ONEXOX
BannerFans.com
Showing posts with label mi. Show all posts
Showing posts with label mi. Show all posts

Punca Penumpang Misteri Jadi Tanda Tanya Pengguna Jalan Raya Terjawap Dengan Jaya Akhirnya

on Sunday, February 22, 2015



Semalam menjadi perbualan ramai di laman perkongsian Facebook mengatakan seorang pengguna Lebuhra#ya Pantai Timur 2 berhampiran bukit besi yang berjaya menangkap gambar penumpang misteri ini.

Perkara ini nampaknya telah meresahkan orang ramai yang hari-hari munggunakan jalan tersebut.



SK akhirnya mengambil jalan untuk memastikan cerita ini sahih atau tidak kerana maklumlah zaman sekarang macam-macam boleh dibuat.




Akhirnya sumber sebenar kami pe#rolehi dimana orang yang mula-mula memuat naik gambar ini adalah pada 17 Februari lepas lagi dan gambar yang disiarkan mengatakan di LPT2 adalah tidak benar,

Menurut beliau jadian berlaku di Bintulu Sarawak dimana gambar tersebut diambil oleh kawannya.



Jadi dalam lokasi mungkin timbul pe#rcanggahan, tetapi entiti apakah yang menumpang dibelakang sebuah lori itu? Apapun yang pasti dia tetap makhluk ciptaanNya. Entiti apakah hanya tuhan yang tahu.


Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Kisah Sayu Menyayat Hati Pasangan Muda Tempuh Hujan Demi Nyawa Anak Kecil

on Sunday, December 7, 2014



Pagi tadi, 9 pagi, aku drive dari kota nak pergi library UTM, ada group assignment. Dah lambat sebab start pukul 8 pagi. Cuaca tak berapa baik, hujan lebat. Tiba-tiba ada sebuah motosikal memotong, di celah kaki pembonceng perempuan, ada kaki kecil tak pakai kasut.

Kesian pulak rasanya. Aku tengok jam, memang aku dah lambat. Tak tolong, kesian. Tapi bila aku kejar, motosikal ni laju pula. Yelah, hujan lebat oi. Budak kecik itu, mak dia kepit dan tutup pakai tangan. Tapi, aku berjaya menahan motosikal ini dan suruh mak dan budak kecil tu naik kereta buruk aku.

Oh kesian, anak dia usia 1 tahun 5 bulan demam panas. Diorang duduk Tiram, bawa anak ke Hospital Kota Tinggi. Tetapi doktor suruh rujuk ke HSI. Mak dia kata, ada tiga lagi kat rumah pun demam panas. Kahak banyak kata doktor, kena tahan di wad nanti sebab ada jangkitan dalam paru-paru. So bawa bergilir-gilir ikut turn, kata wanita tu.

Umur mak dia ni dalam 23/24 tahun, suami pula asyik kena tipu dengan majikan. Gaji kadang-kadang tak masuk.

"Kami cari besi buruk jela kak," katanya

Umur aku 23, mak bapak aku dah bagi Honda Civic sebagai hadiah hari jadi. Gaji pun syukur alhamdulilah. Aku cakap, biasa aku bawa anak aku pergi klinik qualitas di Tiram, alhamdulilah baik tapi mahal sikit.




"Kak, Swasta kami tak mampu. Nak dapat RM10 sehari pun belum tentu," katanya.

"Nak minta tolong saudara mara, diorang pun orang susah kak," ujarnya lagi.

Sampai di area Tiram, mak dia suruh aku berhenti di BHP je. Nak balik rumah dulu, dia nak tukar baju sebab dah basah kuyup. Baju dia dan si kecil pun koyak-koyak.

Sebelum keluar kereta, wanita itu tidak berhenti-henti berterima kasih. Suami dia pun sama tak berhenti-henti ucap terima kasih. Aku sempat hulur duit yang ada dalam purse aku. Jarang-jarang aku bawa note banyak dalam purse. Note itu aku nak beli charm, duit dari Syirwani sebagai tanda anniversary kami. Alah, duit boleh cari, REZEKI tu ALLAH bagi.

Aku nampak mak dia menangis. Tuhan saja yang balas jasa, kata mak dia pada aku. Tapo aku balas balik, MOGA ALLAH sentiasa Lindungi kalian sekeluarga. Sebak betul tengok. Ada lagi yang susah kalau kita rasa susah.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Fakta Kes & Punca Kemalangan Maut Di Terowong Menora

on Saturday, October 4, 2014



Selamat petang YDH Dato/Tuan,

Kes kemalangan maut (IO Insp Teo wei yap)

1. Repot trafik kuala kangsar/2119/14

2. Sek 41(1) APJ 1987

3. Lokasi: KM256(U) LRUS

4. Masa:4/10/2014 jam l/kurang 1200hrs

5. Kenderaan terlibat: 

5.1.M/kar proton saga W4819S

5.1.1.Pemandu 1/L/M
~Muhammad Yusriman Bin Roslan
~kpt910207145585
~23thn
~Bank executive
~8-12A-2,Menara Seri Mahang,Jalan 27/56,Ampang Ulu Klang 54200 KL
*Cedera ringan
5.1.2.Penumpang depan 1/L/M
~Muhammad Yusrizal Bin Roslan
~kpt890127085599
~25thn
~Operator kilang
~Alamat sama seperti pemandu 5.1.1
*Cedera parah
5.1.3. Penumpang belakang kiri 1/P/M (M1)
~Siti yuslianis binti roslan
~kpt941213146068
~20thn
~Pelajar universiti
~Sama alamat seperti pemandu 5.1.1
*Meninggal dunia di tempat kejadian.
5.1.4.Penumpang belakang tengah 1/P/M
~Siti yusliana binti roslan
~12tahun (tarikh lahir:8/10/2002)
~Pelajar
*Cedera ringan
5.1.5. Penumpang belakang kanan 1/P/M (M2)
~Noor hayati binti wook
~kpt640422085186
~50thn
~Surirumah
~Sama alamat seperti pemandu 5.1.1
*Meninggal dunia di tempat kejadian.

5.2.M/lori treler Hino KAL9621

5.2.1.Pemandu 1/L/M (OKS)
~Ramlee bin yaakob
~kpt630410025873
~51thn
~Pemandu lori
~Kg banggol masjid,MK air puteh 06700 kedah
*Tidak cedera

6. Fakta:

Pada 4/10/2014 jam l/kurang 1205hrs,satu kemalangan maut telah berlaku di KM256(U) LRUS melibatkan sebuah m/kar 5.1 dan sebuah m/lori treler 5.2. Siasatan awal mendapati m/lori treler 5.2 dari johor bharu menghala ke penang membawa muatan mosaic tiles manakala m/kar 5.1 dari KL menghala ke lenggong perak utk bercuti. Sampai di lokasi kejadian m/lori treler 5.2 dipercayai telah hilang kawalan (masalah brek) lalu melanggar bahagian belakang m/kar 5.1 di lorong kanan dan menyeret m/kar 5.1 sejauh 100meter dan terbakar sebelum berhenti. M1 dan M2 tersepit di dalam m/kar 5.1 dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu 5.1.1,penumpang 5.1.2 dan 5.14 berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital ipoh untuk menerima rawatan lanjut. M/kar 5.1 mrngalami kerosakan serius pada bahagian belakang manakala m/lori treler 5.2 mengalami kerosakan bahagian depan.

Akibat kemalangan tersebut 5 m/kar dan 1 m/lori treler seperti berikut cuba mengelak m/lori treler 5.2 dan berlaku perlanggaran satu sama lain:-

1. M/kar myvi WYX5245

2. M/kar alza WWX7587

3.M/kar honda city WTY691

4.M/kar alza AJF4858

5.M/kar mercedez benz

6.M/lori treler JGD8199

Post mortem M1 dan M2 telah dijalankan oleh Dr Kannan hospital kuala kangsar mengesahkan sebab kematian ialah severe head injury secondary to MVA.

Keadaan cuaca baik siang dan jalan dua lorong lurus lepas turun bukit.

Setakat ini post mortem telah selesai dijalankan oleh pihak hospital dan jenazah M1 dan M2 akan diambil oleh waris mangsa. Utk makluman pemandu dan semua penumpang dalam m/kar 5.1 ialah keluarga kepada SI 96458 Roslan bin ismail.

7. Tindakan setakat ini.

~Lawat ke tempat kejadian.
~Ambil gambar&rajah kasar.
~Hadir post mortem M1&M2.

Sekian terima kasih Dato/Tuan.


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Kisah sayu pakcik tua meninggal dunia tanpa diziarahi anak! (Wajib Baca)

on Thursday, September 4, 2014



Menangis lihat seorang pakcik tua sakit lama dan meninggal dunia di hospital tanpa diziarahi oleh anak-anaknya...

Semasa saya khidmat di sebuah wad menjaga sahabat saya yang sakit. Saya lihat ramai pendeta agama lain memberi khidmat kepada pesakit...

Ada seorang tua dekat 90 tahun dijaga, dibersihkan, diuruskan, dimandikan oleh sekumpulan pendeta itu..saya cuba dekat dengan pakcik tadi dan belajar buat apa yang pendeta itu buat. Saya suapkan pakcik tadi makan..dan saya berbual dengannya..saya belajar bantu mana-mana yang termampu.

Pakcik tinggal mana. Saya duduk di situ sudah 3 hari tapi tiada sesiapa menziarahi pakcik tu. Dia pun ceritakan mengenai anak-anaknya. Dia dihantar ke rumah orang tua oleh anak-anaknya kerana risau ayahnya tidak dapat jagaan jika duduk kampung. Selalunya begitulah bisikan syaitan.Dengan pelbagai penyakitnya. Anaknya cuma datang ambilnya sekali sekala masa hari raya. Itupun lama kelamaan seorang pun tak ambilnya lagi.

Semenjak dia di hospital, kata nurse tiada siapa menziarahinya. Dia keseorangan dan dibiarkan. Dia selalu kata baik orang-orang agama ini selalu tolong pakcik. Anak pakcik orang Islam pun tak datang tengok pakcik dah..

Dia semakin uzur. Satu malam tengah saya tidur di katil kosong sebelah kawan saya. Saya tengok doktor dan ramai pembantu pergi ke pakcik tadi..Rupanya dia sudah meninggal dunia..

Rupanya masih banyak kisah begini. Anak-anak rasa terpaksa jaga ibu ayah. Sehingga terpaksa letak ibu ayah ke tempat penjagaan orang tua. Dan bila masuk hospital sampai hati tak ziarah sehingga meninggal dunia..wahai anak-anak semua termasuk diri saya di mana hati kita? Mereka tidak minta tua dan sakit. Dulu kita sakit mereka cium-cium kita. Kita muntah atau cirit birit mak ayah kita bersihkan. Mereka menangis kasihan pada kita. Mereka bersihkan najis dengan mata bergenang kerana sayang. Mereka pujuk kita. Hari ni bila nasb mereka begini. Anak takut dan geli dengan ibubapa. Biarkan orang lain jaga. Jika kita anak geli bagaimana orang lain..Mereka akan buat lebih kurang.. Kita khidmat sambil marah-marah. Kita buat muka dengan orang tua. Berbincang siapa nak jaga mereka depan mereka. Seperti mereka tiada perasaan. Mereka mak ayah kita. Saya lihat banyak mak ayah terpaksa lupakan perasaan mereka demi anak-anak masuk syurga. Sebab anak-anak hari ini ramai yang tidak pandai jaga perasaan orang tua mereka...tidak tahulah masa akan datang. Anak hari ini tengok cerita remaja barat yang menunjukkan anak-anak perlukan kebebasan..Ibubapa jadi bahan ketawa dan gurauan. Orang tua bodoh. Orang tua kuno...Ya Allah maafkanlah kami.

Ibubapa jaga anak-anak sehingga anak berjaya dan mereka bahagia melihatnya.
Tapi anak-anak jaga mak ayah hanya tunggu sehingga ibubapa meninggal dunia. Itulah nilai cinta kasih sayang ibu dan ayah.

Sayangilah ibu ayah. Seorang dukung ibunya semasa tawaf. Bertanya Abdullah Ibnu Umar. Adakah aku sudah membalas jasa ibuku dengan dukung ibu yang sudah tua ini. Jawab Abdullah Ibnu Umar ra kamu belum bayar walaupun satu urat ibu kamu yang putus semasa melahirkan kamu.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Wanita Ini Minta 15 Kepala Tentera Assad Sebagai Mas Kahwin

on Sunday, June 15, 2014

Seorang wanita di Syriatelah membuat satu permintaan luar biasa iaitu meminta sebanyak 15 kepala tentera Bashar al-Assad sebagai mas kahwin dan 50 kepala lagi jika bercerai.

Permintaan luar biasa dari seorang wanita yang dikenali Aicha Faaourya itu dibuat ketika dilamar Ahmad Ramilat yang kehilangan dua anaknya akibat kekejaman Assad.

Aicha atau lebih mesra disapa Umm Shouhada yang bermaksud ibu para syuhada meletakkan syarat sedemikian selepas beliau dilamar Ahmad yang juga ketua daerah Aleepo.

“Saya bersumpah akan memerangi tentera Assad sampai mati.

Rejim membunuh suami saya dan kini empat anak saya sedang mencari keadilan untuk keluarga kami,” katanya.



Sumber








PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Mufti lawat sungai kepala babi

on Friday, January 24, 2014

REMBAU – Penduduk setempat yang menggunakan air daripada sumber Loji Air Sawah Raja, dekat sini, tidak perlu berasa bimbang dengan status air berkenaan memandangkan kuantiti air di loji adalah banyak.

Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, yang menjadi permasalahannya ialah sekiranya kuantiti air sedikit dan penggunaan air di kawasan sungai yang mempunyai bangkai babi harus dihentikan segera.

“Air mengalir hukumnya putus-putus, bukan bermakna sepanjang sungai itu. Hanya kawasan ditemui bangkai babi itulah yang bermakna kotor.  Bila bangkai babi mengalir ke kawasan itu, air yang terkena pada badan, pakaian perlu disamak.

“Dari segi hukum macam itu, cuma kita ni dalam  hal berkaitan babi ni bercakap lebih kepada selera... seolah-olah bagi hukum babi ikut selera. Babi dengan arak kedua-duanya najis.



Bila sebut babi kita mulai rasa tak selesa tetapi ada pula yang selesa meneguk arak berbotol-botol,” katanya ketika ditemui di sesi lawatan di Kampung Legung Jaya semalam.





Sinar Harian 22 Januari melaporkan penemuan 10 kepala  babi di dalam sungai berkenaan yang mana airnya dipercayai turut mengalir ke loji rawatan air di Sawah Raja.

Sementara itu, Mohd Yusof berkata, pada lawatan berkenaan sungai sudah dibersihkan, namun masih lagi terdapat tulang-tulang di lokasi.

“Saya fikir orang yang buat ni tak sedar dah timbulkan kegelisahan orang ramai. Sepatutnya benda itu dielakkan sebab bangkai, lebih-lebih lagi yang dah busuk akan menyebabkan air menjadi tercemar.

“Nanti sumber air ini akan sampai ke loji pembersihan dan boleh memberi impak kesihatan.  Apa-apa jenis bangkai pun diharap jangan dibuang ke dalam sungai," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Suami kongsi isteri hamil didakwa

on Tuesday, January 7, 2014

KANGAR: Seorang suami yang memaksa isteri hamil melakukan hubungan seks dengan sepupunya mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen di sini, tadi.

Muka depan Harian Metro dan web myMetro hari ini melaporkan seorang isteri muda berusia 19 tahun menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang berusia 22 tahun apabila dipaksa melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun.



Dalam kejadian 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil selain turut merakam aksi hubungan seksnya.

Tertuduh pertama yang juga suami mangsa mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 375 Kanun Keseksaan.





Sepupu tertuduh pertama berusia 15 tahun juga turut didakwa dan tidak mengaku bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud.

Suami mangsa tidak dibenarkan diikat jamin manakala sepupunya dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Februari ini.

Kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Fazril Sani Mohamed Fadzil.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Video Klip Anggota Polis Kasari Warga Asing Tersebar Di FB

on Monday, December 16, 2013

GEORGE TOWN: Sebuah klip video menunjukkan seorang polis bertindak mengasari dua lelaki di tepi jalan, tersebar di laman sosial Facebook.

Insiden itu dilaporkan berlaku di kawasan Bayan Baru.

Dalam klip video itu, anggota polis itu dilihat menjerit dan menampar salah seorang daripada mereka.



Dia kemudiannya meminta dokumen peribadi daripada kedua-dua lelaki terbabit yang dipercayai warga asing.

Ketika dihubungi, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata anggota polis itu telah dipindahkan ke jabatan lain sementara siasatan masih lagi dijalankan.





Menurutnya, anggota polis itu bertugas di balai polis Bayan Baru sebelum dia dipindahkan dengan serta-merta ke pusat operasi di ibu pejabat polis daerah Balik Pulau.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Mayat lelaki ditemui terapung dalam kolam renang terbesar sebelah Terminal One Seremban

on Thursday, November 28, 2013

SEREMBAN - Mayat seorang lelaki ditemui terapung dalam kolam sebuah projek terbengkalai berhampiran Dataran Seremban hari ini.
   
Jurucakap polis berkata mayat itu ditemui orang awam pada kira-kira 12.30 tengah hari.


   
Beliau berkata mayat itu, yang lengkap berpakaian baju kemeja dan seluar jeans, dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.
   
Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga dan mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6014 999 atau SMS ke 012-6062 702 untuk membantu siasatan.





Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Ustaz Azhar Idrus, isteri kemalangan

on Saturday, August 17, 2013

Kuala Terengganu: Penceramah popular Ustaz Azhar Idrus bersama isterinya terbabit dalam kemalangan apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta lain di persimpangan lampu isyarat Kampung Pengadang Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi, Ustaz Azhar dan isterinya dilaporkan tidak cedera, manakala pemandu dan penumpang kereta Proton Iswara cedera ringan dalam kemalangan itu menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.



Pemandu kereta Proton Iswara, Che Daek Abdul Rahman, 58, cedera di dada manakala anak saudaranya, Iskandar Mohd Saidi, 12, bengkak di kepala akibat terhantuk dan luka di tangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, kemalangan berlaku ketika Ustaz Azhar atau nama sebenarnya Zamrul Idrus, 49, dan isterinya dalam perjalanan ke Bukit Payong, Marang.





Beliau berkata, Ustaz Azhar membuat laporan polis pada jam 11 pagi di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dan memberi keterangan berhubung kemalangan itu.

Dalam pada itu, usaha Metro Ahad untuk menemubual Ustaz Azhar gagal apabila beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung kemalangan itu.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Doktor maut, motosikal rentung kemalangan di Terachi

on Wednesday, June 26, 2013

KUALA PILAH – Seorang doktor maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 28.5 Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini semalam.

Kejadian pukul 8 pagi itu mengakibatkan Dr. Abd. Aziz Sabran, 35, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.



Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang bertugas di Klinik Kesihatan Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Pilah dalam perjalanan dari rumahnya di Nilai.





Katanya, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Versys 650 cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan namun gagal sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Murtad 21 tahun

on Friday, April 26, 2013


Seremban: Dua puluh satu tahun lamanya dia tersesat apabila keluar daripada Islam dan menganut agama lain semata-mata kerana cinta, namun kini lafaz kesyukuran tidak putus diungkapkan kerana Allah tetap mengurniakan hidayah untuk dia kembali ke pangkal jalan.

“Syukur Allah membuka pintu hati saya kembali kepada Islam selepas menziarah ibu yang sakit hujung bulan lalu. Ketika itu, terdetik di hati bagaimana saya mahu membaca surah Yasin sekiranya ibu bapa saya meninggal dunia kelak. “Persoalan itu yang akhirnya membawa saya kembali kepada Islam selepas 21 tahun menganuti agama lain,” kata seorang wanita mahu dikenali sebagai Ros, 46.



Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia bertindak bodoh keluar daripada Islam selepas mahu berkahwin dengan suaminya yang kini berusia 50-an walaupun mendapat tentangan keluarga.

“Kerana cinta, saya ketepikan perasaan keluarga dan berkahwin di sebuah gereja di Kluang, Johor. Ketika itu saya mengambil keputusan tanpa berfikir panjang dan nekad memeluk agama dianuti suami saya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Ros, tindakannya kembali kepada Islam menghadirkan dugaan amat hebat apabila suaminya kini mengganggunya, malah dia terpaksa berpisah dengan dua anak perempuan dan seorang anak lelakinya yang berusia 11 hingga 20 tahun.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri



 
© AANS BLOG All Rights Reserved