Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, yang menjadi permasalahannya ialah sekiranya kuantiti air sedikit dan penggunaan air di kawasan sungai yang mempunyai bangkai babi harus dihentikan segera.
“Air mengalir hukumnya putus-putus, bukan bermakna sepanjang sungai itu. Hanya kawasan ditemui bangkai babi itulah yang bermakna kotor. Bila bangkai babi mengalir ke kawasan itu, air yang terkena pada badan, pakaian perlu disamak.
“Dari segi hukum macam itu, cuma kita ni dalam hal berkaitan babi ni bercakap lebih kepada selera... seolah-olah bagi hukum babi ikut selera. Babi dengan arak kedua-duanya najis.
Bila sebut babi kita mulai rasa tak selesa tetapi ada pula yang selesa meneguk arak berbotol-botol,” katanya ketika ditemui di sesi lawatan di Kampung Legung Jaya semalam.
Sinar Harian 22 Januari melaporkan penemuan 10 kepala babi di dalam sungai berkenaan yang mana airnya dipercayai turut mengalir ke loji rawatan air di Sawah Raja.
Sementara itu, Mohd Yusof berkata, pada lawatan berkenaan sungai sudah dibersihkan, namun masih lagi terdapat tulang-tulang di lokasi.
“Saya fikir orang yang buat ni tak sedar dah timbulkan kegelisahan orang ramai. Sepatutnya benda itu dielakkan sebab bangkai, lebih-lebih lagi yang dah busuk akan menyebabkan air menjadi tercemar.
“Nanti sumber air ini akan sampai ke loji pembersihan dan boleh memberi impak kesihatan. Apa-apa jenis bangkai pun diharap jangan dibuang ke dalam sungai," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment