedua-dua anaknya di Gua Musang, Kelantan.

Difahamkan, majlis bermula pada jam 3 petang, namun Abby baru saja hendak membeli kek pada jam 12 tengah hari.

Abby dan suami barunya, Jai, telah pergi ke premis Secret Recipe di Gua Musang untuk membeli kek. Pada mulanya, segalanya berjalan dengan lancar tetapi seketika barulah Abby menyedari bahawa cawangan Secret Recipe itu diuruskan oleh orang bukan muslim.

Malangnya, pesanan dan bayaran telah dilakukan menyebabkan Abby tiada pilihan melainkan terpaksa menerimanya.

Ekoran itu, Abby memuat naik status di laman Instagramnya yang berjanji pada Allah tidak akan membeli kek di Secret Recipe lagi dengan alasan Secret Recipe tidak menepati ciri-ciri Islam serta mendakwa Secret Recipe menggunakan pekerja Islam untuk mengaburi pelanggan muslim.

Bagaimanapun, tindakan Abby itu menimbulkan rasa kurang senang followersnya yang menyatakan bahawa Secret Recipe telah mendapat status Halal dari JAKIM dan beranggapan tidak wajar Abby 'mengharam' apa yang sudah disahkan halal.

"Saya berjanji pada Allah, pada diri sendiri dan pada suami yang saya tak nak dah beli Secret Recipe dekat Gua Musang. Sebab apa? Baca sampai habis ye.

"Salah sendiri. Last minute semua. Itulah Abby Abadi. Nak potong kek jam 3 petang, kil 12 tengah hari baru nak beli.

"Memula masuk kedai, saya terus order dua kek. Ramai juga orang pada waktu itu. Tetapi saya tertunduk-tunduk malu sebab saya memang pemalu. Segan nak pandang orang sebenarnya. Tengah menunggu kek ditulis nama anak-anak, baru perasan yang incharge kedai itu non muslim.

"Gundah gulana terus hati kita wak! Tertanya-tanya alamak siapa yang buat kek ini semua? Confident level tinggi memula sebab tengok yang jaga kaunter semua adik-adik melayu Islam (mereka bertudung, sebab itu saya tahu mereka Islam). Dup dap dup dap dah masa itu. Tetapi suami dah bayarkan juga sebab dah order. Rasa nak menangis tetapi tak apalah. Dah lepas pun.

"Yang saya nak sampaikan di sini, lain kali nak makan kat mana-mana beringatlah ye. Non muslim tetapi halal? Banyak tempat dah macam ni. Jaga kaunter orang kita tetapi yang di dapur orang dia. Yang ni, buat kek yang sediakan bahan-bahannya siapa? Yang masak? Yang Islam pun lebih kurang je jaga halal/haram. Yang bukan Islam?

"Suka saya ingatkan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat di sini, ustaz saya ada sampaikan yang kalau nak beli makanan, jangan beli pada orang kita yang tak taat perintah Allah sebab nanti makan, hati jadi hitam. Dah kalau orang kita pun boleh jadi begitu, yang non muslim? Usahakan jaga hak-hak Allah ye.

"Yang rasa tiada masalah itu ini, teruskan ye. Saya sekadar mengingatkan sahaja. Maafkan saya," katanya.

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

TUKANG MASAK BENGANG, PESAKIT TINGGALKAN TULANG BABI DALAM MANGKUK HOSPITAL KERAJAAN

on Sunday, September 13, 2015



PERAK - Seorang lelaki memuat naik beberapa gambar sisa makanan yang dipercayai babi, dibawa oleh ahli keluarga pesakit di sebuah hospital tersebar di laman sosial.

Ghazali, Ketua Chef di sebuah hospital di Perak berkata, kakitangannya mengesan sisa-sisa makanan (tulang) babi di dalam mangkuk/pinggan yang disediakan oleh pihaknya pada sebuah hospital kerajaan di negeri itu.

"Semua pesakit telah disediakan makanan oleh pihak hospital. Jadi tidak perlulah membawa daging babi dan tinggalkan tulang babi dalam mangkuk kerana mangkuk itu akan digunakan oleh pesakit lain yang beragama Islam. Tak pasal-pasal kami kena samak!" katanya pada 12 September, 11.46 petang.





Menjelaskan dakwaan netizen kononnya tulang itu bukan tulang babi, Ghazali berkata, sebagai seorang tukang masak, sudah pasti mereka tahu membezakan tulang haiwan yang dimasak.

"Tulang babi dan tulang ayam, cerah warnanya. Takkanlah tukang masak tak boleh membezakan tulang dari ayam atau binatang yang besar?" katanya.

Bagaimanapun, nama hospital terbabit tidak didedahkan berikutan bimbang akan mencetuskan perasaan panik para pesakit.



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Nasi Lemak Telur Mata Agenda Yahudi + Freemason + Illuminati

on Thursday, September 3, 2015

Ramai yang tidak sedar bahawa NASI LEMAK TELUR MATA yang femes sebagai menu sarapan kita sebenarnya merupakan agenda yahudi + freemason + illuminati.

Kerana apa? Lihat sendiri :




● Telur mata itu membentuk seperti satu mata atau "all-seeing eye" yang merupakan simbol freemason.
● Nasi lemak itu sengaja dibentukkan seperti piramif yang juga menjadi simbol freemason dan illuminati.
● kacang goreng yang berwarna kemerah-merahan itu merupakan simbol red bean army
● sambal yang seakan-akan warna darah itu merujuk kepada "blood brotherhood" yang menjadi asas kesatuan freemason.
● nasi lemak mengandungi lemak dan kolesterol yang tinggi yang boleh menyebabkan pemakannya menjadi mengantuk lalu mengurangkan produktiviti dan lama kelamaan akan membawa penyakit seperti jantung dll.

Maka ini adalah agenda yahudi utk melemahkan kekuatan org melayu. Maka kita kena boikot nasi lemak telur mata! Boikot boikot! Agenda freemason!

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

'HARAM "PAYUNG" GAMBAR MAKANAN DI MEDIA SOSIAL'

on Wednesday, September 2, 2015



Kenyataan seorang wanita mengundang kritikan netizen kerana dianggap tidak wajar dan relevan.

Gambar yang diperolehi dari sebuah Facebook Group resepi ini dikritik netizen kerana wanita itu sesuka hati menjatuhkan hukum terhadap mereka yang sudi dan ikhlas berkongsi resepi dengan ahli-ahli group yang lain.

"Kepada umat Islam, cuba jangan hantar gambar makanan. Hukumnya haram. Kalau tak nak menunjuk-nunjuk, kalau tak nak bagi makanan tersebut, kalau ada orang mengandung kempunan, yang menghantar, dia yang berdosa," katanya.

Berikutan itu netizen membalas kenyataan wanita berkenaan.

"Tak payahlah join group ini kalau haram. Mereka kongsikan resepi, bukan menunjuk-nunjuk. Meroyan pula dia di sini," kata Noor Jehan.

"Sebenarnya kalau masak hingga baunya sampai ke rumah jiran, memang kita kena bagi la. Ikram tu. Tetapi yang ini saya belum pernah dengar hadis tentang ini lagi. Lagi pun, ini group masak memasak. Jadi pada saya, kita nak belajar dan mengajar, bila post gambar masakan dan kita bagi resepi, sekurang-kurangnya yang tak tahu memasak inshaAllah dah lebih mahir memasak," kata Siti.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menjatuhkan hukum sesuka hati. Sebaliknya, selidik sebelum memberi apa-apa jua bentuk kenyataan di laman sosial. Tindakan yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan hukum sesuka hati boleh mengelirukan orang ramai. Adalah lebih wajar bertanyakan kepada para ilmuan agama.


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

 
© AANS BLOG All Rights Reserved